JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Wednesday, March 28, 2018

Husam dakwa empat soalan ditolak Dun Kelantan


Adun Salor, Husam Musa mendakwa soalan bertulis beliau untuk persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan bermula semalam ditolak tanpa sebab.

 “Empat soalan bertulis saya kemukakan kepada Yang Amat Berhormat Ustaz Datuk Bentara kanan Menteri Besar tidak ada di meja saya pada hari pertama semalam.

 “Bila saya tiba di dewan hari ini hanya tiga dari empat soalan yang saya kemukakan ada jawapannya manakala satu lagi hilang,” katanya di persidangan hari kedua dan terakhir pagi ini.

 Soalan yang tidak dijawab itu menurut Husam adalah berkaitan senarai kes-kes saman yang dihadapi kerajaan negeri serta anak-anak syarikat milik kerajaan. 

“Juga berkaitan berapa kos yang terpaksa ditanggung pihak kerajaan berkitan kes-kes tersebut. 

 Apa yang pelik kata beliau ialah apabila saya bertanya kepada pejabat setiausaha dewan semalam, beliau berkata jawapannya masih ada di atas meja Timbalan Menteri Besar.

 “Saya membangkitkan perkara ini berdasarkan peraturan dewan no.28 yang menghendaki pihak kerajaan mengemukan jawapan kepada semua soalan ahli dewan dan jika ahli tidak berpuashati mereka boleh meminta jawapan itu dibuat semula. 

 “Saya mahu perkara ini diselesaikan sebelum dewan dibubarkan kerana ini untuk kepentingan rakyat,” katanya. 

Beliau turut menimbulkan semula kelulusan Tanah di hutan simpan Mukim Kuala Pahi, Daerah Mengkebang yang dikatakan diberi kepada tiga syarikat yang dimiliki oleh orang yang sama. 

 “Saya ingin tahu kalau benar kayu kayan yang ada di situ mahu dikeluarkan bagaimanakah kerajaan membuat penilaian dan pihak manakah akan menguruskannya,” soal beliau. 

 Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah dalam jawapannya berkata rangka jawapan itu tidak kena mengena dengan pejabanya. 

 “Pejabat saya hanya menyediakan jawapan berkaitan hal Tanah dan bukannya senarai kes-kes mahkamah,” katanya. 

 Mengenai Hutan Simpan Kuala Pahi beliau berkata belum ada kelulusan kepada mana-mana syarikat berkaitan kawasan tersebut.

 Pihak kerajaan hanya meluluskan kepada pihak yakin dan tiada kuasa untuk membuat kelulusan kepada syarikat. 

 “Sehingga ini pihak kerajaan belum membuat apa-apa keputusan dan syarikat mana yang dapat sama sekali tidak berbangkit,” katanya. ~ Malaysiadateline
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...