JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, March 30, 2018

'Kalau' Hanipa panaskan Dewan Rakyat


PARLIMEN | Sidang Dewan Rakyat hari ini panas apabila Hanipa Maidin (AMANAH-Sepang) diserang wakil PAS dan BN ekoran kenyataannya semasa bersoal jawab dengan Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling). 

 Asalnya Abdul Azeez menegur Hanipa dengan mendakwa bekas pemimpin PAS itu berlagak seperti tuhan kerana boleh menjangkakan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memenangi pilihan raya umum ke-14 ini. 

 Hanipa menjelaskan beliau bukan tuhan, dan kalau beliau adalah tuhan, Abdul Azeez tidak akan diciptakan.

"Kalau saya tuhan - nasib baik saya bukan tuhan - kalau saya tuhan dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja, tapi sebab saya tak (bukan) tuhan," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Antiberita Tidak Benar hari ini. 

 Kenyataan itu mendorong Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) bangkit untuk menasihati Hanipa apabila ia membabitkan isu agama.

 Ia kemudian disokong oleh Abdul Azeez serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Shahidan Kassim. 

 Bagaimanapun Hanipa enggan memberi laluan lebih lanjut kepada Khairuddin untuk mencelah dan menegaskan beliau menggunakan ungkapan "kalau" dalam ucapannya. 

 Tidak akan tarik balik

 Terdahulu Hanipa menyatakan BN tidak boleh memandang mudah RUU itu kerana ia tidak semestinya menjadi ancaman kepada HARAPAN. 

 Sebaliknya kata Hanipa yang turut berkhidmat sebagai peguam, sekiranya HARAPAN menang pada pilihan raya umum akan datang, orang pertama yang mereka akan tangkap ialah daripada BN.

 "Kamu ini tuhan ke boleh tahu kalah, menang? Kamu belum tahu, kita dua ini bila balik rumah belum tentu tahu esok hidup tau. 

 "Nak cerita pasal pilihan raya... Allahuakbar," kata Azeez. 

 Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) turut bangkit meminta Khairuddin turut menasihati Abdul Azezz, dan bukannya Hanipa saja. 

 Ekoran kenyataan itu juga, Azeez bangun semula dan menadah tangan berdoa supaya Allah mengampunkan dosa-dosa Hanipa. 

 "Ya Allah kau ampunkan dosa-dosa Sepang (Hanipa), kau kesianlah dia, ya Allah ampunkanlah dosa-dosa dia ya Allah," doa Azeez. 

 Bagaimanapun, bekas anggota jawatankuasa Pusat PAS itu tetap berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan berkenaan. 

 "Saya tidak akan menarik balik. Faham tak? Saya tidak akan menarik kata-kata kalau saya tuhan. Saya cuma kata kalau, jikalau," tegas Hanipa. 

 Shahidan kemudian bangun mempertikaikan bahawa mahkluk tidak boleh disamakan dengan tuhan.

 Hanipa kemudian meminta dalil mengenai perkara itu. 

 Khairuddin kemudian bangun dan dengan tegas memberitahu bahawa perkara ini melibatkan akidah Islam. 

 "Saya minta tarik balik. Saya minta Sepang tarik balik. Ini akidah Islam, saya bersedia beri dalil. 

 "Ini berkaitan akidah Islam awak cabar untuk bagi dalil. Saya nak bagi dalil dengan al-Quran dan hadis," kata Khairuddin.  

Selepas kekecohan selama kira-kira dua minit antara Hanipa dan Khairuddin itu, Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee memberitahu bahawa perkata yang diucapkan Hanipa merupakan sebahagian daripada pendiriannya dan tidak termasuk dalam Peraturan Mesyuarat. 

 "Yang dikatakan itu tak termasuk dalam Peraturan Mesyuarat. Biarkan ia jadi sebahagian pendirian YB Sepang," kata Ronald sebelum menangguhkan Dewan Rakyat. ~ Malaysiakini

Muhd Abdul : Nampak kan.... parti mane yang sayang sangattttt kat parti Bavi Negara tu.... mase BN buat usul je, membisu.. bila nak minta bantah, jadi pasu..... skrg pembantu BN pulak... duduk lah dgn BN tu... dah sekatil da aku tgk... wahahaha....

Abd Ghani Hashim : Kenapa bila org kata "awak ingat awak tuhan ke? " tak salah.. .dan kita jawab "kalau saya tuhan" itu dianggap salah... Bukan ke jawapan tu lanjutan drp soalan? Sama je...

Mohd Fadillah : Izzat Ibrahim - cuba baca balik betul-betul apa yg YB Sepang cakap. .dia tak kata pun "kalau dia Tuhan dia boleh buat bagus dari Alla SWT"...Tlg jgn sedap2 tambah ayat sendiri. Astaghfirullah!

Reez Hana : Satu2nya golongan yg berlagak menjdi Tuhan adalah lebai.. .“Antara petikan doa itu menyebut bahawa PAS yang membawa ajaran Islam dan sekiranya mereka (PAS) rebah, siapa pula yang akan membawa agama Islam. Hya Tuhan yg berani ugut Tuhan - cuma lebai boleh bawak islam....lo lebai x de islam pn x de...

Mat Yet : Khairuddin (PAS) seperti si jahil tergamak membela Azeez (UMNO) yang terang-terang mengeluarkan kenyataan sesat mengatakan Hanipa (makhluq) "berlagak seperti Tuhan" kerana menjangkakan kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU ke-14.

 Sewajibnya Khairuddin meminta Azeez mengucap banyak-banyak. Dia tahu ke bagaimana manusia boleh berlagak seperti Tuhan? Adakah menjangkakan kemenangan parti sendiri itu wajar dikatakan "berlagak seperti Tuhan"?

 Kalau benar demikian, tak salahlah kalau kita mengatakan Haji Hadi Presiden PAS itu selalu sangat berlagak seperti Tuhan. Bukankah dia asyik ulang-ulang buat kenyataan bahawa PAS menjangkakan kemenangan minimum 40 kerusi Parlimen.

 Haji Hadi juga sering kali menyebut-nyebut bahawa PAS menjangka akan menjadi king maker selepas PRU nanti.

 Aku bukan penyokong Hanipa; tetapi bagi aku, jawapan Hanipa kepada tempelak Azeez si jahil itu tepat.

 Aku harap Khairuddin muhasabah diri kamu baik-baik. Bukankah kamu ulama? Mentang-mentang kamu main asmara dengan UMNO, kamu tak nampak pun kesalahan orang UMNO. Sebaliknya, kebenaran parti musuh kamu, kamu nampak seperti kesalahan pula.

 Maafkan aku, Khairuddin. Aku penyokong PAS yang rasional.

Al Hussain : Bila Azeez tuduh Hanipa, Hang Tuhan kah?... Hanipa pun jwp dia bukan Tuhan... " Kalau dia Tuhan ...  - jelas di sini bahawa Hanipa hanya merujuk kpd apa yg Azeez tuduh ke atasnya iaitu Hanipa sebagai Tuhan.

Hanipa bukan keluarkan ungkapan 'kalau' itu dengan maksud bercita-cita nak jadi Tuhan ... macam kita kata, "Kalau saya orang kaya.... Kalau saya anak Raja... macam itum kalau baru lah tidak boleh. Hanya sekadar pandangan saya

Comments
10 Comments

10 comments :

bunbinban said...

Pendapat aku hanipa wajib tarik blk ungkapan kalau. Adakah tuhan tersilap cipta azeez sampai hanipa kalau jadi tuhan tidak akan cipta makhluk nama azeez tu?. Hanipa dwh bagi peluru hidup kat Q7, walaun2 dan umngok. Letak tepi ego dan berlapang dada utk ngaku kesilapan. Takan nak jadi mcm parti suci ngak bro...

Anonymous said...

Sekali lg geng Tokong ni, cuba membetulkan yg sememangnya tak betui

Peguam terkemuka kan..pengerusi Kanun kan

Yg pelik nya sahabat sekepal, sekepala sehati sejiwa dia pun minta dia bertaubat...ni yg bg komen n Al huyseen plak duk kata tak pe pada dia..

Bule pusing plak..jd PAS backup BN...

TGHH pun kena sekali...

Mcm korang cakap sebelum ni,

Satu dunia dah tengok wacana Sinar..Dr Kamarul terkucil

Satu Dunia gak dah tengok Hanipa korang

Bagaimana Akhalak dia sebagai Seorang Muslim yg diberi AMANAH oleh Allah....mempermainkan Allah..

La la tu Allah dah tunjuk..

JAM dlm dewan berenti seketika

Dia duk berkicau macm dunia dia seseorng kat situ...

Dr situ lah..nampak sgt mengapa Allah keluarkan dia dr Parti yg dia kata Suci tu..

Betullah tu, perancangan Allah tu hebat....

Dia kata parti , Parti Suci..sebab dia tak de dlm tu

Tamharim said...

Bodo punya ulasan kau

Anonymous said...

Ustaz kawarij paspispus dah bwk benda ni dlm khutbah jumaat tadi. Aku ingat apa benda la kisah ya, rupanya pasal ni je pun. Gila babi la puak2 kawarij takfiri ni

Anonymous said...

Ni kategori mensucikan Hanipa... Tgk gelar parti suci, dh terpalit ke muka hanipa. Kesian tgk dia tak tentu arah nk backup diri. Mcm org hilang pedoman. Tu pun ada yg duk pedo lg. Dunia2, elok2 berjuang utk Islam.. Lari pulak

Anonymous said...

Patut la ustaz Asri yg dirujuk PH geleng kepala tgk kelakuan hanipa & baca komen husin lempoyang ni lg garu kepala dia. Sudah2 la nk tegak yg dh salah.

Anonymous said...

Tahap kita org awam yg jahil ni, jgn sampai murakkab udah ler...

Anonymous said...

Komen 321 satu contoh manusia berlagak nak jadi Tuhan. Tapi tak guna Kalau.

hanky panky said...

hebat la kau nie .. boleh tau isi hati org n asbab musabab sesuatu kejadian. secare xlgsung kamu pulak ambil tempat hanifa mydin yg kamu tduh mengaku tuhan. peliknye sebalik perancangan tuhan pn kamu bleh tau .. siap bleh tunjuk sape benar sape slh hanye di-sebalik niat sesorg.

Muhammad Fahmi said...

Ni le bahananya bila menolak kepimpinan Islam....
Mohon bertaubat le penyokong PAN...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...