JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Monday, March 26, 2018

1MBD : Ini Sebab Lebai berkecuali

Seperti biasa, Lebai Rusila akan segera keluarkan kenyataan untuk menyokong Najib...Tidak hairan kenapa Lebai berbuat gitu.. Ini kerana Nik Abduh sendiri telah membuat pendedahan melalui rakaman audia, Hj Hadi ambil duit Umno....

Ada ubi, ada batas, orang beri, kita kebas! Untunglah dapat duit Umno, kata Hadi, ikut kata Nik Abduh dalam rakaman tersebut.

 Kata Lebai Rusila, PAS mengambil pendirian berkecuali dalam isu 1MDB.

Parti itu tidak bermaksud mempertahankan kejahatan, cuma tidak mahu menjatuhkan hukuman sebelum ia terbukti benar-benar melakukan kesalahan. ~ sumber

Kenyataan Lebai ini sebenarnya hanya menonjolkan dirinya seorang yang sangat culas dan hanya mahu menafikan kebenaran dalam menghadapi fakta-fakta yang sangat nyata tentang pergolakan 1MBD.

Sedangkan masyarakat diseluruh dunia hari ini hangat memperkatakan tentang penglibatan Najib dengan skandal dana 1MBD.

Tidak selayaknya seorang pemimpin sebuah parti politik yang kononnya mahu memperjuangkan Islam tetapi buta tentang skandal 1MBD yang sedang melanda negaranya sendiri.

Tidak faham apa maksud sebenar bila Lebai berkata "belum terbukti benar-benar melakukan kesalahan."

Adakah maksud Lebai, kena tunggu Najib diheret ke muka pengadilan, dibuktikan kesalahannya baru Lebai mahu ambil sikap tidak berkecuali?

Hoi Lebai, meh aku bagi tahu mu sat. Seseorang yang dihadapkan ke mahkamah oleh pendakwaraya, orang tersebut belum lagi dikatakan bersalah.

Pada peringkat ini, orang tersebut hanya dikenali sebagai OKT - Orang Yang Kena Tuduh.

Pendakwa raya kena kemukakan pembuktian dihadapan hakim dan hakim akan menilai dan menimbang dengan penghujahan balas pihak pembela sebelum membuat keputusan... OKT itu bersalah atau dibebaskan dari tuduhan.

Begitulah situasi kini yang sedang kita hadapi dalam isu skandal 1MBD. Semua pembuktian yang ada jelas menunjukan kearah Najib sebagai orang yang terlibat.

Walaupun begitu, Najib masih belum dikatakan bersalah kerana dia belum dihadapkan ke mahkamah. Dalam situasi sekarang ini, Najib adalah OKT.

Inilah masalah Lebai Rusila yang tak mahu faham-faham! Tidak ada siapa yang menghukum Najib bersalah. Mereka hanya tuduh, saya ulang lagi sekali,  hanya tuduh Najib bersalah. Atau dalam istilah perundangan Najib adalah OKT!

Adakah Lebai masih mahu berkecuali untuk menyatakan bahawa Najib adalah OKT dalam isu skandal dana 1MBD?

Tetapi Lebai Rusila boleh percaya dana yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib itu adalah sumbangan dari anak raja Arab Saudi...

 Senang-senang Lebai Rusila saja kata dia percaya sebab Najib cakap macam itu. SPRM cakap macam itu... Adakah Lebai dah tengok buktinya??

Maka tidak timbul alasan Lebai untuk bersikap berkecuali atas alasan tidak mahu menjatuhkan hukuman sebelum ia terbukti benar-benar melakukan kesalahan.

Jika Lebai Rusila tidak bermaksud mempertahankan kejahatan, maka kenalah berta'awuun dengan berbagai pihak bukan hanya hantar wakil pergi jumpa Arulkanda, kena kelentong oleh pariah tu lalu kata berpuas hati...

Kenapa tidak cuba berusaha untuk dapatkan maklumat dari Yb Rafizi Ramli, atau Tony Puah dalam hal ini?

Walau pun tindakan undang-undang telah diambil terhadap beberapa bank dan individu yang mempunyai kaitan dengan 1MDB di Singapura dan Switzerland.

1) Pendakwaraya Switzerland merampas dana daripada tiga bank - Bank BSI, Coutts & Co dan Bank Falcon – berjumlah RM430 juta selepas terbabit mencuci wang yang dikaitkan dengan 1MDB.

2) Singapura penjarakan lima atau enam orang yang terlibat kecurian wang 1MDB

3) Singapura batal lesen dua bank antarabangsa terlibat dengan wang curi 1MDB.

Tetapi sehingga hari ini, belum ada pendakwaan berkaitan kes itu di Malaysia. 1MDB dan perdana menteri dilihat begitu kebal dalam isu ini kerana Polis dan Peguam Negara, Apandi Ali terus menafikan kebenaran dalam menghadapi fakta-fakta yang sangat nyata.

1) Peguam negara Gani Patail, yang mahu memulakan siasatan ke atas 1MDB telah dipecat manakala pegawai yang mahu menyiasat kes tersebut dijumpai 'mati di dalam tong drum'.

2) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat oleh polis dan beberapa pegawainya juga dipecat serta ditukar ke bahagian lain.

4) Timbalan perdana menteri, menteri dan menteri besar dan pegawai tinggi kerajaan yang mempersoal 1MDB, dipecat.

5) Laporan Ketua Audit Negara berhubung 1MDB juga diklasifikasikan sebagai rahsia
Comments
7 Comments

7 comments :

Malaysia Tanah Airku Hancus said...

Presiden parti suci ni cakap pi la apa pun bukanya dia tau apapun, hanya sampah politik kat malaysia ni.

Anonymous said...


Sekiranya PAS yang menang dan dapat kuasa, isu dan masalah 1MDB tetap akan di tanggung oleh rakyat.

Jika berlaku kecurian semasa Hadi jadi PM, ada kah Hadi akan berkecuali sebab tidak ada bukti.?


Ya. Tentu lah kena siasat. Yang siasat pasukan Polis.

Adakah PAS telah siasat dengan melantik seseorang yang ada ilmu seperti Rafizi? Atau menubuhkan JK untuk menyiasat dari segala sudut?

Setakat ini PAS hanya diberi penerangan dan apa yang di terangkan kepada PAS tidak sama dengan apa yang berlaku sekarang.

Islam menyuruh kita jangan terima bulat-bulat sebarang berita, dan tidak juga suruh kita berkecuali... Islam suruh kita SIASAT.

Anonymous said...


Hadi tak menuduh atau menghukum sebab Hadi langsung tak siasat.

Bila Hadi tak siasat, Hadi tidak bertanggungjawab dan ambil berat mengenai 1MDB bererti Hadi tak ambil berat tentang negara dan masa depan rakyat.

Yang tak masuk akal, PAS akan hapuskan GST..? Antara GST dan 1MDB Sepatutnya 1MDB yang di utamakan kerana rakyat telah di kenakan GST sekalian lama.

Selesai 1MDB selesai lah GST.

pok amid littor said...

Hinanya silebai rusila tu, hingga dipanggil HOI je oleh penulis!
Memang padan pun dihina sedemikian krn dia sendiri yg mengundang penghinaan.

Anonymous said...

kikiki dah termakan budi maknanya tergadailah badan. lagipun lebai tuan brahim kan dah puas hati dgn penerangan arul, 2 jam dia angguk2 dan faham. mmg confirm la 1mdb bersih suci dan murni. gila kau! kalau dia kata haram, jenuh la lebai hadi, nik abduh dll tu kena ganti balik duit umno kikiki

Anonymous said...


Dalam mahkamah ada pendakwa, ada peguam bela dan ada Hakim.

Kerja mereka ialah untuk mencari bukti dan Hakim memerlukan bukti untuk membuat keputusan.

Ini sistem keadilan. Kena usahakan.

Jadi apa hal Hadi kata begitu? Apa bukti yang Hadi ada untuk berkecuali atau tidak mempertahankan 1MDB?

Sedangkan pihak lain ada bukti pengakuan pemimpin PAS terima duit dari UMNO yang menjelaskan kenapa PAS berkecuali.

Bukti dan kebenaran tidak datang memgolek. Maka lebih baik Hadi mengaku PAS sokong 1MDB seratus peratus.

Guna hujah dan cakap yang sama di guna oleh menteri UMNO dan akhbar UMNO.

Jadi Pak Turut..

Itu pun Hadi kena pertimbangkan tindakan Rafidah dan Rais Yatim kerana mereka juga orang UMNO.

Anonymous said...

Apa pendirian Hadi sekarang selepas berita sebab berkecuali itu di sahkan oleh Sinar tidak betul?

Mungkin kesilapan ini di atur oleh Maha Pengatur supaya Hadi hendaklah memberi sebab kenapa PAS berkecuali?

Tak kan PAS suka-suka tanpa sebab memilih berkecuali?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...