AMANAH PERAK

AMANAH PERAK
AYUH MENDERMA

Sunday, March 18, 2018

PAS DOAKAN HANCURKAN PAKATAN JAHAT


 Solat Hajat yang diimamkan oleh Ahmad Dusuki Abd Rani anggota Perhubungan Pas Selangor menyamakan pertempuran antara Pas dan parti lain pada PRU14 akan datang sebagai Perang Ahzab.

Perang Ahzab atau khandak bermaksud peperangan antara tentera kafir di sekitar Tanah Arab menentang Nabi Muhamad yg ketika itu berada di Madinah.

Pas bukan islam hanya parti. Inilah dia muka pemimpin jual agama, puja perasuah/perompak dia diam PH melawan rasuah/pencuri /penindas rakyat.

 Dia (Pas) doakan hancurkan PH ... antara ungkapan doa yang diungkapnya :
"Jadikanlah setiap mereka yang bersama PAS ini semuanya dalam syurga ya Allah, jauhkan ahli PAS dari terhumban ke nerakaMu.  
 "Hancurkan tentera Ahzab Pakatan, hancurkan kekuatan mereka, jadikan perpecahan di kalangan mereka... Tegakkan Islam, inilah permohonan kami..."
Tapi peliknya Pas tidak pula mendoakan utk hancurkan kleptokrasi, penyamun dan penindas rakyat (BN).

 DARI DULU LAGI PAS SUKA MENGHUKUM SEBAB ITULAH UMNO ISTILAHKAN  PAS ( PARTI AJARAN SESAT ).

Sebagai parti Islam, Islam Rahmatan Lilalamin Islam menuntut supaya mendoakan yg baik kepada kawan atau lawan khususnya seagama.

 Astagfirullah dan amat sedih orang solat hajat utk memusnah kejahatan di depan mata tapi Pas doakan utk hapuskan pembela rakyat.

Allah lebih mengetahui niat dan isi hati Pas dan apa tujuan sebenar utk membantu BN atau menghancurkan PH.

Semoga Allah SWT memberi hidayah kpd orang Pas.

Wallahuallam.

Berikut adalah antara doa tersebut dan reaksi aktivis Pakatan Harapan terhadap doa Pas hancurkan Pakatan :


 PEMIKIRAN TAKFIRI TAK PERNAH PADAM DARIPADA PAS

 1. Antara lafaz doa Dusuki ialah, "Hancurkan tentera Ahzab Pakatan, hancurkan kekuatan mereka, jadikan perpecahan di kalangan mereka."

 2. Aku yakin, ungkapan pakatan dlm doa ini disasarkan kpd PH, berdasarkan lafaz doa yg dibacakan sebelum lafaz ini.

 3. Perang Ahzab adalah perang orang Islam menentang tentera bersekutu kafir yg berhasrat meranapkan Madinah.

 4. Dusuki nak kata PH sama macam tentera Ahzab yg lawan Nabi? Dia juga nak kata Pas seperti tentera Nabi?

 5. Selepas ketuanya menyamakan parti yg bertahaluf siyasi dgn DAP sebagai "lembu kenyang", dia pula samakan PH dgn tentera Ahzab.

 6. Begitulah Pas kini. Pemikiran takfiri terus segar menjulang dan menjalar diberi baja oleh "ulama haraki" parti itu.

 7. Sebagaimana Abdul Hadi tidak meminta maaf terhadap amanatnya, anak buahnya pula terus menyuburkan semangat Amanat itu.

 8. Beraninya Dusuki mendoakan kemusnahan utk orang lain.

 9. Lupakah dia, orang PH yg didoakan dgn kemusnahan itu adalah saudara seagamanya?

 10. Allah adalah Tuhan semua makhluk, bukan Tuhan Dusuki dan orang Pas saja.

 11. Kasih-sayang Allah kpd semua hamba-Nya pasti mengatasi kebencian Dusuki kpd saudara seagamanya sendiri. ~ Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

APABILA PUAK AL KAZAB MENDOAKAN KEMUSNAHAN TENTERA AHZAB 

 Puak lebai Selangor pada malam tadi telah mengadakan majlis solat hajat demi kemenangan parti itu di negeri berkenaan serta mendoakan kehancuran Pakatan Harapan (HARAPAN).

 Solat hajat yang diimamkan oleh seorang lebai kuat bohong dan kaki fitnah iaitu Ahmad Dusuki Abd Rani itu juga menyamakan pertempuran antara lebai dan HARAPAN pada pilihan raya umum akan datang seperti peperangan ahzab. 

Peperangan ahzab atau dikenali sebagai perang khandak merupakan peperangan antara tentera kafir di sekitar tanah Arab yang berkumpul untuk memerangai Nabi Muhammad yang ketika itu berada di Madinah.

 "Hancurkan tentera ahzab Pakatan, hancurkan kekuatan mereka, jadikan perpecahan di kalangan mereka... Tegakkan Islam, inilah permohonan kami," doa Dusuki lagi.

 Begitulah doa dari puak2 lebai kepada Allah. Mereka ingat Allah tidak tahu beza tentera Ahzab dengan ALKAZAB puak mereka?

 Tentera Ahzab itulah yg beri lebai Kerusi Exco meskipun tentera Al KAZAB lebai sendiri keluarkan fatwa putus hubungan dengan tentera Ahzab? Exco2 tentera AL KAZAB lebai mewah2 semenjak berada di Sgor. Padang yg mereka guna utk berdoa itu pun tentera Ahzab yg kasi kebenaran. 

 Ustaz Rani ni semua tahu, byk kali bercakap bohong dan menfitnah termasuk fitnah dlm isu banjir di P.Pinang dulu. Orang kaki fitnah dan kuat berbohong mohon Allah bantu dia? Dengan manusia kamu berbohong pun kantoi, apatah lagi nak berbohong dengan Allah ? 

 Kamu ingat Allah tak tahu apa yg berlaku di Kelantan yg puak2 AlKAZAB lakukan?

Kamu ingat Allah tak tahu kamu berbohong dlm isu RUU Akta 355 ?

 Mengadu dengan Allah tentang orang larikan Kerusi kamu? Mana Kerusi kamu?

 Mereka menang kerana orang undi PR, bukan hanya logo bulan saja.hahaha...

Parti mangkuk kata ahli2 dia je yg dpt masuk syurga...gi doakan untuk rakyat Palestin sekali..bongok punya maanusia....org parti lain xsyolat ke....korang je yg blh masuk syurga....org lain xblh....?.gi mampuh le ngan parti mu...

 Kamu tak sedarkah puak2 kamu dulu pun pernah bawa lari Kerusi selepas kamu berpisah dari Bn dulu? Waktu itu Umno/Bn pun tak buat solat hajat dan kamu pun tak kata gaji dan elaun mereka yg bawa lari Kerusi itu adalah haram. Sebab apa? Sebab untungkan kamu kan? Kamu ingat Allah lupa sejarah itu? 

 Aku harap, jika puak2 AL KAZAB lebai ini tidak dapat satu Kerusi pun di Sgor, jangan pula mereka tuduh Allah telah dipengaruhi oleh DAP kerana tidak makbulkan doa mereka. 

 Cukup dulu sampai di sini. Tak sabar nak tunggu Manifesto Hudud dari puak2 ALKAZAB lebai. Kali ini Hudud mesti ada dlm manifesto sebab Dap sudah tidak boleh halang kamu lagi. Kalau tiada juga dalam manifesto, aku tak pelik sebab nama pun AL KAZAB. ~ WFAUZDIN NS 

DOA DASUKI ; SEBAB DAN IMPLIKASI. 

 1. Dasuki Abdul Rani adalah seorang 'pendakwah' yang disangka sebagai ulama oleh pengikutnya. 

 2. Dasuki amat minat berbicara tentang kematian dan pembersihan jiwa (dikesan melalui rakaman kuliah beliau). 

 3. Kadang-kadang, Dasuki juga selitkan 'serbuk pirasa' dalam ucapannya untuk tujuan tarik perhatian audien. (Contohnya cerita TGNA bangun solat malam sekalipun beliau salam keadaan koma). 

 4. Dasuki, sekalipun dikenali sebagai 'pendakwah bebas', namun hakikatnya 'tidak bebas' kerana beliau juga adalah pimpinan Pas. 

 5. Tidak kurang pentingnya, Dasuki adalah Ahli Majlis di Bandaraya Shah Alam, ertinya beliau berada dalam kerajaan yang 'menindas Islam' - mengikut bait-bait doanya malam tadi -. 

 6. Berdoa adalah ibadah, namun ada kalanya ia boleh menjadi maksiat. Doa 'kemusnahan' terhadap pihak lain selalunya berpunca dari sikap dan pendirian sesuatu pihak terhadap pihak lain.

 7. Sikap dan pendirian Pas terhadap Amanah pada ketika ini yang melatari doa Dasuki. 

 8. Amanah (atau disebutkan sebagai PAN oleh Pas) digambarkan sebagai 'musuh Islam', 'liberal', 'kuda tunggangan DAP' dan pelbagai lagi 'persepsi' yang dibina di kalangan ahli Pas. Dan sudah tentu terlalu mudah untuk Dasuki dan kawan kawannya untuk mengAHZABkan Amanah dan Pakatan Harapan. 

 9. Dasuki menyamakan Amanah dan PH dengan rangkaian Ahzab adalah kerana sikap yang telah mereka padamkan 'selain dari kita adalah Iblis, yang suci hanyalah kita' - mereka mungkin tidak katakan ungkapan ini, namun itulah sikap yang ditunjukkan. 

 10. Ahzab, adalah gabungan para MUSYRIKIN. Apabila Dasuki mengambarkan PH adalah gerombolan Ahzab, maka IMPLIKASINYA Dasuki telah menyamakan ramai penganut Islam dalam PH dengan MUSYRIKIN. Apakah itu yang dimaksudkan oleh Dasuki? 

Ust Dasuki ! Tak payah lah bercakap dalam isu politik kalau anda terlalu naif untuk memahami realiti ! 

 'Kejarlah' kuliah dan penyampaian di radio IKIM dan promosilah seluas mungkin baju kemeja UDR yang anda usahakan. Hal politik serahkan kepada yang ahlinya, anta terlalu naif untuk kerja besar ini. Dah solat dhuha ka Ust Dasuki ? ~ Ust Ridzwan Abu Bakar 

Doa " hebat" dari golongan suci! 

 1. Media lapor seorang pemimpin parti suci di Selangor yang pernah sebelum ini "kantoi" bercakap tak benar dalam isu banjir satu wakti duhulu mengimami solat hajat perdana di Shah Alam. Maaflah, sikit habuk pun saya tak respect kat mamat ni.

 2. Alkisah, simamat yang jelas kelihatan cuba memanifestasiksn dia dan puaknya sesuci embun pagi berdoa kepada Allah yang "Arhamu al-rohimin" ( yang amat Penyayang dan amat Belas Kasihan ) agar dihancurkan Pakatan yang beliau labelkan sebagai Pakatan yang jahat . Tak pe lah jika dia rasa PH yang sekarang sedang lawan nak tumbangkan rejim Kleptokrasi sebagai Pakatan Jahat. Maknanya pakatan dia yang selalu bagi "nyawa" kat parti sarkas adalah pakatan baik, suci dan soleh.

 3. Beliau juga doakan agar mereka yang tinggalkan parti suci dan kononnya memungkri baiah dapat balasan dari Allah. Doa sebegini, bagi saya, seolah-olah anggap Allah swt tak tahu perkara yang sebenarnya berlaku iaitu kenapa orang tinggalkan parti suci dan kononnya langgar baiah. Tak tahu dia sedar atau tidak doa mcm dia baca ini lah yang akibat orang di luar parti suci x minat nak masuk parti suci dan yang kat dalam pula makin hari makin keluar.

 4. Yang lebih melucukan bila mamat suci ini gunakan perkataan " Ya Allah kami pohon padaMu betapa lamanya bumi Selangor ini dijajah dengan cara yang tidak beragama" . Elok juga jika dia tambah lagi " yang mana kami dari parti suci juga pernah menjadi sebahagian dari pentadbiran Kerajaan Selangor melalui para exco kami dalam Kerajaan Selangor yang terlibat dalam membuat seluruh keputusan di Selangor itu tapi kini kami mengadu padaMu Ya Rabb yang bumi Selangor ni kononnya telah lama dijajah dengan cara tak beragama. Ini semua kerana kami amat marah bila bantuan kewangan kepada para Adun kami disekat. Masa dapat bantuan dulu kami ok je!". Kan bunyi lebih jujur.

 5. Doa sebegitu juga seolah-olah langsung tak hargai usaha2 baik Kerajaan Selangor di bawah PR ( sekarang PH ) untuk rakyat spt bantuan Kad Peduli Sihat, skim KISS, skim bas percuma dengan aircond dan wifi percuma, skim 20 meter padu air percuma dll..oh ya saya lupa skim-skim tu tak ada label bahasa arab , patutlah tak Islamic!!

 6. Dia juga berdoa agar Allah beri peluang untuk puak dia lihatkan keindahan agamaMu di bumi Allah ini. Dah bagi peluang pun kat Kelantan dan di Trengganu dan Kedah ( satu penggal ) memerintah dengan parti dia yang terajui . Di Selangor pula dah dapat peluang perintah bersama PR . Kat Parlimen pula Allah dah bagi peluang dengan diberi peluang jadi MP tapi parti dia sendiri yang rajin berkecuali dan kerap bagi " nyawa" kat parti sarkas. Alahai Pak Aji doa pun nak dipolitikkan juga ke? Allah lebih tahu. ~ Hanipa Maidin 
Comments
14 Comments

14 comments :

nurul hazira said...

Boleh ke samakan Allah dgn menggunakan kata nama “kamu” dlm doa ust busuki ni? Lepas tu boleh pula dia bertanya seolah mempersoalkan akan apa yang Allah katakan dalam Al Quran? Astaghfirullah sungguh parti PAS ini mmg betul la Parti Ajaran Sesat

Anonymous said...

Hanipa maidin no. (4) tu mmg best. Hehehehe

Saddam Erdogan said...

Minta izin share bang

Saddam Erdogan said...

Minta izin share tuan

Anonymous said...

Pakatan jahat maknanya pakatan anatarvyang mencuri dengan yang dapat tempias dari hasil curian. Ianya juga pakatan parti yang menzalimi rakyat dengan bebanan hidup dengan parti yang berjinak2 dengan harapan mendapat pulangan duniawi. Jadi macam mendoakan parti sendiri aje kan gamaknya yang sekarang semakin lunak berkhalwat dengan parti yang kleptokrasi. Mmemang patut pun jahanam parti yang menunggang agama demi nikmat duniawi.

Anonymous said...

Aku tunggu ribut landa aktiviti/event pas sekali lg insyaAllah. Harap2 lps tu dia sedar diri sikit

pembenci ulamak sesat said...

31 mac dusuki abd rani ni di jemput memberi ceramah di masjid al azim masjid negeri melaka,dah jadi macai umno le tu

Anonymous said...


Kenapa Pakatan ? Bukan kah sepatutnya Barisan Jahat ?

Apa guna kalau setakat nak menang di Selangor ... sampai buat solat hajat. Mohon lah menang di seluruh negara.... Apa tak yakin ?

Lain kali kalau nak tahu hajat tu di terima atau tidak ... mintak lah hujan lebat turun ketika itu juga..

Unknown said...

hmmm....kesian ustaz ni. kena main dgn org politik.

Anonymous said...

Pas pernah melontar satu slogan anuarinis disebabkan tidak sehaluan tentang beberapa perkara dan pas seringkali terlupa pas berada dlm kedudukan yg selesa sekarang adalah kerana anuar Ibrahim dan yg terinaya juga anuar Ibrahim saya mahu tanya dan pertanyaan saya bernahu berapa kerat orang pas mendatangkan kesejahtran anuar Ibrahim insan yg terinaya? armarhum nik aziz pernah melontar armarhum al fadhil nor melontar anuar Ibrahim not guilty dan diatas nama justice ushasama kearah justice itu hab halal dan doa doa org yg terinaya cepat perginya...apa yg berlaku terhadap pas hari ini adalah kerana sikap bermegah berkeadaan lalai lalu tersungkur dimedan uhud umpamanya. Tahaluf siyasi dipermain diatas alasan yg sedikit ianya satu penghianatan bagi Islam dan perjanjian madinah kafir mengkafir berlaku diatas perkara yg tak sepatotnya berlaku lalu ianya mencari kesucian agama Muhammad as Tampa ada yg memperbetulkan yg akidah ini Salah Islam sepatotnya berkeadaan hidup dan berkembang dan ada perkara perkara yg menjadi satu privacy contohnya akan Hal Hal yg sensitive oleh yg demikian pas telah lari dari tempo pejuangan Islam sekian terima kasih

Anonymous said...

Nurul hazira, paham ke qunut nazilah? Atau pernah ke baca? Faham ke maksud dlm Qunut tersebut, yg dibaca oleh ust Dazuki ni?

Jgn buat malu tokey dan konsep rahmatunlillaalamin

Anonymous said...

Mungkin pakatan rakyat perlu buat qunut nazilah kepada parti pas pulak kot?

Anonymous said...

Nak masuk syurga macamana kalau sesama islam pun kafir mengkafir. Jauh sangat dengan ajaran islam dalam al-Quran.

Anonymous said...

Kalau kita nak tukar kerajaan demi kesejahteraan rakyat, mesti ada puak2 tertentu yang menjadi balaci kepada BN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...