JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Saturday, March 31, 2018

BILA CIA MENGAUM

Oleh Sani Ahmad


Sehari dua ini heboh pula kisah hubungan seorang ahli parlimen yang didakwa Nik Abduh Nik Aziz anak mantan Menteri Besar Kelantan dengan CIA. Sudah tentulah CIA itu Central Intelligence Agency atau Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat takkan lah pulah CIA sejenis ubat perangsang kekuatan lelaki sepertimana Viagra.

Dakwaan ini timbul ekoran rakaman audio kononnya dari suara Nik Abduh sendiri walaupun telah dinafikan beliau.

Antara petikan rakaman audio itu ialah: "Ana (saya) boleh bercakap dengan CIA. CIA Amerika tu ana kenal orang dia yang sentiasa berhubung dengan ana."

Beberapa pihak mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana disifatkan membahayakan keselamatan negara kerana mendakwa tertuduh mempunyai akses langsung dengan ejen CIA.

Berhubung dengan agensi perisikan asing ini bukan kerja main-main dan impaknya terhadap keselamatan negara terlalu besar. CIA dan FBI bukan seperti agensi perisikan di negara lain di mana kerjanya mempertahankan pemerintah walaupun tercalar dengan skandal korupsi skala mega. Mereka tidak campurtangan dalam hal-ehwal politik dalaman negara mereka sebaliknya sejarah membuktikan sudah berapa kerajaan dan pemimpin negara dijatuhkan dalam operasi rahsia mereka (CIA).

Salah satu kaedah untuk mendapatkan maklumat oleh mana-mana agensi perisikan adalah HUMINT (human intelligence) selain 'signals intelligence' (SIGINT), 'imagery intelligence' (IMINT), 'measurement and signatures intelligence' (MASINT) dan 'open source intelligence'(OSINT)

Sejarah perisikan berkembang dengan pantas seiring dengan perkembangan teknologi tetapi HUMINT tetap menjadi pilihan kerana didapati lebih menepati keperluan sebenar risikan.

Kerja perisikan memerlukan perisik dan perisik itu wujud dalam berbagai bentuk. Sun Tzu yang cukup terkenal dengan bukunya The Art of War menyebut terdapat 5 jenis perisik.

Pertamanya 'perisik peribumi' yang diupah di kalangan penduduk tempatan negeri musuh.

Keduanya 'perisik dalaman' iaitu pegawai musuh yang diupah.

Ketiga 'perisik talam dua muka' yang merupakan perisik musuh yang diupah.

Keempat pula adalah 'perisik malang' yang merupakan perisik sendiri yang ditugaskan dengan sengaja menyampaikan maklumat palsu kepada musuh dan

Kelima'perisik terselamat' yang merupakan mereka yang pulang dari khemah musuh untuk melaporkan maklumat diperolehi.

Jika benarlah Nik Abduh itu sudah sering berhubung dengan CIA, kategori perisik mana beliau selayaknya berada? Perisik Malang? Malang kepada CIA? PAS? Negara? Rakyat? Atau dirinya sendiri?

Ramai yang terperangkap antara ilusi, fantasi dan propaganda hiburan melalui filem-filem seperti James Bond, Jason Bourne, The Tourist, Mission Impossible dan banyak lagi walaupun hakikat sebenarnya tak seindah yang digambarkan...

Jika dengar yang mengaku INTEL, panda pun boleh terbang beb!

IPOH MALI : Sejak Trump jadi Presiden US, antara perubahan yg dilakukan.. Agen agen CIA nya sudah mahir dan belajar Ilmu Tasawuf.. 

 Kalau era pentadbiran Obama Clinton dan Bush.. depa takat menguasai fahaman keras Wahabi dan Syiah.. 

 Berbangga lah kita..salah seorang Agen nya.. Orang Kelantan.. menguasai Ilmu Tasawuf, 

 22 Tahun pemerintahan Mahathir yg dikata kejam dan bijak itu.. dengan pelbagai tindakan dan serangan pemikiran, menahan musuh2 politik dia dalam ISA.. tapi masih belum mampu pecah kan PAS.. 

 Selepas agen2 CIA dilatih dgn ilmu Tasawuf.. Akhirnya PAS berpecah hanya tak sampai 3 tahun selepas PRU 13

Ahmad : YB Nik Abduh kata, dia kenal rapat & berhubung dengan CIA. Rapatnya dia dengan CIA sampai Jokowi dok buat apa pun sekarang, dia tahu. Ada yang suruh polis siasat kerana perkara ni berkait dengan isu keselamatan. Tapi, ramai orang tak percaya Nik Abduh. Dia berbohong. Agamawan penipu.

Bagi saya, tak mustahil pun Nik Abduh sangka dia berhubung dengan CIA. Lagi kan kerajaan PAS Kelantan pun boleh usahama dengan syarikat bawah PBB. Syarikat PBB yang berpengkalan di Berek 12, Kota Bharu yang berdekatan dengan wad gila.

Ya, PBB di Berek 12, bukan di New York. Akhir sekali PAS kena tipu dekat syarikat tu. Syarikat Scam rupanya. Jadi, tak mustahil juga Nik Abduh tu kena tipu. Dia sendiri pun kata, lebih baik kita kena tipu dari jadi penipu.
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Tak mustahil jg dia agen cia. Dia diantara pemain utama memecahbelahkan pas dgn menyingkirkan tim profesional. Akibatnya pas berpecah. Bukankah itu kehendak amerika, iaitu melemahkan kumpulan islam spt pas. Tak mustahil cia memainkan peranan disini

Anonymous said...

Smpi mcm ni sekali tahap pemikiran geng PH ni..

Sapa ajar ni? Madey ke,?

Sebab dia pernah tuduh Nuar Brahim Agen C.I.A

Sama je M .O

Tp masa tu geng PH ni tak percaya Kat Madey.. Sekarang lain lak

Pusing le keliling nak bina presepsi...

Korang sedar tak yg korang tuduh anak TUAN guru korang yg korang kata kenal sgt...

Kalau kata anak arwah ni agen C.I.A, maknanya korang sendiri mempercayai yg TUAN guru korang salah didik anak dia?

Ke mcm mana?

Walaupun imam tak boleh diwarisi.. Tp semua mula dr didikan ayah pd anak kan..

Jd kalau ikut kata korang arwah Tuan Guru korang tu ada masalah lah dlm didik anak...?

Dan....kalau anak kandung ATGNA korang tuduh agen C.I.A

Maka tak pelik gak Le anak didik@anak angkat @ Husam Musa, ATGNA boleh jd Munafik?

Kan ke gitu...?

Hahaha..jgn bermain ngan Presepsi ....nanti tenggelam ngan Presepsi..

Selamat berjuang Geng PH terutama Geng Amanah aka Pengkianat aka Munafik

Anonymous said...

rakaman audio bukan perpepsi..lagipun ustaz zaharudin pun masih mnyepi tanpa komen apax2...sudahla..mngakulah pas dah dirosakkan sbhagian golongan ustaz muda

air gunung said...

Kah kah kah kah kah kah.
Apsal mamat 2.13.00PM nih.
Kena sampok jin CIA ke..
Kah kah kah

Anonymous said...

Oi bengong 2:13. Tak payah merapu panjang2. Bukan PH yg tuduh dia agen CIA. Dia SENDIRI MENGAKU la BONGOK!

Anonymous said...

Budak bodoh macam Abduh kalau jadi pemberi maklumat kepada CIA mungkin betul. Sebab cover besar dia ialah nampak bodoh. Sebab itu ada yang gelak bila dia cerita kenal CIA.

Anonymous said...


Dah dia juga mengaku ayahanda nya kata dia anak derhaka.

Sekarang kau pastikan nama ayah nya... Kalau nak jaga nama ayah nya kenapa tak saman Husam? Ini tak sekadar menafikannya..Mana dia letak maruah ayah dia ?

Kita sesungguhnya yakin Ayahnya telah mendidik dia dengan baik malah ramai yang cemburu kerana dia membesar di hadapan se orang ulama yang di hormati oleh ramai orang...

Begitu juga Husam jika terbukti benar anak dia bersalah, ada kah Walaun akan cemuh Husam ?

Antara sebab PH menawarkan jawatan MB kepada Nik Omar ialah untuk mengembalikan legacy TGNA yang kini tercemar kerana se orang agen CIA..

Anonymous said...


Mustahil Bedul@Bendul yang bernama Nik Abduh ini agen CIA...

Yang sebenarnya dia ialah Timbalan Ketua CAI ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...