JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Sunday, March 25, 2018

USAH BANGKANG SAJA, BAWALAH ALTERNATIF

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

 1. BN akan kekalkan Najib sebagai PM. Tiada sebarang isyarat akan berlaku pertukaran jika BN berkuasa lagi. Itu hak BN. 

 2. PH sudah menamakan Tun M bakal PM. Selepas Tun M, Anwar Ibrahim. Keputusan ini adalah konsensus PH. Ini hak PH. 

 3. Orang Pas tak setuju Tun M sebab faktor usia dan banyak faktor lain. Orang Pas boleh guna senarai pensyarah "mike" itu sebagai justifikasi. Itu hak orang Pas. 

 4. Biasanya, jika kita tidak bersetuju dgn sesuatu perkara, kita akan kemukakan alternatif. Bangkangan tanpa alternatif tiada nilai "akademik". Ceewaah...!

 5. Misalnya, apabila tak setuju dgn Pas, alternatifnya Amanah. Tak setuju dgn Umno, alternatifnya PPBM. Tak setuju dgn BN, alternatifnya PH. 

 6. Tak setuju dgn Tun M, siapa alternatifnya? Muhyiddin, Mat Sabu, Wan Azizah dan LKS setuju dgn Tun M. Mereka bukan alternatif lagi. 

 7. Alternatif utama yg ada ialah Abdul Hadi. Tapi soalnya, mengapa GS tidak umumkan secara rasmi Abdul Hadi sebagai bakal PM? 

8. Selepas itu, mana-mana pihak boleh sepentaskan mereka bertiga; Najib, Tun M dan Abdul Hadi. Orang ramai mahu dengar buah fikiran mereka. 

 9. Saya minta betul-betul, GS atau Pas sendiri isytiharkan kpd umum, Abdul Hadi adalah bakal PM drpd GS. 

 10. Hal ini penting sebab kita tidak ada pilihanraya presiden spt Amerika atau Indonesia. 

 11. Justeru, pengumuman bakal PM membantu orang ramai tahu siapa bakal PM mereka dlm kerangka politik westminster amalan negara kita. 

 12. Tapi Pas tak berani, kenapa? Atau pun Pas sendiri tidak yakin keupayaan Abdul Hadi walaupun dia masih "muda dan sihat". 

 13. Atau pun tokoh lain; TITM, Idris Ahmad, Nik Amar atau Iskandar. Khalil dan Nik Abduh pun apa salahnya? 

 14. Ok Pas, umumkan calon PM parti kamu, kemudian kita fikirkan tarikh sesuai utk sepentaskan semua calon PM itu. 

 15. Tapi kalau orang Pas jawab, hak kamilah tak mahu tentukan calon PM. Jawapan ini membuatkan ramai orang boleh "ter...".
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Hj hadi tak boleh jadi PM sebab adik-beradik hj hadi sudah ada yang mati.

Lagipun hj hadi dah tak sihat sebab dah masuk IJN. Nanti susah nak masuk parlimen.

Kalau Hj Tuan Ibrahim jadi PM rasanya sesuai.

pok amid littor said...

Adalah hak saya utk menolak lebai rusila, dlm pru nanti, menolak parti lebai rusila.
Jgn pula katakan saya menolak Islam, atau menolak perjuangan utk tegakkan Islam, apabila saya menolak lebai rusila tu.

Anonymous said...

Nak harap chip lobai rekod memonteng byk sangat, yg paling layak Nik boduh ataupun tar snake takpun tontonwi Al geermany Ni semoa calon muda

Anonymous said...


Umum kan je.. asalkan salah se orang pemimpin PAS..

Lepas menang ... tukar lah Hadi jadi PM ..

buat u turn. Guna cai. Guna walaq... lagi power kalau guna 2 atau tiga ayat ..

Anonymous said...


Kalau negara dalan keadaan baik dan mengikut perancangan yang telah di tetapkan... dalam keadaan itu pun Hadi tak layak jadi PM seterusnya.

Apa lagi keadaan negara sekarang tenat dengan hutang dan teruk di sebabkan 1MDB.. nak Hadi jadi PM ?

Trengganu dalam keadaan baik... apa jadi bila Hadi jadi MB ?

Anonymous said...

Ayoh chik tu taknak jadi PM. Dia nak jadi penasihat PM dan thiefmaker.. oops kingmaker. Najib kekal jadi PM dan secara automatik ayoh chik boleh jadi TPM. Ermm melopeh la zahid dan isham. Kikiki tak sabar2 nak tengok najib bentang ruu355 utk dibahas dan ayoh chik jadi tukang tepis hujah2 pembangkang nanti. Kikiki

Anonymous said...

Kalau hj Hadi jadi pm, Mokhtar Senik nal jadi menteri apa?

Anonymous said...

perlu ke King Maker menamakan calun PM nya sebab King Maker selalu nya bermain di belakang tabir sahaja

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...