JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Saturday, March 31, 2018

Untuk golongan agama yang jatuhkan hukuman ke atas saya secara tidak adil , saya tidak teragak agak untuk menyaman anda!!!

Oleh Hanipa Maidin

 1. Bagi saya , bila golongan agama yang begitu cepat keluarkan hukum ke atas seseorang seperti saya dalam keadaan mereka tak pernah berhubung dengan saya dan paling kurang membaca keseluruhan ucapan saya, saya anggap mereka lagi berbahaya dari golongan yang jahil. Kenapa? Sebab mereka , bagi saya, ada ilmu tapi malangnya tak guna ilmu dengan betul. Maaflah jika saya kasar sikit. 

 2. Saya lampirkan di sini antara lain kandungan ucapan saya di dalam Hansard rasmi Parlimen. 

 3. Dalam Hansard itu jelas episod ini bermula dari Yb Baling (Umno) yang keluar kenyataan " kamu ni Tuhankah?"... Tapi nampaknya golongan yang jatuhi hukum ke atas saya seolah olah "ignore" kenyataan Yb Baling itu? 

 4. Bila ada soalan begitu dari Baling , it is natural untut pendebat seperti saya untuk jawab di mana antaranya saya menjawab " kalau saya Tuhan....." Akan tetapi, kenyataan saya bukan berhenti setakat itu sahaja. 

 5. Laporan Hansard itu jelas melaporkan saya juga menyambung selepas ayat "kalau itu" dengan ayat berikut " Akan tetapi sebab saya tidak Tuhan, Tuhan jadikan jugalah orang macam kamu supaya orang lain nampak inilah yang patut kita lawan". It is right there in the Hansard!!! 

 6. Malangnya, penjatuh hukum agama nampaknya hanya berminat ambil sekerat dan tinggalkan yang baki lagi kenyataan saya. Adil ke begitu? Tidakkah tindakan anda semua mencemarkan imej proses menjatuhkan hukum dalam Islam? Bagi saya, baik dalam fatwa atau dalam penghakiman mahkamah (sivil atau shariah), menghukum cara begitu bukan sahaja tak betul malahan saya berani kata ianya amat zalim. Saya juga alhamdulillah berpeluang belajar syariah dan belajar " adabul qada' fi al-Islam" ("The ethics of judgement in Islam") dan "turuq al-ithbat" dan saya juga pengamal undang-undang (a practising lawyer ) selama 23 tahun. Jadi saya agak "familiar " dengan proses menjatuhkan hukum. 

 7. Untuk rekod, saya pernah mewakili Yb Pokok Sena menyaman akhbar Berita Harian yang dituduh di muka hadapan akhbar Berita Harian tersebut kononnya beliau mengajak ahli Parlimen BN (tak silap saya Yb Tampin) bertumbuk. Saya wakili Yb Pokok Sena saman akhbar itu bagi kes fitnah (defamation). Alhamdulillah kami menang di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan Yb dapat gantirugi yang agak besar! Saya masih ingat Akhbar Berita Harian gunakan firma yang besar dan terkenal di negara ini - Shearn Delamore.!!! 

 8. Yang bestnya dalam kes itu ia juga berkaitan isu perbahasan Ahli Parlimen ketika berbahas di Dewan Rakyat - masa itu usul perbahasan berkaitan isu keganasan polis dalam perhimpuunan aman di Lebuhraya Kesas berhampiran Jalan Kebun! Yb Pokok Sena juga jadi mangsa laporan akhbar proksi BN yang tidak tepat. Memang jika dilihat Hansard, saya akui Yb Pokok Sena ada berkata "saya bersedia bertumbuk..", tapi kenyataan itu sebagai response kepada tindakan seorang ahli Parlimen BN yang lebih awal menunjuk isyarat tangan ajak Yb Pokok Sena keluar dewan untuk "bertumbuk" sehingga ada Ahli Dewan yang lain kata pada Yb BN itu perkataan " rileks Man!!!". 

 9. Dalam kes itu saya hujahkan kenyataan Yb Pokok Sena harus dilihat ikut konteks sebenar dan wajib dibaca secara keseluruhan. Pause sebentar. Sebab itu jika kita baca tafsir Al Quran para mufassirin selalu guna perkataan "siyaqul ayat" (konteks ayat) atau contextual reading semasa menafsir ayat suci al-Quran. 

 Hakim bersetuju dengan hujah saya dan alhamdulillah kami menang. Namun pemberitaan fitnah itu telah mengakibatkan Yb Pokok Sena dipandang serong oleh orang ramai seolah olah beliau dianggap gangster dan kaki pukul. 

10. Ada pihak tertentu pohon saya tarik balik kenyataan saya dan nasihat saya agar mohon maaf. Saya respect niat suci mereka. Namun saya pohon jutaan maaf kerana saya tak boleh nak buat begitu. Ini kerana , bagi saya , mereka yang jatuhkan hukuman agama ke atas saya telah berlaku amat tidak adil ke atas saya. 

 11. Saya tak akan tarik balik kenyataan saya dan "I am insyaAllah ready to fight back even alone". Cukup Allah is my helper and my solace. Sebagai peguam yang alhamdulillah banyak pengalaman kendalikan kes saman fitnah, saya ingin tegaskan meskipun saya tidak gemar saman orang untuk "my personal case", namun untuk isu ini, saya tidak teragak-agak untuk saman mereka yang jatuhkan hukuman ke atas saya secara tidak adil. 

 Saya tak kisah insyaAllah setinggi mana pun ilmu dan title anda. Saya insyaAllah bersedia untuk berhadapan dengan anda di mahkamah dunia atau di mahkamah akhirat. Untuk orang biasa atau cyber trooper , mereka bukan lawan saya. Dan saya tidak ada masalah nak maafkan mereka jika mereka bersalah kepada saya. 

Allah lebih tahu. 

 Yb Sepang. 31-03-2018. ~ sumber

Lampiran : Hansurd Parlimen :

Comments
7 Comments

7 comments :

hanky panky said...

tahniah atas ketegasan YB .. bg pemuke2 agame andelah yg jd cerminan pd semue rakyat mesia terutamenye pd non muslim. andalah yg patut tunjukan contoh keadilan islam tp amat malang anda sebagai pemuke2 agame gagal same skali memberi keadilan krn memilih bulu n jg tanpe berpandukan rujukan keseluruhan kejadian. perlu di-ingat kalau beginilah care anda berhukum adekah ia memberi kenyakinan n jaminan keadilan 100% pd rakyat jike suatu hari nanti hudud terlaksane?

Anonymous said...

Para ilmuan agama hanya berkelulusan hukum bukannya malaikat yang taat dan patuh hanya pada penciptaNYa tapi diakhir zaman ini yang tinggi agama itulah yang akan menjahanamkan agama islam mereka hanya tahu menjatuhkan hukum tanpa patuh pada hukum yang mereka sendiri ketahui seperti mana Alah berfirman dalam surah yang kita semua sedia makalum jika tidak dibaca dimalam jumaat ataua bila berlaku kematian Allah berfiman yang bermaksud " Jika datang kepada mu sesaorang yang membawa berita siasatlah dahulu sebelum kamu menerima kesahihan berita tersebut" ini kata-kata Allah yang berpesan khusus pada pessuruhNya dan pada kita umat Muhammad amnya,adakah ini dipatuhi oleh para ilmuan agama yang menbuat kenyataan yang berat sebelah itu biarlah yang empunya diri itu jelaskan dulu sebelum dibuat sebarang kenyataan ana bukan menyebelahi sesiapa tapi biarlah empunya diri terima balasan jika benar dia seorang yang angkuh hanya dia dengan khaliqnya saja yang mengetahui isi hati nya.

Anonymous said...

Tak perlu layan tuan. Mereka nak guna isu agama lalaikan Melayu Islam daripada isu sebenar. Itu tugas mereka sebab itu Pas juga bergabung sama hentam isu remeh. Mana ada isu aqidah di sini? Isu aqidah hanya wujud bila kata "Ana Tuhan enta. Ana tahu sebab Tuhan enta ialah ana." Ini contoh rosak aqidah. So YB jangan terbawa dengan isu remeh. Teruskan berjuang.

Anonymous said...

Saman je tuan..kena ajar golongan perasan suci ni supaya xperasan terlalu suci..

Pemerhati said...

Saman aje YB, mereka ni bukan ikhlas menegur pun, hati mereka busuk dengan dendam politik. Mereka sanggup memutar-belit hanya utk kepuasan hati yg kotor. Allah swt uji mereka dgn sedikit kejayaan dan lihatlah apa yg terjadi. Mereka sanggup melakukan kepada orang seperti mana orang zalim menindas mereka dahulu.

Ilmu agama yg sedikit yg mereka pelajari itu telah membuat mereka riak, ujub, takkabur dan tidak zuhud dalam kehidupan dunia. Masa tak ada peluang, mereka tunjuk zuhud tapi bila nampak peluang mereka sambar mengalahkan orang yg tidak berpendidikan agama. Belajar agama dulu pun adalah kerana dah tak boleh lagi maju dalam bidang lain. Sebab itu mereka tak boleh berfikiran kritis, cara berhujah pun banyak tak ikut disiplin berhujah. Hati mereka sedang sakit YB. Akhlak mereka pula menjauhkan lagi orang bukan Islam drp Islam.

Bila menghukum, sikit-sikit salah aqidah tetapi saya yakin mereka tak tahu pun apa itu aqidah. Sekarang orang ramai pun dah pandai sikit-sikit sebut salah aqidah. Mereka rasa mereka hebat bila boleh sebut “salah aqidah”. Kalau disuruh terangkan dgn mudah apa itu aqidah, tak dapat jawab. Yg berkelulusan agama pula akan beri alasan bahawa maksudnya dalam dan panjang, melibatkan istilah2 Arab yg khusus sehingga tak boleh hurai dalam Bahasa Melayu dengan tepat, dan macam2 lagi. Sebenarnya mereka sendiri tak tahu. Kalau sebegitu susah maksud aqidah, macam mana orang-orang di zaman awal Islam, yg kebanyakan tidak berpelajaran faham aqidah? Sebab itulah saya rasa kebanyakan ustaz2 sekarang (bukan semua) hanya berpura2 sahaja, itu pun masih nak perasan ulama!!

Anonymous said...

Saman je tuan

Hilmi Mohamad said...

YB hanya menggunakan laras bahasa yang menunjukkan syarat yang tidak mungkin berlaku (hypothetical sentence). Dalam bahasa Arab, ia biasanya menggunakan perkataan ْلَو . Jika uslub yang mudah ini sengaja tidak mahu difahami dengan tujuan menikam lawan politik (dibaca sebagai tajrih تجريح oleh tontowi), saya cadangkan supaya YB menyaman sahaja mereka yang terlibat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...