JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, March 29, 2018

KEDUDUKAN SUMPAH DALAM ISLAM.

Oleh Che Ibrahim Mohamed 

 Sumpah dalam Islam hanyalah sebagai hujah untuk dirinya, bukan untuk orang lain. Walau bagaimana pun keterangan secara bersumpah hanya terpakai dalam proses perbicaraan di mahkamah atau di hadapan Majlis Timbang Tara. Makna dia kena ada pihak ketiga yang mengadili pertikaian antara dua pihak ini. 

Seperti dalam kes audio visual Nik Abduh, orang yang mendakwa bahawa audio tersebut adalah suara Nik Abduh hendaklah membuktikan kepada mahkamah bahawa suara tersebut adalah benar benar suara Nik Abduh samada dengan mengemukakan sekurang2nya seorang saksi dan sokongan bukti bukti lain atau dengan menggunakan teknologi canggih yang diperakukan ianya adalah boleh diterima pakai. 

Jika pihak yang mendakwa gagal mengemukakan apa apa keterangan yang boleh menyakinkan, maka Nik Abduh boleh diperintah supaya bersumpah menafikan suara tersebut adalah bukan suaranya. 

 Jika beliau bersumpah atas perintah mahkamah, maka mahkamah boleh putuskan suara dalam audio visual itu buknnya suaranya, sebaliknya jika Nik Abduh enggan bersumpah, maka pihak yang mendakwa (Husam atau siapa saja) boleh diminta supaya bersumpah untuk mengukuhkan dakwaannya dan mahkamah boleh menerima dakwaan tersebut. 

 Berbeza dengan tuduhan liwat oleh Saiful ke atas DSAI, sumpah Saiful tidak boleh diterima sebagai satu keterangan oleh mahkamah untuk sabitkan dakwaannya ke atas dsai, sementara dsai tidak perlu diminta supaya bersumpah untuk menafikan tuduhan Saiful. 

 Itulah apa yang diajar oleh Islam mengikut apa yang ambo belajar. 

 Makna dia lagi, jika Pas mahu menyelesaikan kemelut ini secara Islam, Pas hendaklah melantik satu pihak sebagai "hakim" untuk mendengar dan mengadili pertikaian ini mengikut kaedah kaedah Islam dan Husam atau pihak yang menyebarkan audio visual ini hendaklah bersedia untuk tampil memberi keterangan.
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...


Politik saja yang matang.
Islam nya trang tang-tang.

Bersumpah atau tidak, hukuman tetap menanti... Allah Maha Mengetahui.

Tapi mungkin selama-lama nya si anak yang akan menanggung malu kerana yang dapat seronok dari wang tersebut ialah si ayah atau mungkin juga si isteri. Budak-budak apa yang tahu... bila dah dewasa, mereka yang menanggung malu..

Jadi simpan kan lah sikit untuk masa depan anak-anak. Rumah semakin mahal. Mereka juga nak berkereta. Jadi berbaloi lah mereka tanggung malu.

Anonymous said...

Pusing le selagi bole...

Hahaha...

Demi nak mengiakan atau menegakkan sesuatu yg samar samar...geng PH keluarlah pelbagai hujah, tetapi nyata tak bernilai

Ambo qoute... Jika Pas menyelesaikam kemelut ini, Pas hendaklah melantik pihak ketiga...

Kemelut apa ni? Kemelut yg terhasil oleh fitnah golongan munafik?

Kenapa sy kata munafik..
Sebab sifat sifat munafik ada pd yg menuduh..cth nya..bila berjanji dia kianat.. Bukan ke itu ada pd errrmm ... Yg duk berbaiah tanding jawatan..tp pelari kerusi.

Dan satu lg sifat munafik..
Menipu..cth nya..kata 10 org adun nak kuar PAS masuk ... Tp akhir nya sorang kali sepuluh

Kan ker menipu tu..

Bukam munafik ke tu


Adakah perlu PAS duk layan golongan ni?

N lg satu...golongan ni boke lak nak perintah PAS....sapa golongan ni?

Tu lah..jgn nak suke suke cakap je ...

Kan dah makan diri balik...

Lg satu...argumen palung low class..

Kalau PAS kena bela diri..
Kenapa tidak Husam yg dikatakan makan duit genting.

Or lg best..... Abg Mat tak nak panggil pihak Ketiga ke untuk bersumpah menafikan partinya terima dana DAP aka Israel...

Hahahahaha

Terjun lah luncai dgn labu nya

hanky panky said...

puak pis la paling munafik .. ngaku ulamak bagai tp nape pulak mati2 pertahankan perompak negare? pastu dh jd rakan kongsi pulak dgn harte rompakan .. dunie2 . xkirelah sape pn walau ade pgkat ulamak ke.. krn tu bknlah lesen die tu maksum!. pragai pulak ngalahkan jahiliah .. ish ish ish .. donia donia ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...