JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, March 29, 2018

Moleklah Hj Hadi mengaku dia terima duit Umno...


 Ada walaun yang konon nak bela Lebai Rusila masuk ruang komen entri saya  "Hj Hadi Ambil Duit Umno : Berani tak Hj Hadi nafikan dengan nama Allah?"

Kata si Walaun ini, "Nak kata ikut Islam pun tak. Nak kata ikut Barat pun tak.Tuduh org buat salah...pas tu suruh org yg dituduh tu nafi dgn bersumpah. Ni undang undang apa ni... "

 Jelas bahawa Walaun ni beranggapan bahawa dalam Islam ni tak ada proses  sumpah. 

 Husam Musa banyak kali cabar Hj Hadi dan Pas supaya ambil tindakan saman keatasnya jika anggap tuduhan Husam bahawa Hj Hadi makan duit Umno tu fitnah. 

 Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Pas, mereka berdua pernah buat kenyataan nak saman Husam, tapi dah setahun lebih masa berlalu… mereka masih gagal untuk meneruskan tindakan mereka itu. 

 Lebai-lebai dan walaun yang perasan suci itu hanya menafikan dakwaan Husam dam menuduhnya sebagai fitnah bertujuan jahat! 

 Malah Lebai-lebai dan walaun yang perasan suci itu meminta Husam kemukakan bukti. Mereka kata, adalah tanggungjawab pihak yang menuduh kemukakan bukti. 

Betullah apa yang mereka katakan itu. Bahawa pihak yang menuduh kena kemukakan bukti. 

Namun, begitu juga bagi pihak yang kena tuduh. Mereka juga kena nafikan dengan pembuktian. Bukan sekadar main nafi-nafi begitu saja. 

 Maksudnya apa? Maksudnya, pihak yang kena tuduh kena heret pihak yang menuduh ke muka pengadilan iaitu mahkamah. 

 Dalam mahkamah, barulah pihak yang menuduh kena buktikan tuduhannya itu benar. 

 Pihak yang kena tuduh akan berhujah untuk menafikan pembuktian yang dikemukakan oleh penuduh. 

 Hakim akan mengadili segala pembuktian dan hujah kedua belah pihak dan memutuskan pihak mana yang bercakap benar… 

 Tetapi kenapa Hj Hadi takut untuk melalui proses mahkamah? Sebab bukan Islamik? Mahkamah sekular? Hahahaa! Apa-apalah korang nak bagi alasan...

 Mungkin Husam merasakan itulah alasan mereka sebab tidak mahu saman,  maka Husam cabar Hj Hadi untuk bersumpah. 

 Sumpahan adalah sesuatu yang dibuat secara bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan, menguatkan dan menyokong kenyataan-kenyataan kita supaya kebenaran dapat diterima oleh pihak kedua. 

  SUMPAH MUHABALAH 

 Sumpah laknat atau muhabalah sudah dikenal sejak zaman Rasul dan Rasulullah SAW sendiri pernah melakukan sumpah ini dengan utusan kaum nasrani dari delegasi najran untuk membuktikan suatu kebenaran. 

 Sumpah laknat dikenal dengan istilah muhabalah dalam islam. Ia adalah suatu sumpah yang diambil oleh dua orang atau lebih untuk melaknat orang atau pihak lain yang melakukan perbuatan berdusta. 

 Sumpah laknat merupakan suatu doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT untuk menunjukkan siapa yang berdusta dalam memutuskan suatu perkara. 

Doa yang dipanjatkan tersebut adalah untuk meminta kepada Allah SWT menjatuhkan laknat pada pihak yang berdusta atau dengan menimpakan azab kepadanya. 

 Sumpah laknat memang bisa menjadi solusi untuk menyelesaikan pertikaian.

 Namun ada baiknya jika seorang muslim mengatakan kejujuran daripada ia dan keluarganya mendapat laknat Allah SWT. 

 Moleklah Hj Hadi mengaku, dia terima duit dari Umno. Dan moleklah Nik Abduh juga akui bahawa suara dalam raman audio yang menyatan dia dan Hj Hadi ambil duit Umno itu adalah suaranya, bukan suara Encik Ahmad Maslan! 

Wallahu Alam Bis Shawab.
Comments
12 Comments

12 comments :

Anonymous said...

Hahaha.... Pusing selagi bule,

Kalau ya nak masuk mahkamah...buat le aduan, buat le laporan...SPRM ke Polis ke, Mufti ke, DOJ ke...

Hahahah...tuduh ni pe hal???

Report le dulu,

Tahap apa ni, pemikiran blogger handalan PH?

Ingat org kat luar ni bodoh ke,

Kau yg tuduh...pas tu nak nafikan jwb ngan sumpah...

Sumpah laknat pun ada adab nyer...ada prosuder...

Yg memulakan tuduhan...kena buktikan dulu tuduhan dia tu benar, dan selepas itu br yg dituduh kemukan bukti dan hujah (sumpah) yg dia tak bersalah

Kalau ikut kata PH ni, kes sumpah saipol pun kira betui.

Kes jam Omega pun Nuar Brahim yg salah

Hahahaha...

Apa lah...

Berani up lah post sy nj...

Anonymous said...

Ni sama gak le....

Husam saman le zahrin..yg kata husam makan duit genting
..

Tak pun sumpah le atas nama Allah...

Yg Husam tak terima..

Pas saman SR pasai berbaloi..
TGHH saman Husam...tak berbaloi...

Hahahaha

Ni le pepatah melayu cakap..

Paku dulang paku serpih
Kata org..dia yg lebih

Hahaha..panas dah ke alhussyen?

Siarkan lah post sy ni semua sekali...bukan separuh separuh

Anonymous said...


Biarkan Hadi yang jawab. Dan biarkan Husam yang berdepan dengan Hadi.

Walaun-Walaun jangan nak jawab kan untuk Hadi.

Ilmu Hadi tinggi dan Hadi cuma bergantung pada Allah tidak lain selain Allah. Jika Hadi di pihak benar, jangan berdiam diri. Orang tak banyak sikit pandang rendah.

Hadi boleh pilih mahkamah atau bersumpah.

Jika Hadi kalah dalam mahkamah dan hanya Hadi dan Allah tahu Hadi di fitnah maka Hadi akan lebih mulia dari Anwar Ibrahim.

Sebab Anwar Ibrahim di fitnah kerana pengaruh politik, Hadi kerana kedudukan Hadi sebagai Naib Ulama Sedunia.
1
Orang kata Hadi iri hati pada Anwar Ibrahim, nah.... sekarang Allah bagi kesempatan pula kepada Hadi supaya di angkat sebagai hamba Nya yang di muliakan.

Tapi jika Hadi benar telah menerima wang dari UMNO maka bererti Hadi telah bergantung pada kuasa wang.

Wallahuaklam.

Anonymous said...

Kenapa si penuduh tiada bukti tapi suruh yg dituduh sumpah lah samam lah dah orang tak nak kenapa meruyang sangat kata ada bukti kemukakan buat laporan sprm. Hidup kita kena ikut islam baru tak sesat.

Anonymous said...

apa2 pun kita tunggu hasil siasatan fonetik forensik dari London.

seperti yang YB Husam kata, Saya dengar suara dia masa dia kecik lagi...

Anonymous said...


Tuduhan ke atas Husam dan DAP hanya guna air liur...

Saja-saja nak jolok.. Husam tuduh beserta kan audio...

Anonymous said...

Org luar mmg x bodoh tp walaun yg bodoh. Sekian

Anonymous said...

Pas saman husam x berbaloi? Bodoh ka apa statement walaun ni..bodo simpan sikit bro..

Anonymous said...

Tunggu saja hasil siasatan pakar forensik london. Cuma jk keputusan hasil siasatan mengesahkan mmg itu suara nik beduh, walaun akan putar pula ini konspirasi barat utk jatuhkan islam. Lebai pun dah pandai auta sejak rapat dgn umno

Anonymous said...

Dulu, amanat hadi kata umno kafir.
Skrg, bukan sj umno tak lg kafir, sebat duit umno pun halalan thoiyiban!

abu bakar said...

Ada baiah boleh terima duit umno

hanky panky said...

audio dh tersebar mslhnye xke audio nie menjatuhkan maruah nik abduh atau nik abduh xde maruah? nie la peluang klau nk tunjukan kau tu berjuang lillahi taala bkn krn dedak !. saman la baru kes bleh msuk mahkamah .. pertahankan maruah jgk sebahagian dr jihad. mane lbih bsr ganjaran pahale dr allah antre jihad dgn berdiam diri krn nk kumpul pahale?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...