AMANAH PERAK

AMANAH PERAK
AYUH MENDERMA

Thursday, February 15, 2018

Hadi cuma nampak kuman di seberang Teluk Parsi?

Oleh HAMBALI ABDUL LATIFF


Di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan PAS apabila kelihatan berdiam diri dalam isu diplomat Israel berada di negara ini kerana menyertai persidangan Program Petempatan Manusia PBB - atau dikenali sebagai UN-Habitat itu?

Kenapa agaknya mereka - setakat ini - tetap diam, menyepi dan enggan mempersoalkan dasar luar Malaysia yang dipraktikkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak?

Masihkah mereka selesa menjadi ‘pasu bunga’ dan kekal bersikap king maker dalam isu penting seperti ini?

Bagaimana kejadian ini boleh berlaku ketika Putrajaya dan Tel Aviv tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik?

Apakah kerana Najib mahu mengambil hati PBB dan sekutunya Donald Trump?

Baru-baru ini presiden PAS itu membidas sekumpulan negara Arab sebagai "sekutu Zionis bertopengkan jubah dan kopiah".

Abdul Hadi berhujah demikian pada 1 Januari lalu.

Katanya apabila Trump si presiden AS mengisytiharkan Baitulmuqaddis menjadi ibu negara haram Israel maka yang paling rapat dan paling kuat memberi sokongan dimenangkan pihak yang menguasai ekonomi, pengurusan dan media.

Bersekongkol dengan Trump

Abdul Hadi berkata demikian selepas 15 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar serta mengkritik tajam pemimpin Arab kerana berbaik-baik dengan Yahudi dan tidak mendatang kebaikan kepada Palestin.

Semasa sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-10 di Putrajaya pada Oktober 2003 Dr Mahathir mengkritik pemimpin negara Islam yang tidak melihat prioriti hubungan mereka dengan Israel.

(Saya membuat laporan untuk segmen Selamat Pagi Malaysia di RTM pada waktu itu.)

Abdul Hadi hanya melihat dan mengulas himpunan pemimpin Islam pada sidang kemuncak luar biasa OIC di Turki Disember lalu.


Dia menganggap usaha OIC tidak akan mencapai apa-apa kejayaan jika terus bersekongkol dengan Trump.

Dalam ucapannya dia tidak mengkritik Trump secara terus sebalinya menyelar pemimpin negara Islam. Abdul Hadi marah kerana Trump jelas tidak peduli bantahan daripada seluruh dunia, meskipun hanya segelintir negara sahaja yang menyokongnya.

Logik Abdul Hadi pula ialah, pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh AS telah menyatukan umat Islam dan manusia yang ada perikemanusiaan, sehingga yang paling lemah pun kembali ke pangkal jalan dan masuk ke saf menentang Israel.

Namun, di sebalik itu ia mendedahkan sekutu Zionis (banyak negara Arab ada hubungan diplomatik dengan negara Zionis itu) tetap tunduk kepada negara Yahudi itu walaupun mereka berjubah berserban dan berkopiah, selain berkomunikasi dengan bahasa al-Quran.

Tetapi kini, apa pendirian Abdul Hadi dan PAS apabila ternyata diplomat Israel masuk Malaysia secara rasmi kerana diberikan kebenaran oleh Putrajaya?

Kementerian Luar Israel sendiri mengesahkan kunjungan diplomat terbabit baru-baru ini.

Bukankah PAS dan Abdul Hadi sepatutnya sudah menyatakan pendirian dan menentang tindakan itu kerana ini satu titik hitam dalam sejarah negara?

Namun sehingga ke saat ini mereka berdiam diri.

Kehadiran diplomat Yahudi selama seminggu untuk menghadiri satu persidangan itu berlaku hanya beberapa minggu selepas perhimpunan diadakan untuk mengutuk tindakan bersama Washington dan Tel Aviv menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.


Yang nyata dan sah, himpunan itu turut dianjurkan oleh kerajaan dan disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimana kedatangan mereka menggunakan passport Israel untuk memasuki negara dibenarkan?

Apakah Abdul Hadi tidak mahu bertanya kepada Najib? Atau - seperti biasa macam didakwanya - mahu menegur secara tertutup?

Jika benar ada teguran secara tertutup, mungkinkah ia bertujuan supaya hati rakan Umno tidak disakiti ketika kita semakin menghampiri pilihan raya?

Abdul Hadi jelas sekali mudah ternampak nyamuk di seberang. Bagaimana dengan bangkai gajah di depan mata?

Dia jangan pandai mengkritik negara Islam lain dengan ayat: “Ada pula yang jasadnya paling dekat dengan Kaabah dan malam Rasulullah SAW dan paling dekat pula dengan medan perjuangan menentang Zionis itu, tetapi hatinya berpaut rapat dengan musuh Islam itu”.

Rakyat dan pengundi sedang memerhati.

Jika inilah sikap Abdul Hadi dan PAS yang selama ini lantang mendakwa menentang kezaliman Zionis tetapi pada masa sama membenarkan Najib melakukan sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku di Malaysia, mereka wajar dihukum.~ Malaysiakini
Comments
5 Comments

5 comments :

capriokerr said...

dia beri nasihat dan teguran secara rahsia kot.tak nak hebohkan teguran itu

Anonymous said...

Dia bukang tahu apa satu. Tengoh mamai. Dia dok tau pung orang israel doh mari. Kalau tau doh tentu dia maki hamung barua penghianat dsb.

Anonymous said...

Xyah ulas pasal hadi lah.buang masa je ckp pasal hadi..mengabiskan boreh ajo..

Anonymous said...


Disebut Dajjal Al'Maseh=pemBOHONG atau Dajjal yg sentiasa mendakwa bhw mrk rapat/kenal/arif trhdp peribadi nabi2 serta kitab2 nabi..yg konon2nya mewarisi pakaian sorban jubah janggut nabi2 TETAPI yg sbnr2nya mrk adalah Dajjal=pemBOHONG=peNIPU=sgt2-meNGELIRUkan!

Ringkasnya: Dajjal Al'Maseh itu=pemBOHONG yg sgt2 sgt2 sgt2 sgt2 sgt2 sgt2meNGELIRUkan!!
Sbb mrk berBOHONG bersandarkan hujjah drp Kitab2 dan hujjah2 hadis nabi yg diputar belit!!!

Begitulah sikap Dajjal Ahlul2Kitab yahudi trmsuk Dajjal=pemBOHONG penjual2/peLACUR2 agama yg TERANG nyata kini didepan mata kita semua..

Klu menurut teori yg selalu diceramahkan oleh wostad2 lebai 'musang-berJANGGUT' termasuk yg bnyk kuar ddlm youtube, bhwsanya Dajjal bermata-SATU itu dtgnya dari sosok Yahudi-Israel yg jauh nun shj hu hu..

Definasi/MAKNA/erti hakiki Dajjal=pemBOHONG
Maksud pemBOHONG itu termasuklah =pemFITNAH=PONTENG=U-Turn=BELIT=Klepet=mnCURI/rasuah=yg mnjahannamkan!

Apa yg NYATA didepan mata kita, puak2 yg kita tuduh siYahudi (Dajjal=pemBOHONG) itu lebih telus dan terbuka sprt cth negara Yahudi-Israel itu, hatta menteri2 n PM mrk yg berBOHONG=Khianat dan menCURI dibicarakan dgn ADIL serta kena humban kepenjara ha ha..

Malangnya dinegara yg penuh dgn wostad2 lebai suci yg jd Imam, yg pom-pang2 melalak pasal Dajjal tuh, LANGSUNG buta mata TAK nampok Dajjal=pemBOHONG=peNYAMUN=peMONTENG=pemFITNAH-pilkuda yg sgt2 terang n NYATA...konon2nya mrk nih sdang syiok asyik mencari2 n menunggu2 dtgnya "metafora" Dajjal bermata-SATU yg"PASTI-gerenti" tak akan muncul punya! krn mata-SATU itu hanyalah "metafora" ddlm hadis trsbut yg tak akan dpt digapai oleh wostad2 lebai yg sgt2 ciput-IQ nya itu hu hu!?

Metafora bermata-SATU itu=yakni SATU-jalur pemikiran yg sgt jumud sgt2 sempit KELIRU-meNIPU songsang-SESAT lagi GELAP, sgt2 berEMOSI yg sgt2 sarat penoh dendam dan kesumat.. tiada RASIONAL serta TAKde NERACA "dua-MATA" yg lebih LUAS-LURUS-TERANG-TERBUKA-BIJAKSANA yg benar2-ADIL dan saksama..
..n lihat shj kpd hujjah2 Dajjal mrk: DAPigs, Liberal, Komunis serta kesumat kaum dan bangsa yg sgt2 LEMAH n tidak berasas mnjd agenda yg sgt2 sempit tertutup n GELAP!

Malang sekali..wostad2 lebai yg sgt2 'perasan' dan mengaku berlagak pandai n suci yg konon2nya mewarisi nabi2 nih, boleh LANGSUNG TAK nampok Dajjal=pemBOHONG didepan mata!!

Hatta lebih malang lagi..ramai dikalangan wostad2 lebai ini kini dah terang2 mnjd Dajjal=pemBOHONG serta mnjd sbnr2 pengikut/tentera2 Dajjal=pemBOHONG wow!

Kpd yg balik drp belajar kat timur tengah/Mesir/Arab, please.. jgn jd bongok BODOH pom-pang2 mencari2 n menunggu2 Dajjal bermata-SATU itu, sbaliknya cari halusi dan hadam dlm2 Definasi/MAKNA/erti Dajjal=pemBOHONG=pemBELIT=U-Turn=PONTENG n FITNAH=menCURI yg sgt2 TERANG lg sgt2 NYATA mnjahannamkan itu!!!

Definasi/MAKNA/erti Dajjal=pemBOHONG, fullstop!!!!!

JADInya..

Jadi sapekah yg lebih Dajjal=pemBOHONG, adakah siYahudi-Israel itu, ATAU wostad2 lebai suci yg mnjd Imam pom-pang2 n tunggang-tunggik2 semayang tahajjud yg dah pun terang2 jahannam mnjd Dajjal=pemBOHONG yg dgn 'TOLOL'nya mengaku ada kad No.Ahli Syurga dgn bersorban besor alim2 musang brjanggut itu wahai semua sdr/sdri ku?!

Siapakah dia gerangan Dajjal Al'Maseh itu kini???

pok amid littor said...

Hadi ni selepas dua kali diserang stroke, pandangan dan ucapan dis dah tak boleh diambil-kira dah!!
Gustan dan u-turn serta lupa apa yg telah dia ucapkan. Menyusahkan orang je!!
Rasanya lebih molek dia berhenti je daripada berpolitik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...