JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, March 27, 2018

AUKU : Lebai tidak setuju di hapuskan?


Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, AUKU diperkenalkan atas alasan untuk melarang mahasiswa menyertai atau berpartisipasi dalam politik adalah untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada akademik di kampus.

Mahasiswa harus fokus dalam soal akademik adalah alasan usang untuk melarang mahasiswa terlibat dengan politik. Situasi ini juga menghalang mahasiswa untuk belajar membuat keputusan untuk diri mereka sendiri.
 Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang berbunyi:

15(5) Tiada seorang pun pelajar Universiti dan Tiada pertubuhan , badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, dibawah atau mengikut Perlembagaannya, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap - (a) Mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
Di bawah Seksyen 15 AUKU, mahasiswa dilarang menjadi ahli mana-mana parti politik di dalam atau luar Malaysia dan tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh secara munasabah ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik di dalam atau luar Malaysia.

Memperlihatkan bagaimana kebebasan politik mahasiswa itu di halang. Juga bagaimana kebebasan akademik mahasiswa itu disekat. Kebebasan bergerak juga turut dihalang.

Undang-undang menurut akta ini dilihat bertentangan sama sekali dengan amalan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk dalam soal hak dan kebebasan untuk berpersatuan dan hak untuk mengundi selaku seorang warganegara.

Bukan hanya itu, malah lebih besar kerana kebebasan akademik pensyarah turut juga di halang sama sekali.

Mahasiswa menentang AUKU ini kerana mereka berhak untuk berpolitik.

Selama ini pemerintah Barisan Nasional sering memperlekeh usaha mahasiswa menentang AUKU.

Lebai Tidak Setuju AUKU Dihapuskan

Tetapi bila Pengerusi Pakatan Harapan, Tun M berjanji untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil alih Putrajaya, Lebai Rusila kata Tun M 'menjilat ludah sendiri.'

Lebai tu mendakwa, bahawa AUKU diwujudkan ketika zaman pemerintahan Dr Mahathir .....

Kenapa Lebai ni marah sangat kepada Tun M? Hinggakan perkara yang baik yang ingin Tun M laksanakan untuk memberi kebebasan kepada mahasiswa pun dia hina dengan ungkapan sinis 'Menjilat Ludah Sendiri'

Apakah Lebai sendiri tidak setuju AUKU di hapuskan?

Lebai memperlekehkan usaha Tun M mahu menghapuskan AUKU. Tindakan Lebai ini saling tak tumpah sama dengan tindakan pemerintah BN Umno yang memperlekehkan usaha Mahasiswa yang sekian lama ini menentang penggubalan AUKU.

Sepatutnya berilah sokongan...Jangan sebab dah termakan dedak Najib, Lebai jadi mata hati dan buta perut! Buruk sunggoh kelaku seorang yang ngaku dirinya sebagai ulama!

Yong Intan Noor :

Pak Aji! Tun M jadi Perdana Menteri tahun 1981. Akta Kolej dan Universiti digubal tahun 1971. Masa itu Tun M dipecat dari UMNO.

 Pasal apa Tun M yang diejek 'menjilat ludah sendiri'?

 Jangan lupa, dari tahun 1974 hingga 1978, PAS menyertai gabungan Barisan Nasional. Apa PAS buat dalam tempoh itu?

Apa pasal tak menentang AUKU (1971) ketika Tun M belum jadi Perdana Menteri?

 Mengapa PAS taawun dengan UMNO? Bukankah UMNO sekarang ini masih berpaut pada AUKU(1971)?

 Pak Aji boleh saja kritik Tun M. Tak jadi masalah. Tapi guna fakta.

 Adilkah orang yang berpatah balik kerana nak membuat kebaikan dihukum 'menjilat ludah sendiri' ?
Comments
3 Comments

3 comments :

ahmad salleh said...

Benar seperti yang dihujahkan oleh Yong Intan Noor itu, AUKU telah diwartakan dalam tahun 1971 lama sebelum Tun M menjadi PM. Hanya ketika demonstrasi mahasiswa memuncak pada 3 disember 1974, akta itu digunakan untuk mengekang aktiviti mahasiswa khususnya dalam isu politik, itupun adalah dalam bidang kuasa PDRM. Kalau tak silap, kebetulan Tun M adalah Menteri Pelajaran ketika itu.

Anonymous said...

Apa yg Amanat hadi kata ttg umno? Apa pendirian hadi terhadap umno skrg? Itu bukan menjilat ludah sendiri juga. Kata orang dia yg lebih

Anonymous said...



AUKU jadi akta jugak lah.. dan kemudian akan di mansuhkan kerana keadaan sudah berubah dan hanya di kena kan kepada pelajar yang pro kepada pembangkang.

Hudud yang telah di dihebuhkan tak jadi ... Bersalin kulit jadi RUU..

Janji bentang dan yakin di lulus kan ..

Hadi jilat keladak dedak yang di tabur UMNO.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...