JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, March 27, 2018

Gagal bawa Equanimity ke AS, DOJ mohon hak jaga kapal


Kecewa dengan usaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kapal persiar The Equanimity bernilai AS$250 juta (RM1 bilion) terlepas dari bidang kuasa Amerika Syarikat (AS), Jabatan Keadilan (DOJ) negara itu memohon hak penjagaan (kustodian) terhadap kapal itu. 

 Menurut pemfailan DOJ semalam, yang dilihat oleh Malaysiakini, pemilik kapal layar itu "menyembunyikan Equanimity di beberapa siri lokasi asing bagi menghampakan usaha kerajaan untuk membawa aset itu ke Amerika Syarikat". 

Walaupun kapal layar itu dirampas di Bali, DOJ berkata pemiliknya memfailkan tuntutan mahkamah di Indonesia untuk mencabar rampasan berkenaan. 

 "Oleh itu, kerajaan dengan hormat memohon kepada mahkamah untuk melantik kerajaan sebagai kustodian Equanimity dan mengarahkan penuntutnya supaya menyerahkan Equanimity dimasukkan dalam jagaan kerajaan, supaya Equanimity boleh dibawa ke AS dan dilucuthakan," katanya. 

 DOJ, dalam pemfailan itu, menyatakan bahawa ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho membeli Equanimity dengan dana yang dicuri dan diseleweng dari 1MDB dan Low adalah dalang yang mencuri berbilion dolar dari 1MDB.

 Low sedang mencabar pelucuthakan itu melalui Equanimity (Cayman) Ltd, Equanimity Crew (Cayman) Ltd, Equanimity Lifestyle (Cayman) Ltd dan Equanimity Operations and Maintenance (Cayman) Ltd yang disebut sebagai penuntut dalam pemfailan itu. 

 DOJ berkata penuntut itu berusaha secara "luar biasa" untuk memastikan Equanimity tidak berada di didang kuasa kerajaan Amerika Syarikat. 

 Ini termasuk mematikan sistem penjejakan AIS untuk menjadikannya lebih sukar untuk dikesan dan mengelakkan negara-negara seperti Australia dan Singapura yang dianggap mesra dengan Washington DC. 

 Jho Low melalui jurucakap pada 28 Februari lalu dilaporkan kesal dengan rampasan asetnya kerana dibuat "tanpa sebarang pembuktian".

 Katanya, rampasan itu berdasarkan tuduhan salah serta bermotifkan politik. ~ sumber

DOJ ulangi - Jho Low beli Equanimity guna dana 1MDB


Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sekali lagi mengulangi bahawa usahawan kontroversi Low Taek Jho membeli kapal persiar The Equanimity bernilai AS$250 juta menggunakan dana yang "dicuri dan diselewengkan" dari 1MDB.

 "Memang, seperti dakwaan sepanjang aduan (oleh DOJ), Low adalah dalang utama yang mencuri berbilion ringgit dari 1MDB," kata DOJ dalam pemfailan mahkamah semalam.

 Ini adalah sebahagian daripada permohonan DOJ kepada Mahkamah Daerah California Tengah untuk mendapatkan perintah supaya melantik kerajaan Amerika Syarikat sebagai penjaga atau kustodian Equanimity.

 DOJ juga memohon perintah kepada wakil Low untuk menyerahkan Equanimity kepada jagaan kerajaan agar kapal itu dapat dibawa ke Amerika Syarikat untuk tujuan pelucuthakan.

 Dalam pemfailannya, DOJ mendakwa bahawa Low cuba menyembunyikan kapal persiar itu apabila mengetahui bahawa mereka cuba merampasnya. Beliau dikatakan mengarahkan anak kapal supaya mematikan Sistem Pengenalan Automatik (AIS) dan mengelakkan diri daripada Amerika dan sekutunya, Australia dan Singapura.

 "Kapten Equanimity diarah ke kawasan lain seperti Vietnam dan Kemboja, di mana Equanimity dianggap 'selamat'.

 "Arahan Low itu dipatuhi," kata DOJ. 9 Jho Low melalui jurucakap pada 28 Februari lalu dilaporkan kesal dengan rampasan asetnya kerana dibuat tanpa sebarang pembuktian.

 Katanya, rampasan itu berdasarkan tuduhan salah serta bermotifkan politik. ~ sumber 
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...


Pemilik di lindungi oleh MO1.

Kalau tak dah lama, Taik Loh bungkus..

Dia kena buktikan pembelian kapal mewah tersebut tidak di beli dengan 1MDB..

tanya sama itu hud hud said...

Ini campurtangan asing..kata lebai marang merangkap chief animal planet..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...