JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, March 29, 2018

Kes audio tu- perspektif yang sepatutnya.!

Oleh Hanipa Maidin


 1. Ada seorang pemimpin kanan parti suci dilaporkan oleh media berkata bila tuan badan sudah menafikan dalam isu audio yang viral mengenai tuan badan, itu sudah cukup. 

 2. Kata pemimpin kanan itu penafian tuan badan sudah memadai dan parti suci pun kata ia sudah mencukupi. 

 3. Pemimpin kanan itu juga diaporkan berkata yang bawa tuduhan itu kena buktikan, betul ke tak betul ( audio itu ). 

 4. Mak datuk senangnya. Nafi je, isu selesai. Maknanya tak kisahlah nak kaitkan audio atau video yang merosakkan imej seseorang , menafi je selesai dan tutup fail. Itu ke cara orang yang ada maruah selesai masalah? Jika begitu ,katakan jika ada lagi audio yang "damaging" ke atas tuan badan ,cukup sekadar menafikan je lah ya. Selesai segala masalah. 

 5. Saya setuju orang yang tuduh kena buktikan dan orang yang dituduh pula kena nafi. Itu prinsip asas kes jenayah.Tapi, dalam kes jenayah , negara yang kena dakwa bukan individu. Nak dakwa kena siasat. Nak siasat pula, tuan badan kena buat laporan polis dulu. 

 5A. Mudahnya, yang diimpilcated ada dua pilihan. Jika dia rasa audio itu palsu dan memfitnah dia, maka dia kena buat laporan polis dan polis akan siasat. Polis akan rujuk pakar audio dan ambil keterangan dari pihak yang kemukakan audio itu dan orang yang suaranya ada dalan audio. Jika siasatan polis dapati audio itu palsu dan fitnah, maka polis atau IO ( pegawai penyiasat ) akan buka IP ( investigation papers ). Selepas selesai siasatan, IO akan serah IP kepada DPP dengan merekomendasi tuduhan jenayah dibuat ke atas orang yang miliki rakaman audio itu. So, "the entire process" hakikatnya bermula daripada pihak tuan badan dulu. 

 6. Pilihan kedua pula tuan badan saman pemilik audio itu kes fitnah sivil. Ia juga bermula dengan tuan badan . Dia kena pakai peguam ( engage lawyer ) untuk hantar "notice of demand" kepada pemilik audio itu. 

 7. Lepas tu jika tiada tindakan dari pemilik audio , dia akan suruh peguam dia saman fitnah. Assuming kes dibicarakan, tuan badan adalah pihak yang menuntut atau Plaintif. Dia kena mulakan kes dengan bagi keterangan dulu. Dia kena buktikan audio itu memfitnah dia. 

 8. Peguam dia wajb kena mainkan audio itu di depan hakim dan kata audio itu tak betul dan memfitnah anakguam dia. Tuan badan pula akan disoal balas. Lepas itu baru giliran pemilik audio iaitu defendan untuk beri keterangan. Defendan akan panggil antaranya saksi untuk buktikan audio itu betul dan dia akan panggil juga saksi antaranya yang beri dia rakaman audio itu untuk mahkamah tahu macam mana audio itu dirakam dan kenapa ia dirakam. Dia juga mungkin sapina presiden parti suci sebagai saksi sebab nama saksi itu juga disebut dalam audio itu. 

 9. Nampaknya dalam kedua-dua kes di atas ( jenayah atau sivil ) ,pihak tuan badan yang kena bertindak dulu bukan sebaliknya. Orang putih kata he has to start the ball rolling. 

 10. Bila parti suci kata cukup sekadar nafi ,tak nasihat tuan badan buat laporan polis atau saman , logiknya atau persepsinya, parti itu juga dianggap takut, bersubahat atau orang putih kata "accomplice". Lagipun audio itu kan ada juga sebut pemimpin parti suci terima duit dari parti sarkas. 

 Allah lebih tahu. 

YB Sepang. 28-03-2018. ~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Ya Allah lebih tahu,

Sebab itu Allah uji mereka yg benar, bukan dengan ilmu yg ada tp smpi kan ajaran salah,

Hanipa cakap...yg dituduh kena mulakan kes..??

Bila ada nya kesan dr tuduhan itu kpd yg tertuduh...

Sekarang ni yg dituduh tu tak terkesan...so sukeati dia lah nak saman ke tak...ke cam ne,

Bg PAS lak, pun tak terkesan pd tuduhan liar ni, so wat pe Pas nak mulakan prosiding??

Yg meloncat loncat mcm kera ni geng Hanipa...

Mcm pepatah melayu sapa makan cili rasa pedas..

So Pas N Nik Abduh tak terasa pun so wat pe nak meletah..

Haahahaha

Sama gak le agaknya Husam tak terasa kesan kena tuduh makan duit genting...

Ke Hanipa dah makan laknat pelari kerusi, pasai tu hujah mcm budak br blajar jd kerani pejabat peguam..

Anonymous said...


Dalam Islam ada hukum orang yang buat fitnah dan dalam sivil pun ada.

Nampak nya dua-dua tak ada guna nya ... mansuhkan lah.

Sebab orang buat fitnah terlepas begitu sahaja dengan yang kena fitnah sekadar buat penafian.

Ini bukan pasal maruah kita. Kalau ayah yang kena tak ada kena mengena dengan maruah anak-anak. Begitu juga kalau anak yang kena tak ada kena mengena dengan maruah ayah atau adik beradik yang lain.

Ia melibatkan maruah keluarga.

Tak tahu lah kalau sekarang dengan sekeluarga sekali yang dapat bahagian masing-masing atau kubur kau, kau lah yang jawab

Anonymous said...

Lebai dah ikut cara najib. Najib dah nafi salahlaku 1mdb, cukuplah. Patutlah deme kawan rapat sgt

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...