AMANAH PERAK

AMANAH PERAK
AYUH MENDERMA

Sunday, March 18, 2018

Penyokong Pas Permatang Pasir sokong calon AMANAH

Oleh Amni Jagat 

Faiz Fadzil berucap dalam program dialog yang dianjurkan oleh
 AMANAH di Kampung Sungai Sintok semalam. 
 Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil yang dijangka bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir mendapat sokongan daripada ahli PAS di sini. 

 Dalam program dialog yang dianjurkan oleh AMANAH di Kampung Sungai Sintok semalam menyaksikan kehadiran yang rata-ratanya adalah daripada kalangan penyokong serta pengerak Pas di sini. 

 Mereka dilihat memberikan perhatian penuh kepada ucapan setiap panelis yang dijemput dan daripada tinjauan yang dibuat, hadirin bersedia memberikan undi kepada calon AMANAH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang. 

Bekas guru berusia 60an yang menetap di kampung ini berkata, kepimpinan Faiz Fadzil adalah sebahagian perkara yang membuatkan beliau berubah sokongan kepada Faiz. 

  “Faiz disengani oleh penduduk kampung di sini kerana pengaruh Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebagai pemimpin yang banyak menunjuk jalan politik kepada perjuangan Islam sebelum ini.

Muhammad Hamdi Md Noor 
“Selain itu, Faiz juga dilihat sebagai pemimpin muda yang prihatin terhadap kebajikan orang termasuk di kampung ini dan di Dun Permatang Pasir ini,” ujar bekas guru berkenaan. 

 Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Kawasan Permatang Pauh, Muhammad Hamdi Md Noor berkata, kehadiran ini menunjukkan isyarat positif. 

 “Kawasan Permatang Pauh ini adalah tempat yang selalu diuji dengan pilihan raya dan ini adalah perkara yang menunjukkan rakyat di sini cepat mendapat maklumat tentang isu politik semasa. 

“Kerja-kerja tumpuan hari ini adalah mendekati ketua-ketua masyarakat yang sebelum ini menyokong Pas, namun hari ini mereka kebanyakkannya mahu memberi sokongan kepada AMANAH,” kata Muhammad Hamdi. 

Ramai dalam kalangan mereka yang hadir dalam program dialog anjuran AMANAH di Kg Sungai Sintok semalam terdiri daripada penyokong dan ahli Pas. 

Program dialog yang diadakan secara komunikasi dua hala itu telah dihadiri oleh, Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Zahar Zainol, Ketua Cabang PKR Pernatang Pauh, Amir Ghazali, Naib Ketua Kawasan AMANAH Permatang Pauh, Muniandy Ramasamy, Ketua Bahagian Bersatu Permatang Pauh, Asri Ahmad dan hadirin seramai lebih daripada 200 orang. ~ Malaysiadateline
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Ramaiiiii yang hadirrrr..

Anonymous said...

Hancur la parti munafiq PAS ( parti ajaran sesat) yg menguna / menunggang agama.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...