JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, March 23, 2018

"Jangan sebut... nanti dia betul-betul datang"

Rasa gugup bersangatan hingga lupa nak tanggal mic..

  Bekas editor Kumpulan New Straits Times, Mustapha Kamil Mohd Janor menyindir majlis Wacana Sinar Harian yang berjudul 'Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?' yang berlangsung semalam. 

 Mustapha Kamil berkias kisah petua masyarakat Melayu tradisional ketika masuk ke hutan. 

 "Dalam hutan ni ada banyak petuanya. Selalu orang tua kata bila kita dalam hutan ni jangan disebut-sebut perkara atau apa pun yang kita tak mahu temui. 

"Jangan sebut pasal hantu, pasal jembalang atau pasal harimau ke. Nanti dia betul-betul datang," tulis beliau dalam hantaran Facebook malam tadi. 

Mustapha berkata teringat mengenai petua itu selepas membaca berita wacana anjuran Kumpulan Krangkraf tersebut. 

 "Bahasa mudahnya wacana itu untuk mengumpat Dr Mahathir lah. Tapi macam melanggar petua dalam hutan tadi, muncul pulak 'orang tua' tu dan dia duduk betul-betul depan barisan ahli panel yang awalnya bukan main tajam hujah mereka mengumpat Dr Mahathir itu. 

 "Tapi bila dia muncul tiba-tiba, terus tumpul dan duduk pun dah serba tak kena. Itu lah. Macam pepatah Ujang kawan saya kat kampung ni: 'If your egg is small, don't talk big'," tulis beliau lagi. 

 Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) ditemani isterisnya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membuat kejutan apabila hadir ke majlis di Shah Alam itu.

 Kehadiran pasangan itu disambut dengan meriah oleh penyokong dan hadirin. 

Siri wacana itu disertai Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki dan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri Abdul Ghaffar. 

 Mantan perdana menteri itu kemudian menulis di Twitter mengenai kehadirannya. 

 “Saya hadir. I’m here guys. Say it to my face. (Saya ada di sini. Cakap depan-depan.), ” ciap beliau. ~ sumber
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Kah kah kah...jelas sekali profesor kesipuan! Itulah...jaga lidah semasa berbicara supaya tidak melampau dan hujahan ke Lautan Hindi Selatan. Jangan diikut pe'el Hadi mereng tu. Yang dua lagi ahli panel itu, memberi ulasan seimbang lengkap dengan fakta lagi.

Anonymous said...

Dr Kamarulzaman yang memalukan dan menconteng arang dan berak pada tempat kerjanya UUM, Sintok & bapanya Pak Yusop & parti dokongannya sekali Umno - Pas.

pok amid littor said...

Mamat tu cakap tk kalah, semenye dia yg terhebat. Tp bila terpandang je wajah DrM, bukan takat terkencing tp terkincit!!! Kah kah kah

Anonymous said...


Betul lah dia macam kemasukan sekarang ni... Tok Moh Zahid dah lencun kan dia dengan air pun masih meracau..

I said...

Pada saya TM telah menunjukkan persembahan terbaiknya. Mungkin benar dia ada bercakap sesuatu pada tahun2 sebelum ini seperti yg dikatakan oleh DrK ini tapi DrK lupa sejarahnya. DrK cuma bertumpu untuk kronologinya sahaj tetapi tidak melihat kepada kepentingan peristiwa dan situasi semasa. Prof tu pula bet akap dengan berhati2 dan tidak menyentuh pun pasal TM tetapi cuma fakta dan persepsi sahaja sesuai dengai pengetahuannya sendiri sebagai ahli psikologi..Pakar kcergasan pula hanya membawa pandangan dan harapan anak muda di masa akan datang...apa bila saya ligat wacana 53 itu...barulah saya faham mengapa M01 tak mahu hadir ke majlis Nothing 2 Hide siri 1 dan Siri 2 kerana dia tahu bahawa dia akan kesipuan jika berhujah dengan TM. Dulu says juga tak faham maksud kesipuan tetapi selepas menonton wacana 53 ini maksud kesipuan menjadi nyata...syabas TM. DrK tak dilihat berdiri ketika TM sampai..tetspi pada pendapat saya tak jadi salah apa2 pun..cuma kalau DrK juga disambut dengan cara ulyg sama semasa dia hadir disesuatu majlis nanti janganlah ambil hati kerana itu bukan sayu kesalahsn pun...

Jiwa Kacau said...

Prop oh prop bikin malu saja. Prop dah jadi femes seluruh Malaya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...