JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Saturday, March 31, 2018

Rupa-rupanya, sebahagian pemimpin Pas mentekedarah duit Umno


 Meskipun dikenali sarat humor ketika lantang berceramah tetapi Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya apabila menyebut tentang adanya pemimpin Pas menerima duit daripada Umno.

 Spontan berkata mahu melempar mikrofon yang sedang diguna, beliau tidak menyangka sebahagian pemimpin Pas telah dibeli oleh Umno ketika ahli parti ditekankan tentang nilai perjuangan. 

 “Kita semua bertungkus-lumus menderma kepada parti, berjuang menang atau kalah kita ditarbiyahkan untuk sentiasa istiqamah dalam perjuangan. 

“Rupa-rupanya, sebahagian pemimpin Pas mentekedarah duit Umno. Hey, aku lempar mikrofon ni karang!” tegasnya dalam ceramah sempena Jelajah Pakatan Harapan Kedah di Parlimen Jerai malam tadi.

 Lautan penduduk Jerai membanjiri tapak ceramah Jelajah PH di Guar Chempedak malam tadi. 

 Menurut bekas Timbalan Presiden Pas itu, penyebaran rakaman suara dipercayai Nik Abduh Nik Aziz yang sedang tular pada masa ini amat mengecewakannya yang berjuang dalam parti tersebut selama 38 tahun. 

“Rupa-rupanya, Umno memainkan peranan memecahkan Pas dengan menggunakan wang. Inilah pendedahan yang dibuat oleh Nik Abduh bila dia bertengkar dengan menantu Presiden Pas. 

 “Menantu Presiden Pas datang bertanya kepadanya. Dia (Nik Abduh) jelaskan. Dalam tape yang panjangnya 20 minit, Nik Abduh menerangkan memang sebahagian pemimpin Pas terima duit Umno. 

 “Terang-terang diulang tiga kali dalam tape itu. Kita guna duit Umno untuk halau ‘jebo’n dari Pas,” katanya. 

 Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) berkenaan memberitahu gelaran ‘jebon’ itu merujuk kumpulan yang antaranya terdiri daripada dirinya sendiri, Datuk Mahfuz, Dr Hatta, Husam Musa, Khalid Samad dan Hanipa Maidin 

“Ertinya, projek memecahkan Pas datang daripada duit Umno. Inilah tape yang sedang beredar di seluruh negara sekarang. 

 “Kami ke sana ke mari pergi Johor, Negeri Sembilan. Johor dulu nak kembangkan Pas (amat payah). Kadang penceramah lima orang, yang dengar tiga orang. 


“Tapi kita sabar, kita terus sehinggalah Pas berkembang. Bila Pas berkembang nak kalahkan Barisan Nasional, ada pemimpin-pemimpin Pas dibeli oleh Umno,” ucapnya lantang. 

 Mengulas penafian Nik Abduh, beliau menggesa Ahli Parlimen Pasir Mas tersebut supaya tampil mengaku dan bertaubat memandangkan rakaman audio itu sedang dianalisa di luar negara. 

 “Tunggu. Tape ini sedang dianalisa pusat suara antarabangsa. Kemungkinan tape ini akan digunakan dalam perbicaraan saman Sarawak Report yang akan berjalan di London nanti. 

 “Lebih baik kamu mengaku dan bertaubat. Senang,” ujarnya di hadapan lebih 5,000 peserta di Dataran Guar Chempedak. 

Sehubungan itu,Mohamad menyeru ahli Pas walaupun kekal dalam parti itu supaya tidak lagi mengundi parti mereka sendiri selain tentunya Umno-BN.

 “Oleh itu, ahli-ahli Pas di Jerai, di seluruh Kedah duduk dalam Pas tak mengapa. Jangan undi Pas. Jangan undi Barisan Nasional,” katanya lagi.
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Umno dah nak mati lemas, tiba-tiba hangpa pi tolong. Satgi dengan hangpa dengan parti hangpa, Umno bungkuih masuk lubang kuboq. Baru hangpa ada akai.

Anonymous said...

Perggg!!!. Pas Sapu duit. Agak2 Kalo bagi pompuan pelacur, depa pulun tak?

Anonymous said...

Bila bukti audio disahkan benar suara nik beduh oleh pakar london, pas nak auta mcm mana lg. Harap akan ada kebangkitan menuntut perubahan dlm pas. Pas pun perlu REFORMASI!

hanky panky said...

xsempat bukak kain .. hancur lebur kain. lebai kan 2-3 pn xckup agi. bleh potong ayam bro kalau bab yg nie rele tergadai akidah .. bkn semue lla sebahagian tp lebai yg tu la ..

mohd ali nafiah Mat said...

Kalau rasuah bedal. Betina apa lagi..
Sapa yg angkat haramjadah2 jd ulamak??

Memalukan betul

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...