JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Monday, March 19, 2018

KOMEN SAYA TENTANG 20 TAWARAN UTAMA GAGASAN SEJAHTERA

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 

 1. Baru saja saya selesai membaca 20 tawaran utama Gagasan Sejahtera yg diterajui oleh Pas. 

 2. Berbanding 60 tawaran PH, tawaran utama GS hanya 20, sepertiga saja. 

 3. Ada tawaran yg bukan polisi seperti menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma. Itu program bukan polisi. 

 4. Berkaitan Islam pula, GS hanya sebut memperkukuhkan Islam sebagai agama persekutuan dan memperkasakan Islam sebagai addin. 

 5. Nampaknya GS akur dgn perlembagaan walaupun suatu masa dulu, parti Pas anggap perlembagaan persekutuan bikinan Lord Reid tidak Islamik. 

 6. Tiada kenyataan khusus berkaitan pelaksanaan syariah khususnya hukum hudud dlm tawaran GS. 

 7. Kurang pasti puncanya. Jika parti Pas nak jaga hati rakan tahalufnya, itu tak mustahak sebab parti Pas tunggak GS. 

 8. Jika parti Pas nak jaga hati non muslim, itu juga tak relevan sebab undi non muslim bukan fokus parti Pas. 

 9. Takut dihalang oleh Umno juga tak relevan sebab semasa himpunan Pdg Merbok, Jamil Khir turut hadir. 

 10. Bimbang ditentang oleh DAP lagilah tak relevan sebab DAP bukan rakan tahaluf parti Pas. 

 11. Seriau tak disokong oleh Anwarinas dan liberalis dari dalam juga tak berbangkit sebab mereka sudah tersingkir. 

 12. Pelaksanaan hudud adalah dasar dan nyawa parti Pas. Mengapa tiada penegasan khusus? 

 13. Parti Pas akhirnya akur juga dgn situasi semasa Malaysia yg memerlukan pendekatan yg lebih holistik dlm cita-cita pelaksanaan syariah. 

 14. Amanah semenjak awal menyuarakan, pelaksanaan syariah mesti mengambilkira realiti, keutamaan dan implikasi. 

 15. Menggembar-gemburkan pelaksanaan syariah dlm bentuk hukuman (hudud misalnya) tidak membawa impak positif dari sudut persepsi umum terhadap pembinaan sebuah negara bangsa. 

 16. Memperbaiki capaian ekonomi rakyat, sistem pendidikan dan sistem kehakiman negara adalah antara keutamaan Amanah dan PH. 

 17. Apabila hal itu dikemukakan, parti Pas pernah berkata Amanah tolak syariah dan liberalis. Kini, berdasarkan tawaran GS, adakah ulama Pas sudah menjadi liberalis? 

 18. Seperkara lagi, mengapa tidak ada juga dlm tawaran GS, prioriti parti Pas utk bendung dan lawan penyebaran Kristian dan LGBT? 

 19. Bukankah parti Pas sangat peka dgn isu murtad yg khabarnya semakin parah? 

 20. Bukankah parti Pas juga bimbang dgn gejala LGBT yg bagi parti Pas "didokong" oleh PH. 

 21. Jika PH berkuasa, kata parti Pas, negara ini dilaknat kerana LGBT terbela. Mengapa tiada agenda itu dlm tawaran GS? 

 22. 20 tawaran GS menyerlahkan kepura-puraan parti Pas dlm pendiriannya terhadap Islam dlm acuan yg mereka bina sendiri. 

 23. Kalau bersyarah, mereka lebih Islam berbanding orang lain. Kalau berdoa, semua orang yg tidak bersama mereka layak dibungkus laknat. 

 24. Hakikatnya, mereka hanya menjadikan hukum hudud dan syariah sebagai batu alas untuk mereka melonjak diri dlm mencapai cita-cita politik. 

 25. Pemimpin parti Pas cakap saja berdegar-degar, hakikatnya, apabila dapat kekayaan atau bimbang kekayaan hilang, menyoroklah kembali di sebalik jubah dan serban. ~ sumber
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...


PAS kalau nak jadi penasihat.. sepatutnya nasihat lah dari sekarang. Bukan bagi nasihat selepas PRU..

Kenapa PAS tak nasihatkan Najib supaya GST di hapuskan.

Sebagai parti yang di dokong oleh ulama PAS sepatutnya menumpukan kepada keadilan dan keharmonian antara agama.

Asas ini lah yang menjadikan satu masa dulu Islam berkembang di semua pelusuk negeri.

Sekali lagi PAS menunjukkan kemunafikan. Jika setiap negeri ada manifesto sendiri, PAS Selangor akan masukkan hal-hal seperti murtad dan LGBT..

Itu semua yang di sebut tidak ada dalam manifesto PAS, akan tiba-tiba ada di beberapa negeri yang di menangi oleh PH.

Siapa yang sepatutnya di tanam di jirat? Bukan kah PAS?

Anonymous said...

Pas akan masuk PRU14 tanpa nyawa Pas iaitu HUDUD. Benda tak bernyawa dah sama taraf bangkai. Siapa akan undi bangkai?

hanky panky said...

sifat2 yg digariskan agame tentang keperibadian org2 munafik kini semakin jelas terserlah dimiliki oleh parti n pemimpin2 pis ..

Anonymous said...

Manifesto GS seolah olah dibuat secara tergesa-gesa, seolah-olah tidak buat homework, nampak macam takda kajian dan brainstorming.
Kesian dan simpati terhadap GS yg melancarkan manisfesto separuh masak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...