JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, March 13, 2018

PASARAYA WAQAF PAS DIAMBANG KEGAGALAN


Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat yang diketuai  YB Datuk Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali At-Takiri bercadang untuk membangunkan sebuah Pasaraya Wakaf PAS (PWP) di bawah Projek Wakaf Komersial dengan Kos RM12 juta.

Berpandukan kepada poster diatas, projek tersebut telah dilancarkan ketika program Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pada 29 dan 30 September 2017.

Semasa Fastaqim 2.0 tersebut, pihak penganjur telah berkempen meminta setiap peserta supaya membawa RM30.00.

Besar kemungkinan wang tersebut untuk infaq kepada projek Wakaf tersebut dimana nilai untuk satu lot ialah RM30.00

 Pembangunan Pasaraya Wakaf tersebut dijangka akan dimulakan pada awal 2018 dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2019.

 Pasaraya Wakaf Pas yang bakal dibina di bandar Dungun, Trengganu bakal mencipta hartanah milik PAS bernilai hampir RM20 juta yang mendatangkan pendapatan bulanan melebihi RM60k.

 Pasaraya Wakaf Pas telah mendapat Kelulusan Kebenaran Merancang, Kelulusan Pelan Bangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi membuka Pasaraya di premis tersebut.

 Disamping dapat memudahkan para jemaah dan ahli untuk bersama-sama berinfaq untuk manfaat ummah dan parti, pembangunan Pasaraya Waqaf Pas Pusat ini menjanjikan impak kepada :

1) 100 USAHAWAN MUSLIM MENDAPAT MANFAAT 

2) 500 PELUANG PEKERJAAAN BAHARU 

3) 60 RIBU MENJANA SEHINGGA RM 60 RIBU SEBULAN BAGI KEGUNAAN PAS PUSAT 

4) 100 RIBU PENDUDUK SEKITAR DUNGUN MENDAPAT MANFAAT

 Sejauh mana projek Pasaraya Wakaf Pas yang anggaran kosnya RM12 juta itu akan terlaksana adalah ibarat jauh panggang dari api. 

 Ini adalah kerana Fasa 1 iaitu untuk membeli tapak tanak untuk projek tersebut sebanyak RM3 Juta masih belum berjaya dikumpulkan.

Dana yg terkumpul kini hanya mencapai 3% sahaja dari sasaran

Setakat Mac 13, 2018, jumlah yang mampu dikutip hanyalah RM 101,953.609 sahaja.

Projek tersebut rasanya berganung harap kepada infaq ahli dan orang ramai (penyokong parti) dengan dikenakan bayaran RM30.00 satu lot. 

Menjadi tandatanya, adakah Pas mampukah mengumpulkan RM12 Juta hanya dengan infaq RM30.00 satu lot itu?

 Projek yang sepatutnya telah bermula pada awal 2018 tapi nampaknya masih terkial-kial untuk membeli tanah…. 

 Sudah nampak kelibat kegagalan Pas dalam usaha membangunkan sebuah Pasaraya… 

Kemanakah nantinya dihalakan dana RM 101,953.609 yang telah terkumpul itu jika projek tersebut gagal dilaksanakan? Simpan dan terus simpan hingga beranak bercucu cicit jadi RM12 Juta?

Kalau nak membina pasaraya pun gagal, macamanalah Pas mahu memerintah sebuah negeri, apatah lagi sebuah Negara?

Nota : Maklumat diatas adalah bersumberkan dari weblog wakaf ummah
Comments
4 Comments

4 comments :

Pengetua SRTQ Yaqutul Fuad said...

Sebagai umat Islam, kekuatan dan kejayaan adalah sangat bergantung kpd usaha2 taqwa. Bukan kekuatan wang, ilmu dan kepakaran tenaga..
Maka sayugialah pihak yang bertanggung jawab malah seluruh ahli Pas Negeri dan Pusat membuat post mortem atau muhasabah. Apakah setiap ahli sudah memburu taqwa, apakah setiap keluarga Pas juga kearah menjadi keluarga yg bertaqwa
Dan apakah jemaah atau parti PAS juga sgt memperjuangkan taqwa. Jika sudah berlaku kearah taqwa, maka janji Allah akan berlaku malah Allah tidak sesekali memungkiri janji. Tapi jika sebaliknya, maka kitalah yang sebenarnya gagal membuktikan janji kita dalam sembahyang iaitu seluruh sembahyang dan ibadah, hidup dan mati adalah untuk Allah. Jika bukan untuk Allah, maka sebenarnya kita hidup adalah untuk nafsu, syaitan dan dunia. Maka marilah kita koreksi diri kita semua. Maaf dari saya

Anonymous said...

Tak nak lah. Dulu dah masuk wakaf kohilal.

Anonymous said...

ahli pas dikatakan berjumlah lebih dari 1 juta orang. kalau seorng derma rm30, senang2 jer nak kumpul rm30juta. mana pegi habis ahli2 pas? dah lari ke?

Anonymous said...

Semenjak PAS bermesra dengan UMNO, aku langsung tidak teringin untuk memberikan sumbangan walaupun hanya satu sen! Pemimpin PAS yang ada masa ini jenis suka makan kawan, tikam belakang dan melacurkan agama untuk kepentingan peribadi mereka saja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...