JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, March 30, 2018

Husam: Pakar London siasat suara 'ambil duit Umno'


 Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan difahamkan audio rakaman yang dikatakan mirip seorang pemimpin PAS yang bercakap tentang pembiayaan daripada Umno telah dihantar ke London untuk dianalisis. 

 Pengerusi HARAPAN Kelantan, Husam Musa berkata siasatan itu dilakukan seorang profesor yang pakar dalam bidang siasatan fonetik atau pengecaman suara bernama Allen Hirson. 

 "Saya difahamkan audio ini telah dihantar ke makmal City Universty di London, dikaji oleh seorang profesor di sana. Seorang pensyarah bahagian fonetik, bernama Allen Hirson 

"Dia telah mengendalikan 1,100 kes di mahkamah berkaitan dengan mengecam suara orang," katanya dalam ceramah di Kota Bharu, malam semalam. 

 Pada Februari lalu, klip audio di media sosial yang didakwa sebagai 'bukti' penyaluran wang oleh Umno kepada PAS menjadi tular. 

 Rakaman selama seminit 18 saat itu mendakwa PAS meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan PAS. 

 Antara lain, wang berkenaan adalah untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak dan untuk menjatuhkan DAP. 

 Mengulas lanjut, Husam berkata, pada 30 April depan audio tersebut akan dibawa ke mahkamah di London pula bagi menentukan kesahihan pemilik suara tersebut susulan kajian dibuat oleh Hirson. 

 "Jadi insya-Allah, kita di sini tak perlu bergaduh dan akan dibawa ke mahkamah di London pada 30 April akan datang. Bukan saya yang bawa, orang lain. Saya tolong bagitahu saja. 

 "Saya cam suara dia (Nik Abduh) sejak kecil lagi, secara saintifik kita boleh hantar ke makmal," jelasnya. 

 Sementara itu, versi penuh audio tersebut disebar di media sosial antara lain mendedahkan beberapa pimpinan PAS mengambil wang daripada Umno selain suara yang dikatakan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mendakwa mempunyai hubungan dengan pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat. 

 Beberapa nama turut dipetik dalam rakaman audio itu termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dan menantu Abdul Hadi, Zaharuddin Muhammad. 

 Ketika petikan pertama rakaman itu disebarkan baru-baru ini, Nik Abduh sudah membuat penafian. 

 Katanya, dakwaan berkenaan adalah "karut, mengarut dan fitnah" terhadap dirinya serta PAS. ~ Malaysiakini

Komen al-Husseyn :


وَقُل جاءَ الحَقُّ وَزَهَقَ الباطِلُ 

Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap”.

Mana mau lari puak-puak yang perasan diri mereka suci selama ini? Sedikit demi sedikit kepalsuan mereka Allah dedahkan kepada kita semua.

Kebenaran pasti akan datang dan menang sedangkan kebatilan pasti akan lenyap.Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

إِنَّ الباطِلَ كانَ زَهوقًا 
Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Kebathilan memang ditakdirkan akan lari dan hilang.

Dan lenyaplah kebathilan itu, iaitu akan surut dan binasalah kebatilan itu; kerana sesungguhnya hal yang batil itu tidak akan dapat bertahan dan tidak dapat kekal bersama dengan adanya perkara yang hak.

Lebai Rusila akan lenyap... Nik Abduh akan lenyap... Pan-Malaysian Islamic Party juga akan lenyap... Inna lillahi wa inn ilaihi Rojiuun...
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Husam ni tak takut ka kena sumpah jd ABU? kahkahkah
ABU tu dulu : asal bukan umno
Skrg ABUP

Anonymous said...

Al Husyen

Hahahaha....

Punya lah pandai dan bijak Husaam

Dia kata Audio tu dah dihantar ke UK..

Sapa yg hantar?

Hahaha...hebat Nik Abduh. Smpi kan proffessor tu ada simpan suara Nik Abduh untuk perbandingan...

Maksudnya kalau ada yg tak paham le..

Suara ni sama gak mcm DNA..

Nak disahkan DNA kena ada semple...yg ditmpt kejadian dan dr empunya DNA..

Ada dua br bole dibuat analisa utk dicari persamaan..

Ingat kes Anwar...dan DNA

Pihak Pendakwaan kata...jumpa DNA Anwar ditmpt kejadian

Tp peguam Anwar cakap mcm mana pendakwaan boleh sahkan itu DNA anwar...sedang kan Anwar tak pernah pun bg semple DNA dia...

So pakai la otak sikit..utk pikir..

Husam si Munafik ni nak caya...sedangkan org munafik ni sembelih ayam pun tak sah..

Hahahah

Tp sy tetap Aminkan Doa AlHussyen pasai yg benar yg Batil tu
..

Sebab dah nampak kan Allah dah tunjuk kat dlm Parlimem semalam masa Hanipa berucap

karu karu said...

Banyak rakaman suara nik abduh dlm ceramah PAS. Dah cukup tu sbg perbandingan. Tak perlu yg bersuara tu hadir sama. Lain kali..pi la tengok makmal forensik suara tu mcmana. Makmal yg check DNA tu camno...

hanky panky said...

bersepah2 cd ceramah nik abduh. pilih jer mane satu bt perbandingan .. org yg hantar tu pro la bkn jenis ngok!

Anonymous said...

Anon 3.33 kalau tak faham prosedur tak payah nk beri komen dlm isu ni..nampak bodoh

pok amid littor said...

Walaun tegar ni!!
Senang senang je labelkan orang yg tak se grup dgn mereka sebagai munafiq.
Bagi si tegar ni, entah dari mana dia dapat perkhabaran (mungkin ada direct line dgn malaikat kot) semua yg tak setuju dgn Pas ada lah samada kapiaq atau munafiq.
Ini la contoh yg dikatakan menggunakan agama untuk politik, bukan nya agama yg mengasaskan politik.
Haprak punya walaun!!

Anonymous said...

Anon 3:33 pasai apa hang bengong sgt. Mana2 recording nik beduh boleh digunakan sbg perbandingan. Skrg kita tunggu keputusan analisa pakar london. Jk benar itu percakapan nik beduh, apa pula hang nak auta. Salah satu tanda walaun tegar pas ialah mrk sgt mudah mencop org kafir atau munafiq

Anonymous said...

Hahaa..tak betui hussam munafik? Sebab sifat2 munafik dah ada..

1) bila berjanji tak tepati.. Jd calon pas, berbaaih..tp lari bw kerusi

2) menipu, , kata nak bawa 10 org adun Pas sama kuar Pas..

Tak de...jd Husam kuasa 10

Bukan ke Munafik tu??

Apa brg dlm mahkamah pakai tape audio ceramah..

Ni dah jd bahan bukti cacat..dan tercemar

Ada ke mcm tu...ingat main masak masak ke...


Hahahah...pemikiran pengikut Ketua KANUN Amanah... Sama bengong ngan ketua

Aku berhujah bukan main sedap mulut je...

hanky panky said...

klau tu la perbandingan kamu adiwang lg byk sifat2 munafik .. mcm bukti ade .. bukti video pn ade. khianat amanah pengundi berkali2.. bab ckp xpyah cter la kluk klek memanjang tp yg paling seram amanat die la sampaikan ade yg terkorban pecayekan die.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...