AMANAH PERAK

AMANAH PERAK
AYUH MENDERMA

Sunday, March 18, 2018

Moderator tanya pasal GST tapi Hj Hadi ke laut candat sotong...???


Cuba korang dengar molek. Moderator tanya pasal GST tapi Hj Hadi gi ke laut candat  sotong...???

Moderator : Sambil Dato Seri sudah menyentuh perlaksanaan GST dlm negara, tempohari hari sabtu yg lepas, untuk pengetahuan Dato Seri.. mungkin Dato Seri pun dah tahu.. Pemimpin Pakatan Harapan dlm satu jelajah Harapan Kelantan di Bachok, Tan Seri Muhyiddin Yassin ada menyebuk secara umum menyatakan Pas menyokong GST... dan Pas perlu di tolak kerana menyokong GST.

Saya yakin ramai sidang pendengar yg ada di rancangan kita pada mlm ini sangat berhasrat untuk mendengar pendirian Pas walaupun sudah acapkali kita menyebut pendirian Pas tentang GST, tapi mungkin dengan penegasan yang dibuat oleh Dato Seri, pada malam ini akan memberikan suatu pandangan /pencerahan  yang lebih jelas kepada rakyat yang mengikutinya. Sila...

Hj Hadi : MASALAH EKONOMI YG DIHADAPI OLEH NEGARA, SAMA ADA  KERAJAAN ATAU RAKYAT... ADALAH PENINGGALAN daripada PEMIMPIN2 YG DUDUK DLM PAKATAN HARAPAN HARI INI YG MEMERINTAH NEGARA SEJAK 80-AN. MEREKALAH YG MEWUJUDKAN MASALAH. MALAHAN KPD SAYA, UMNO YG MEMIKUL MASALAH INI , MASALAH YG DIBUAT OLEH MEREKA DAHULU..

 DGN SEBAB ITU PAS MEMPERKENALKAN KONSEP TAAWUUN ...BERTOLONG MENOLONG....

 HAHAHHA! KELAUT PULA MENCANDAT SOTONG LEBAI NI....HAHHAHAHA!

Perhatikan molek-molek... Moderator tergamam!! Selepas Lebai habis berucap, moderator kelihatan tercengang dan hilang akal buat seketika dengan jawapan Lebai... sebelum dia tersedar lalu mengucapkan terima kasih kepada Lebai...

Itulah... Sodap mulut ngata kat orang lain... Dulu Lebai ni lah yang kata Sheikh Yusof al-Qaradhawi tu hampir tak nampak... tak boleh mendengar... Leni Lebai ni pula yang nampak macam tak dengar soalan??
Comments
12 Comments

12 comments :

Anonymous said...

Berat nanang. Lupa makan ubat.

Anonymous said...

hadi dah nyanyuk gamaknya. beza betul kestabilan mental antara hadi dan tun madey. madey dihujung usia berusaha betulkan kesilapan lampau tapi hadi bila dihujung usia pelahap dedak dan sekongkol dgn musuh rakyat. nauzubillah.

aku akan kenang hadi sebagai perosak reputasi parti pas yg bertahun2 dibina oleh arwah nik aziz dan fadhil noor serta pimpinan sebelum mereka.

nick said...

Dia tak faham gst tu apa kebendanya, cuba moderator to tukar gst kepada perkataan dalam bahasa arab mungkin pastulah baru hj Hadi jawab yang dia selalu ponteng Parlimen maka isu gst boleh lah ditangguh lagi jawapannnya.

Anonymous said...

Itulah akibat terlalu banyak makan sotong akibatnya jawapan yang disoal melencong kelaut

Ahmad said...

PAS sokong ke tentang GST ni? Mmg jawapan ke laut. Hj Hadi terlupa, Dr M disanjung org luar sbb berjaya atasi krisis ekonomi 97/98.

Anonymous said...

Tuan Hussein,

Tuan setuju tak dengan saya bahawa Hadi telah bersedia dengan jawapan tersebut sebaik Hadi mendengar perkataan GST ?

Dan jawapan ini juga lah yang akan di ulang sekiranya soalan lain yang ada menyebut GST. Tapi mesti sebut GST pada awal lagi.

Kah. Kah. Kah.

Unknown said...

cubaan membodohkan moderator... haha ... baik moderator tak payah tanya apa2 soalan lagi.

Unknown said...

cubaan membodohkan moderator... haha ... baik moderator tak payah tanya apa2 soalan lagi.

Anonymous said...

Tan Sri Haji prof amiritus sebenarnya Cuba berkias lalu melontarkan satu pandangan jauh dan berdifinasi bahawasanya permasaalahan negara ketika ini adalah disebabkan oleh Umno terdahulu barisan nasional terdahulu yg menangung beban permasaalahan adalah Umno yg dipimpin oleh najib mengikut begitulah persepsi yg Cuba dikias oleh tuan guru mengikut kefahaman apa yg telah terangkan pada beliau dan Majlis tertingi pas lenteran itu pas memperkenalkan satu konsep taawoun dlm bahasa lainnya bermaksud bersoledariti diatas keutamaan satu kerjasama dan al faedah faedah lain darinya mergerti kalian!!! Didalam ilmiah kiasan yg lain tuan haji Cuba berdiskusi musuh itu adalah tuan tun mahathir Muhammad dan pasukan pemanahnya dlm pasukan perikatan parti amanah negara justeru itu pas melebal parti amanah musuh berfahaman liberals sedangkan mereka berangapan pejuangan mereka dari kalangan suci conservativ.... Cuma gwa agu syaie ingankan sekali lagi jangan jadikan ruang politics ini satu medan dendam kesumat menjadikan ianya amalan tradisi ataupun satu tranding yg rugi bangsa itu sendiri peristiwa mamali sudah berlalu kini bangsa melayu perlukan hari yg esok kini Malaysia menanti nanti hari yg esok jgn jadikan hari esok jalan jalan yg suram dan buram demi masa manusia dan Jin didalam kekufuran memikir akan Hal Hal yg remeh

Anonymous said...

Orang melayu, soalan dikemukakan dalam bahasa melayu dan jawapan diberinya pun dalam bahasa melayu, memang sah masa SRP dulu TGHA gagal dalam mata pelajaran bahasa melayu. Macam inikah orangnya nak jadi pemimpin atau penasihat kerajaan, porrahh!!!

Shafiek Abdat said...

Sah sudah Lobai ini dah mula nyayuk dan tidak focus oleh lain soalan yang ditanya lain pula jawapan beliau,,mungkin pendengaran beliau sama macam Pak Mat Tempeh.....!!

Tun Perak said...

Tu Nama nya jawapan syok sendiri.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...