JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Sunday, March 25, 2018

Tun M serang hendap Dr Kamarul.... Pemuda Pas sibuk atur serangan balas pula...


 Ini dah macam cerita perang-perang  mainan kanak-kanak .... Dr Kamarul kata Tun M melakukan serang hendap terhadapnya... Sekarang pula Pemuda Pas sedang sibuk mengatur serangan balas bagi pihak Dr Kamarul .... Ikuti kisah selanjutnya ....

Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan Nazman Che Iberahim  memuatnaik melalui akaun fesbuknya satu poster bertajuk "Forum Anak Muda - LAYAKKAH TUN MAHATHIR MENJADI PM SEKALI LAGI"

 Dan disertakan dengan satu kenyataan ringkas :  Tiga Panel sudah nyatakan persetujuan! Kita nantikan jawapan Tun M, Insyaallah!

Poster tersebut turut memaparkan 4 gambar panelis iaitu, Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda Pas Kelantan, Dr Kamarul Zaman, Chegu Bard dan Tun M.

Menurut maklumat di poster tersebut forum tersebut dianjurkan oleh NGO PERTAHAN dan akan berlangsung di Dewan Purnama Pengkalan Chepa pada 29 Mac 2018.

Begitulah hebatnya NGO PERTAHAN ini ... hanya dalam masa yang sangat iaitu 3 hari sahaja selepas wacana "Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Menjadi PM?” anjuran Sinar Harian berlalu, NGO PERTAHAN telah dapat mengatur satu lagi Forum dengan tajuk yang hampir sama dan telah mendapat persetujuan penyertaan 3 daripada 4 panelisnya!

Hanya menunggu persetujuan Tun M sahaja lagi! Tidak tahu samada surat jemputan telah dihantar kepada pihak Tun M...???

Tetapi yang amat peliknya, kalau masih belum mendapat persetujuan Tun M, kenapa gambar Tun M turut dimuatkan dalam poster tersebut?

Ada akai ker? Buat poster dulu baru nak jemput Tun M ? Ini namanya program syok sendiri. PAS semakin hari semakin tolol bertingkat-tingkat...

Mana tidak tolol? Nak lantik Tun M jadi ahli panel bincang pasal diri Tun M "Layak ke tidak Tun M jadi PM sekali lagi" ..??

Pas menggunakan nama NGO PERTAHAN sebagai penaja forum tersebut, walaupun sebenarnya ia adalah anjuran Pemuda Pas Kelantan sendiri!

 Poster tersebut buat pertama kalinya keluar pada petang kelmarin melalui akaun fesbuk Ketua Penerangan Pas Kelantan, Nazman Che Iberahim. Dia lah juga presiden NGO PERTAHAN.

Kenapa penganjuran forum yang melibatkan Tun M tersebut tidak menggunakan nama Pemuda Pas Kelantan?

 Tidak perlulah berselindung disebalik nama NGO PERTAHAN. Semua orang tahu betapa marahnya para pemimpin Pas kerana jaguh macai mereka telah mendapat kemaluan yang besar ketika wacana anjuran Sinar Harian 3 hari yang lalu.

Dr Khairuddin al-Takiri, Nik Abduh dan Nasrudin Hassan (Pay Per View) masing-masing telah membela Dr Kamarul dengan menyatakan sokongan dan pujian mereka melalui akaun fesbuk mereka.

 Pujilah setinggi langit pun... Itu adalah hak mereka. Tak ada siapa yang nak pertikaikan.

Tetapi tindakan Pas dalam usaha mereka untuk mengembalikan semangat juang dan memulihkan integriti macai sanjungan mereka dengan mengadakan satu lagi forum dengan tajuk yang hampir sama, adalah agak tersasar dan dilihat seperti tidak tahu adab.

Selain memaparkan gambar Tun M dalam poster tersebut walaupun belum mendapat restu atau persetujuan tuan diri sendiri, pihak penganjur mahukan Tun M sebagai panelis dalam forum tersebut.

Ada akai ker nak suruh Tun M bercakap pasal dirinya berhubung perlantikan dirinya sebagai PM ?

Perlu diambil kira bahawa bukan Tun M yang melantik tetapi lantikan tersebut datangnya melalui konsensus pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Sudah tentu para pemimpin PH telah membincangkan secara tuntas dari segala sudut termasuk faktor umur sebagainya sebelum mengambil keputusan untuk melantik Tun M sebagai PM jika PH menang PRU14 nanti.

Pengalaman Tun M sebagai PM selama 22 tahun dengan pencapaian cemerlang hingga diberikan jolokan sebagai 'bapa pemodenan' kerana berjaya meletakan nama Malaysia ke persada dunia, mungkin merupakan faktor utama PH memilihnya sebagai PM

 Lagi pula Tun M masih mempunyai penyokong yang besar khususnya di kalangan kaum Melayu luar bandar. Malah beliau mempunyai pengaruh yang besar dalam Umno, parti utama dalam BN.

Ini terbukti dengan kemunculan sokongan dari Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, Tan Sri Rafidah Aziz, dan Syed Hamid Albar baru-baru ini.

Ketiga-tiga veteran Umno ini masing-masing tentu masih ada pengaruh atau pengikut diperingkat akar umbi Umno.

Mungkin selepas ini nanti akan ada lebih ramai lagi pemimpin veteran Umno lain akan tampil memberi sokongan kepada Tun M menjelang PRU ke 14.

 Ternyata pemilihan Tun M sebagai PM sangat berkesan. PM Najib menjadi semakin menggelabah lalu menjadikan Tun M sebagai sasaran utama serangannya dalam menghadapi PRU 14 ini.

Lantaran itu Pas sebagai mana menurut Nik Abduh telah "ambil duit dariUmno", turut sibuk mempersoalkan Tun M yang mahu jadi PM sekali lagi...

Dan bila Dr Kamarul (macai kesayangan Pas) diberi kemaluan besar dalam wacana Sinar Harian beberapa hari yang lalu, segala lebai dan walaun Pas marah dan cuba membela macai mereka yang berdendam dengan kata-kata "Ada Ubi Ada Batas..."

Penganjuran forum oleh Pemuda Pas Kelantan pada 29 Mac di Pengkalan Chepa itu adalah lebih merupakan cubaan Pas untuk memalukan Tun M.

Ya, memang begitulah tujuan sebenar Pemuda Pas Kelantan...

Pada hari yang sama, Tun M turut terlibat dengan program bersama Jelajah Pakatan Harapan di Guar Chempedak! Janganlah pula dikatakan Tun M pengecut tak berani berdepan kerana tidak hadir ....

Naib Pengerusi AMANAH Kelantan, Che Ibrahim Mohamed mengkisahkan bagaimana Pas pernah menganjurkan debat antara Ssudin Coppong dengan YB Husam Musa.

 "Dulu dia (Nazman Che Iberahim) dah pernah buat kepada Husam, kemudian bila Husam setuju, macam2 helah mereka buat sehingga isytihar Husam lari dari debat.

"Tiba2 bila Husam muncul di pentas, minta nak berkecek pun tak diberi. Kemudiannya Husam telah dihalau oleh penganjur sebab telur Ssudin Coppong tersedut masuk ke dalam sekejap!"

Che Ibrahim Mohamed meramalkan tektik yang sama juga akan diulang lagi dalam forum anjuran Nazman Che Iberahim ini.

Buat forum jauh-jauh di Kelantan dan cabar Tun M datang. Memandai-mandai nak suruh Tun M berforum dengan mereka yang tidak setaraf dengan ketokohan Tun M, sorang negarawan ulong negara. Bodoh sangat  pemuda Pas leni! Sangat memalukan!

Sepatutnya kalau nak jemput Tun M ke majlis forum tersebut dapatkan persetujuan beliau terlebih dahulu.

 Jemput Tun M hanya sebagai pemerhati sahaja untuk mendengar alasan orang yang tidak bersetuju Tun M jadi PM sekali lagi - bukan sebagai panelis bincang pasal dirinya sendiri.

Ini kerana kehadiran Tun M ketika wacana anjuran Sinar Harian itu pun sekadar mendengar dan tidak cuba menyampuk atau membantah apa yang diperkatakan oleh Dr Kamarul tentang dirinya.

 Bila moderator memberi ruang kepada Tun M untuk berbicara, Tun M hanya menceritakan tentang keadaan kesihatan dirinya yang masih sihat, masih mampu bawa kereta sendiri... Cakap macam itu pun sudah buat Dr Kamarul menggelabah hingga terkucil??

tetapi nampaknya Dr Kamarul sangat berdendam dan berasa tidak berpuas hati terhadap kehadiran Tun M walaupun beliau hadir di penghujung acara wacana tersebut.

 Dr Kamarul menyifatkan kehadiran Tun M sebagai serangan hendap walaupun Tun M hadir hanya sebagai penonton.

“Cakap lah awal-awal (mahu hadir) bukannya ‘serang hendap’,” katanya ketika ditemubual oleh Watan Online

Kehadiran Tun M ke wacana Sinar Harian pada malam tersebut bukan sebagai panelis. Beliau hadir dan berada di barisan hadapan sebagai penonton biasa. Tun M tidak berhendap-hendap tetapi berdepan-depan dengan Dr Kamarul. Serang hendap apa?

Kehadiran Tun M tidak sepatunya dipersoalkan kerana majlis tersebut memang terbuka kepada orang ramai.

Mujurlah kehadiran Tun M hanya di penghujung majlis tersebut. Kalau beliau hadir lebih awal, mungkin Dr Kamarul akan menarik diri kerana terkucil lebih awal...
Comments
14 Comments

14 comments :

abu bakar said...

Isu memali sudah Tak makan jangan cari pasal, diketahui seorang berjaya menonyoh Dr m

Anonymous said...

Sepatutnya bincang pasal hadi. "Layakkan TG Hadi Awang Jadi PM". Tg hadi pun uzur, sering ponteng parlimen dan kalau hadir pun cuma jadi pasu bunga. Dok kritik calon PM parti lawan buat apa? Patut wacana tu utk yakinkan walaunta yg tg hadi layak jadi PM. Memang ngok pemuda PAS ni. Hahaha

tok janggut said...

Kah kah kah....begitu la hebatnya aura yg ada pd Tun Mahathir.tu baru duduk jd penonton je , Pas dah kalut dan akui Tun mmpunyai potensi besar untuk menjadi PM ke 7 ,sehingga diadakn program yg khas utk mmbincangkn potensi beliau utk jd PM..
Bagaimana pulak TG Hj.Hadi...??
Tak de aura nya ke..?? Kah kah kah.
Mmg org PAS x nampak potensinya TG Hj.Hadi untuk mnjadi PM...so buat ape PAS nak susah2 highlightkn pemimpin mereka..kah kah kah...
Kesian PAS..

Anonymous said...

Kalo guna gmbr spt dlm banner tanpa p'setujuaan individu adalah 1 kesalahan. Boleh saman.

Pas sekarang mmg confirm bodoh.

Zulkifli Abu Bakar said...

Alahai tepat sekali Dr. Mujahid members analisa strateji UMNO yalah 1. Memecah belah Pakatan 2. Guna isu ugama dan Melayu 3. Serang Dr. M habis2. Dgn takwun dan lebih 90 kita, PAS buat kerja2 motor UMNO ni.

Prof kankung ni kira ayam tambatan strateji ni tetapi gagal besar. Cukup lah Dr. Rozamie dah kupas cantik dan padat 3 hujah utama mamak sarkas ni 1. Kesihatan, Hadi lebih teruk tak sehat ponteng Parlimen 2. Genetik, Arwah Tun Razak menninggal umur 50+, dikhabarkan saudara2 Hadi pun dah menninggal 3. U-turn, u-turn politik kena sebiji atas muka2 PAS dan UMNO spt UMNO kafir dah jadi rakan kongsi taawun dan PAS dulu Parti Ajaran Sesat dah jadi joro 3-penjuru kacau undi PH, DAP dulu dibela rakan PR tahalul siyasi dah jadi antiIslam dan gerakan evangelista dongeng, PAS buang Hudud dari manifesto PIGS, RUU355 yalah mainan UMNO baca usual, tak boleh bentang, tak boleh bincang, tak boleh undi tetapi tangguh2. Promosi RUU355 kemain lagi sampai keLondon, gempak sarkas agama utk politik.
Heheh, tiara yang baru bila berpolitik.

Anonymous said...

Tindak tanduk pas sering bermotifkan balas dendam. Ajaran Rasulullah saw kah itu?

Anonymous said...

Bad - kena buang pkr kan? Patutlah kena buang.

Anonymous said...

Setuju komen Pemuda Pas @ NGO sekutu sepatutnya buat Wacana Layaknya Tuan Guru Presiden Menjadi Calon PM? Jika buat wacana tetapi merujuk calon PM luar nampak janggal dan Pas memperkecilkan secara langsung Presiden mereka. Mungkin ada pihak dalam Pas yang cuba memalukan Tuan Guru mereka secara baling tahi sembunyi tangan?

Anonymous said...


Layak kah Tun Mahathir jadi PM sekali lagi ?

Tak payah buat forum untuk dapatkan jawapan nya ...

Layak.

Sebab Hadi tak layak langsung.

Kalau puak UMNO yang buat Forum dengan tajuk yang sama, memang kena buat kupasan sebab di bandingkan dengan Najib yang sedang sebagai PM.

Sekiranya Tun Mahathir mengesahkan kehadiran Prof Kongkang akan menarik diri di saat-saat akhir..

Kalau nak tenguk siapa sihat tak sihat dan kuat data pemikiran nya .. gading kan Tun Mahathir dengan Hadi.

Soalan pertama ialah mengenai 1MDB. Percaya lah Hadi akan jawab dengan. jawapan yang sama ..

MASALAH EKONOMI YG DIHADAPI OLEH NEGARA, SAMA ADA KERAJAAN ATAU RAKYAT... ADALAH PENINGGALAN daripada PEMIMPIN2 YG DUDUK DLM PAKATAN HARAPAN HARI INI YG MEMERINTAH NEGARA SEJAK 80-AN. MEREKALAH YG MEWUJUDKAN MASALAH. MALAHAN KPD SAYA, UMNO YG MEMIKUL MASALAH INI , MASALAH YG DIBUAT OLEH MEREKA DAHULU..

DGN SEBAB ITU PAS MEMPERKENALKAN KONSEP TAAWUUN

Anonymous said...


Kalau kata Tun Mahathir dah tua .. kenapa sampai 3 orang yang muda-muda nak balun orang tua itu?

Jika gentleman, minta Sinar buat sekali lagi.. antara Prof kongkang dengan Tun Mahathir ..

Unknown said...

binalah kehidupan

Anonymous said...

THE PHD TITTLE DOES NOT MAKE YOU ANY WISER EITHER..IM VERY SHOCK TO SEE THE WAY THIS DR SO CALLED HANDLE THE STAGE...LOOK SO STUPID.

rizal yusof said...

Kalau yakin dipihak yg benar, serang hendap ke x ianya xmemberikan kesan. Malah itulah peluang nak berckp dpn. Biasa org yg mcm ni org yg bkn dipihak yg benar sj. Ckp blkng2 apa barang? Face to facelah!

Anonymous said...

Setuju wacana DrM digandingkan dgn Hj Hadi bkn dgn budak2 desperado yang nak melepaskan dendam kesumat - tak ada faedah untuk rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...