JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Wednesday, March 28, 2018

Persempadanan Semula SPR : BERSIH mengadakan bantahan

 

 Para penyokong Bersih telah keluar dan berhimpun di perkarangan Tugu Negara bagi membantah usul persempadanan semula pru14 di Dewan Rakyat pada hari ini.

Perhimpunan ini turut disertai oleh tokoh-tokoh pemimpin pembangkang, ahli-ahli politik, ngo-ngo serta rakyat jelata sebagai lambang sokongan kepada agenda 'reforms' di negara kita!!

 Malangnya, pihak pdrm telah melarang para peserta untuk berarak ke bangunan parlimen bagi menyerahkan memoranda bantahan kepada speaker dewan rakyat.

Namun terdapat beberapa peserta kumpulan BERSIH telah berjaya mencelah sekatan yang dikawal polis, untuk masuk ke kawasan bangunan Parlimen.

 Polis telah membenarkan hanya 10 wakil daripada NGO itu untuk dibenar berarak masuk ke Parlimen dan menyerahkan memorandum bantahan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pemangku Pengerusi BERSIH, Shahrul Aman Mohd Saari menyerahkan memorandum kepada wakil pegawai Parlimen, Jaafar Mat Zin untuk diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Memoranda tersebut berhubung bantahan terhadap laporan Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya, yang didakwanya memberikan kelebihan kepada kerajaan BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang. 


Kumpulan BERSIH mengadakan bantahan terhadap laporan Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya, yang didakwanya memberikan kelebihan kepada kerajaan BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang. Lihat rakaman di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Congratulations persempadan semula adalah sesuatu yang tidak bagus dan bolehla diperumpama Israel membuat persempadan semula diwilayah Palestinian ini suatu yang tidak Adil menguntuntungkan sebelah pihak dayus itu..
sesuatu kelakuan yg memalukan menekan dan tidak ada toleransi ..Demi mencari seorang pemimpin yg berdaya saing dan berquality Persempadan semula untuk pru14 ini perlu dibatalkan dan spr tidak perlu berkelakuan seperti agents agent mosad!!!Buat encik encik polis terima kasih kerana memberi ruang demokrasi

Anonymous said...

kepada barua umno dalam spr, Ingatlah! segala maksiat yang akan dilakukan oleh umno jika mereka menang dalam pru nanti akibat dari perbuatan zalim kamu, akan anda rasai diakhirat kelak. anda akan berada sepentas dengan mereka. apa yang mereka rasai akan kamu rasai juga.

Islam suruh masuk Islam secara keseluruhan - semua hukum hakam halal haram suruhan larangan MESTI DIPATUHI sepenuhnya.

bagaimana anda boleh berkata anda Islam jika anda terlibat dalam kemungkaran? maksiat kepada Allah, Allah boleh ampun dengan taubat nasuha. Tetapi, maksiat kepada insan, hanya insan berkenaan saja yang boleh maafkan.

oleh itu dengan melakukan persempadanan semula dengan niat untuk memenangkan kerajaan zalim, kamu telah mencampakkan diri kamu ke dalam neraka. Kenapa saya kata begitu? Sebab kamu akan menganiaya jutaan rakyat Malaysia ini yang akan dizalimi oleh bn. Cuba fikirkan berapa orangkah dari jutaan rakyat Malaysia yang akan memaafkan anda?

Ingatlah! Api neraka itu berwarna hitam pekat - bukan merah. bukan biru. bukan kuning atau jingga.

Tambahan lagi, amal bergantung kepada niat. Sekiranya kamu bekerja untuk umnobn, maka dengan sendirinya haramlah segala gaji elaun dsb yang dibayar dengan duit rakyat. Adakah adil gaji kamu dibayar oleh A, tapi kamu bekerja untuk kepentingan B? Samalah juga, dengan pasu-pasu bunga diparlimen dan maha ponteng tanpa uzur syarie.

Ingatlah apa yang YB Husam kata, "Saya dengar suara dia masa dia kecik lagi..."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...