AMANAH PERAK

AMANAH PERAK
AYUH MENDERMA

Wednesday, February 14, 2018

PROGRAM PEMUKIMAN MENTERI BESAR PERAK, DUN MANJOI, HULU KINTA DAN SG RAPAT DI SEKOLAH


Menteri Besar Perak, Dr. Zambry Abd Kadir begitu terdesak dan kemaruk untuk memenangi pilihanraya umum akan datang hingga berpolitik ke sekolah.

Dengan berselindung di sebalik Program Pemukiman yang akan di adakan pada 22 Feb 2018 jam 9.30 pagi, ianya adalah jelas majlis politik kerana adanya penglibatan DUN Manjoi, Hulu Kinta dan Sg Rapat sebagaimana yang tertera dalam surat edaran kepada AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pengkalan. 

Adalah dipercayai, kesemua Ibubapa juga akan dijemput melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Zambry sebagai seorang menteri besar tidak sepatutnya menjadikan sekolah sebagai tempat kempen politik.

 Kerajaan BN menghalang keras pembabitan kakitangan kerajaan termasuk guru dalam politik khususnya politik pembangkang namun kini pemimpin Umno sendiri berkempen secara terang-terangan di premis milik kerajaan dan membabitkan kanak-kanak sekolah.

Mempolitikkan pelajar dan sekolah dengan aktiviti kempen politik parti adalah kegiatan tidak bermaruah yang boleh mencemar keharmonian dan keamanan rakyat. Sikap seperti ini mewujudkan suasana tidak selesa sehingga menimbulkan bibit perpecahan dalam masyarakat.

Ini membuktikan Umno dan BN sebagai parti yang tidak bermaruah dan berprinsip seperti sering didakwa.

 Ramai kalangan ibu bapa yang menyatakan kesal apabila kanak-kanak yang masih di bangku sekolah dijadikan bahan tunggangan politik.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...