JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, March 20, 2018

BUBAR PAS ATAU GANTI HJ HADI

 Oleh Tamrin Tun Ghafar

1. Sejarah kewujudan PAS terukir apabila Dato Onn Jaafar meletak jawatan sebagai Yang Di Pertua dan sekaligus meninggalkan UMNO.

2. Haji Ahmad Fuad Hassan selaku Pengerusi Badan Agama UMNO Malaya ketika itu kalah ditangan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj bagi mengisi kekosongan tersebut.

3. Oleh kerana tidak boleh menerima kekalahan tersebut dan atas ALASAN UMNO tidak memperjuangkan Agama Islam, beliau dan penyokong - penyokongnya bertindak keluar dari UMNO.

4. Bagi mengelakkan perpecahan UMNO yang pasti melemahkan orang Melayu itu sendiri, Tunku dan pemimpin - pemimpin UMNO yang lain memujuk Ahmad Fuad dan rakan - rakan agar mereka membatalkan sahaja rancangan tersebut.

5. Malangnya nafsu dan kepentingan diri mengatasi perkara - perkara yang lebih penting.

Betullah pesanan Rasullullah, peperangan umat Islam yang paling besar ialah peperangan melawan nafsu.

6. Maka pada 24hb November 1951 , lahirlah satu lagi Parti Melayu , Parti Islam SeMalaya atau ringkasnya PIS, yang kemudian nya dikenali sebagai PAS.

7. UMNO yang ditubuhkan lima tahun lebih awal iaitu pada 11hb Mei 1946 terpaksa berhadapan dengan pesaing baru, PAS yang sebelum ini merupakan ahli keluarga atau lebih tepat lagi , sebahagian darah dagingnya sendiri.

8. Bayangkan jika sekiranya Ahmad Fuad berjaya dinobatkan sebagai Yang Di Pertua UMNO dengan mengalahkan Tunku ketika itu , maka sudah pasti hari ini kita tidak akan melihat bendera - bendera PAS berkibaran di sana sini.

9. Bermula dari kelahiran PAS itulah , orang - orang Melayu sebenarnya mula berpecah.

10. Bencinya PAS terhadap UMNO tak kurang seperti kaum Yahudi membenci umat Islam.

11. Berbagai fitnah dan tuduhan dilemparkan terhadap UMNO.

12. Kemuncak kebencian PAS terhadap musuh utamanya , UMNO dilafazkan oleh Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong , Kuala Terengganu pada 7hb April 1981.

13. Menurut Hadi sebab utama mereka terpaksa menentang UMNO /BN kerana mereka mengamalkan Perlembagaan Penjajah ( Kafir ), bukan Perlembagaan Islam.

14. AMANAT HADI itu berjaya membakar lagi kebencian orang - orang PAS terhadap UMNO.

15. AMANAT HADI dijadikan pegangan perjuangan mereka.

16. Bertolak dari AMANAT HADI itulah perjuangan menentang kafir ( UMNO ) adalah jihad dan mati menentang puak tersebut pula dianggap mati Syahid.

17. Peristiwa berdarah Memali yang berlaku pada 19hb November 1985 adalah hasil provokasi Hadi melalui AMANATnya ( sila lihat AMANAT berserta ucapan nya ).

18. Empat anggota polis dan empat belas nyawa orang kampung yang diketuai Ibrahim Libya sia - sia terkorban dalam peristiwa tersebut.

19. Kini, bagi menghalalkan persahabatan PAS dengan Parti yang pernah dikafirkan dulu , Hadi menyerang Pakatan Harapan (PH ) dengan dua hujah:

1) DAP ialah sebahagian PH sedangkan kononya DAP ialah anti Melayu dan anti Islam.

2. Gabungan PH pula diketuai oleh seoarang 'penyangak'.

20. Selepas diserang angin ahmar kecil atau minor stroke di Turki tidak lama dulu, Hadi mungkin mula lupa ucapan dan tindakan beliau ketika bersama dan berdakap mesra dengan DAP dahulu (disertakan video berkaitan bagi mengingatkan Hadi mengenainya).

21.Berkemungkinan juga Hadi sedang mengelami sejenis penyakit yang mengganggu ingatannya ( amnesia ).

22. Atas sebab - sebab tersebut adalah diharapkan 'penyangak' yang pernah menyelamatkan beliau dari disumbat ke dalam penjara ekoran AMANATnya yang menyebabkan Peristiwa Memali dulu, memaafkan saja beliau.

 23. Parti mana dan siapa yang mereka sokong, itu adalah hak individu. 

24. Satu persoalan yang perlu Hadi jelaskan kepada umum khasnya kepada Ahli Ahli PAS ialah apakah Perlembagaan Negara yang kita amalkan selama ini, sehingga menghalalkan mereka memaki hamun dan seterusnya mengkafirkan UMNO sudah pun dipinda menjadi Perlembagaan berasaskan Islam sehingga beliau sanggup membuat U - Turn.

 25. Sebenarnya umum sedang menyaksikan lakunan Hadi dan konco-konconya beraksi menjilat ludah mereka sendiri.

 26. Jika Hadi dan konco-konconya benar- benar serius ingin menentukan Melayu terus berkuasa dan kuat dan Perlembagaan Negara ditukar menjadi Perlembagaan berasaskan Islam, maka dua perkara WAJIB dilakukannya:

1) PAS dibubarkan dan ahli-ahlinya termasuk Hadi hendaklah diserapkan ke dalam UMNO. 1 ( a ) Lagi pun PAS lahir dari sosok UMNO.

1 ( b ) Dengan tindakan membubarkan PAS , maka perpecahan Melayu akan berkurangan.

1 ( c ) Mungkin juga Parti Parti Melayu lain akan mengikut jejak langkah PAS itu.

1 ( d ) Dengan cara itu orang Melayu melalui UMNO akan lebih kuat dan dihormati.

2) Oleh kerana UMNO hari ini amat sangat memerlukan sokongan PAS untuk terus berkuasa, maka PAS patut menuntut, bukan sahaja secara bertulis tetapi yang lebih afdal satu pengumuman terbuka oleh UMNO tentang persetujuan mereka melaksanakan Perlembagaan dan Undang Undang Islam dalam tempoh satu tahun selepas PRU ini akan datang.

 27. Bagi melaksanakan cadangan diatas , Mesyuarat Agung Khas atau satu Pungutan Suara ( referendum) dikalangan ahli-ahli PAS perlu diadakan.

28. Hadi tidak perlu bimbang kerana masih terdapat ahli-ahli PAS yang wala' yang sedia melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh beliau.

29. Jika Hadi gagal berbuat demikian, maka sebaik-baik langkah, jika bermaruah dan tidak pentingkan diri dan keluarga, beliau hendaklah berundur secara terhormat dari terus memimpin PAS atau ahli-ahli parti itu boleh menggantikan beliau melalui undi tidak percaya dalam Mesyuarat Khas atau Mesyuarat Luar Biasa.

30. Tidak ada siapa pun berhak menentukan pahala dan dosa, syurga dan neraka. Itu adalah Hak ALLAH SWT sepenuhnya.

31. Hadi hanya manusia biasa seperti kita semua - tidak maksum.

32 . Maki hamun menggunakan perkataan kesat seperti barua, anjing dan lain lain lagi terhadap mereka yang tak sehaluan dengan beliau, langsung tidak mencerminkan nilai-nilai pemimpin Islam sepertimana yang dituntut oleh agama.

33. Rujuklah sekali lagi Ayat-Ayat Al-Quran dan Hadith bagi menentukan apa yang dilakukan Hadi sekarang tidak bertentangan dengan KehendakNya.

34. 34. Diharap mereka yang membaca nukilan saya ini, khususnya ahli-ahli PAS yang masih wala' kepada Hadi , dapat menerimanya dengan minda terbuka dan tidak beremosi.

35. Hanya mereka yang berkepentingan seperti mengharapkan dipilih semula sebagai calon atau diberi peluang bertanding dalam PRU ini akan melenting tak ubah seperti kicauan burung yang sedang mencari makan.

36. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat beberapa watak jenaka yang boleh mengingatkan kita, antaranya:

Musang berjanggut Pak kadok Pak belalang Si luncai Pak pandir Mat jenin dan Lebai malang.

37. SEMOGA AYAT AYAT SUCI ALQURAN DAN HADITH TIDAK DINIAGA ATAU DIPUTAR BELITKAN DEMI KEPENTINGAN DIRI DAN KELOMPOK. BERKATALAH YANG BENAR, BUKAN MEMUTAR-BELIT YANG BENAR.

 Terima Kasih. 
Comments
12 Comments

12 comments :

Anonymous said...

Tamrin ni siapa???

Menteri ke?
Ahli akedemik ke?
Ahli ilmuaan Agama ke?
Pejuang hak asasi ke?
Ahli sejarah ke?
Ahli perniagaan ke?

Atau seseorang yg pernah dikatakan mengalami sakit Mental?

Hujah berbelit, fakta ke laut, alasan tak kena mengena,

Ini yg dijadikam bahan utk diketengahkan?

Tolonglah Tuan umpunya blog..
Tuan berilmu..tetapi menjadi bodoh kerana menengahkan seseuatu yg tidak bernilai

Jamesdean1 Jamesdean1 said...

Kepala bapak kau anon 9.51...sekurangnya dia pakai nama sendiri.tak macam kau cakp byak tapi menyorok celah ketiak rosmah

Anonymous said...

Tukar asas nama aje,,, Singkatan kekalkan dengan PAS juga. Tukar menjadi Parti AMANAH Negara (PAS). Yang ni rasanya sesuai dan diterimai ramai khalayak..

Anonymous said...

Tukar makna asas tapi kekalkan singkatan. Tukar kepada "Parti Amanah Negara" tapi masih kekalkan singkatan PAS!! Amacam?

Unknown said...

memang tak perlu diketengahkan tapi ia idea dr seorang yg prihatin gamaknya.

Anonymous said...

Kau pakai nama sendiri ke Jamesdeen1..

Hahah..

Anonymous said...


Tamrin se orang ahli politik. Dia juga bekas ahli PAS. Tuan juga ahli politik apabila membicarakan masa depan negara dalam skop politik.

Tidak seperti ahli ekonomi, sesiapa yang mengundi adalah ahli politik dan seperti tuan juga boleh bebas memberi pendapat dan komen dalam hal politik.

Untuk bercakap dan melibatkan diri mengenai politik tidak perlu ke sekolah. Se orang jurujual perabot pun boleh jadi Presiden. Cuma di Malaysia sahaja yang membangkitkan soal kelayakan akademik dan jawatan apabila seseorang memberi teguran.

Semasa Almarhum TGNA, Kelantan di sebut sebagai sekolah politik oleh penulis politik. Dia mempunyai sebab kenapa mengatakan Kelantan pimpinan Almarhum TGNA sebagai sekolah politik.

Apabila di peringkat atas iaitu menjadi pemimpin parti politik, seseorang perlu lebih bijak dan bercakap mengenai politik. Ini tidak ada pada Hadi Awang.

Mengikut strategik politik, masa ini lah yang sangat sesuai yang sepatutnya di guna oleh Hadi untuk membentuk pemerintahan Islam.

Tapi PAS sekadar berpolitik picisan dan hanya walaun sahaja yang sama taraf politik nya dengan Lebai yang mudah di perdaya.

Anonymous said...


Bertahun PAS gagal mengubah Perlembagaan yang Hadi fatwa kan kafir. Ini kerana UMNO ada lah musuh.

Tetapi apabila UMNO adalah sebagai kawan, PAS hilang semangat dan melupakan hal tersebut.

Apa yang menjadi punca dan sebab yang begitu besar boleh menukarkan matlamat nya?

Patut atau tidak Hadi membawa perkara ini ke hadapan pada masa ini ia itu sekarang seperti yang di suarakan oleh Tamrin?

Tunggu apa lagi??

Anonymous said...

Hadi akan buat mesyuarat khas tersebut jika Hadi benar-benar se orang ulama.

Atau Hadi kena bagi penjelasan mengapa Hadi tidak boleh berbuat demikian iaitu mengada kan mesyuarat khas dan mendapatkan persetujuan UMNO untuk melaksanakan Perlembagaan dan Undang Undang Islam dalam tempoh satu tahun selepas PRU ini akan datang.

Pemimpin PAS kecoh tak dapat peruntukan tetapi tak kecoh lagi pasal hudud dan perlembagaan.

Dulu parti PAS tak ada duit, guna hudud. Sekarang dah ada duit, PAS ketepikan hudud. Yang PAS tahu duit lebih di perlukan.

Bila seseorang sudah ada duit, orang itu tak mencuri. Kalau tak mencuri, tak ada lah potong tangan. Bila ada duit, boleh beli kereta mahal, bersemangat lah pergi masjid atau ke tempat ceramah.

Bila orang lain kata perbaiki ekonomi supaya meningkat, PAS berdalih pulak kata hukum Allah mesti di dulu kan.

Adnan bin Supardi said...

Assalamu'alaykum w.w.
1. Saranan anda agar PAS dibubarkan dan menyerap ke dalam UMNO patut juga anda tujukan kepada PKR, PAN dan Bersatu sekiranya anda prihatin terhadap kesatuan Melayu-Islam di Malaysia.Tetapi bagaimana wadah UMNO tiada accommodate kesungguhan perjuangan memertabatkan Melayu dan Islam di Malaysia? (Bukan dengan mengekalkan majoriti orang Melayu (Islam) dalam golongan meminta-minta/miskin - golongan miskin mudah untuk dipergunakan untuk memenuhi kerakusan pimpinan UMNO. Banyak masa mereka habis memikirkan mencari rezeki bagi menyara keluarga berbanding memikirkan masa depan anak dan negara. UMNO berjaya mengikat golongan Melayu (Islam) miskin untuk tidak celik politik. Manakala orang Melayu (Islam) yang berdikari mampu celik politik masa depan negara dan masadepan Islam dan umat. Tulisan Dato' Tamrin sekadar untuk mengurangkan saingan UMNO dalam PRU14. Bukan sangat untuk kesatuan Melayu atau memertabatkan Islam di Malaysia.

2. Nasihat saya bagi penulis komen menggunakan nama 'unknown atau anonymous' anda tidak 'jantan'.

Anonymous said...

Itu pandangan dia selaku bekas ahli pas. Tentu banyak pengalaman baik buruk yang dia miliki semasa dalam pas. Jadi elok sangat dia kongsikan bersama dengan semua pembaca kerana ia membantu proses pemilihan semasa dalam pru14 nanti

Anonymous said...

Yang penting isi dan pandangan yang bernas.. bukan nya jantan ke tak jantan..

Dan apabila tulisan dalam komennya menarik, timbul keinginan ingin tahu siapa orang itu? Agak nya lah....

AMANAH, Bersatu dan PKR menentang rasuah dan salah guna kuasa. Perpaduan akan musnah di sebabkan oleh dua perkara tersebut. Lihat lah dalam UMNO sendiri, Rafidah dan Rais Yatim telah di hina dan di kutuk kerana rasuah dan salah guna-kuasa.

Yang lebih minat berpolitik untuk kesatuan Melayu dalam pembangkang ialah PAS.

Matlamat yang sama dengan UMNO ini lah yang menjadi faktor bubarkan PAS dan masuk UMNO.

Yang bezakan PAS dengan UMNO ialah PAS akan hapuskan GST. Apa yang PAS reti? Tembang balak dan rampas tanah boleh lah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...