JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Saturday, March 31, 2018

Ustaz Zaharuddin Mohammad jangan tinggalkan kebenaran dengan menegakkan kebatilan


 Antara nama yang disebut-sebut dalam rakaman audio suara mirip Nik Abduh, ialah nama menantu Hj Hadi, Ustaz Zaharuddin Mohammad.

 Malah dikatakan bahawa Ustaz Zaharuddin Mohammad bersama rombongannya yang telah datang untuk berjumpa Nik Abduh.

Maka dengan ini Ustaz Zaharuddin boleh menegaskan tentang keabsahan rakaman audio yang dikatakan suara milik Nik Abduh itu.

Ustaz Zaharuddin Mohammad tidak seharusnya mendiamkan diri tanpa menyatakan sesuatu mengenainya.

Menantu Hj Hadi ini sebagai seorang yang berkelulusan agama mesti tampil untuk menegakkan keadilan jika beliau benar-benar ikhlas berjuang untuk agama.

Kerana Allah menuntut supaya kita semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan kebenaran dan saksi kepada kebenaran. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنْفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ إِنْ يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَنْ تَعْدِلُوا ۚ وَإِنْ تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا
 Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. -Sura An-Nisa' Ayah 135

Keadilan di sini mencakup keadilan terhadap hak Allah, demikian juga keadilan terhadap hak hamba-hamba Allah.

 Termasuk adil dalam menunaikan persaksian yang diketahuinya bagaimana pun bentuknya, meskipun mengena kepada orang yang dicintainya atau bahkan mengenai dirinya sendiri.

Yakni saksi yang benar. Yakni dengan mengakui kebenaran dan tidak menyembunyikannya.

Tetaplah bersaksi terhadap kebenaran kepada siapa pun orangnya. Menegakkan keadilan termasuk perkara agung, dan yang demikian menunjukkan keadaan agama seseorang, kewara'annya dan kedudukannya dalam agama Islam.

 Di antara penghalang utama yang dapat menghalangi seseorang dari keadilan adalah mengikuti hawa nafsu, maka dalam ayat di atas Allah mengingatkan untuk menyingkirkan penghalang ini. Akllah berfirman, "Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran."

Jika kamu mengikuti hawa nafsu, maka kamu akan menyimpang dari jalan yang benar, membuat buta bashirah (mata hati) yang ada dalam diri seseorang sehingga ia pun melihat yang hak sebagai batil dan yang batil sebagai hak.

Memutar balikkan fakta, tidak menyempurnakannya, saksi menta'wil kepada maksud yang lain dsb. ini semua termasuk memutar balikkan fakta.

 Dalam ayat ini terdapat ancaman yang keras bagi orang yang memutar balikkan fakta atau enggan bersaksi, maka dia telah meninggalkan kebenaran dan malah menegakkan yang batil.

Semoga Ustaz Zaharuddin Mohammad akan berani tampil menjadi saksi dalam isu rakaman audio yang dikatakan milik Nik Abduh ini demi menyelamatkan dirinya sendiri dari mengikut hawa nafsunya.

Semoga Allah akan diberi taufiq kepadanya untuk menegakkan kebenaran dan akan ditunjuki ke jalan yang lurus. 
Comments
8 Comments

8 comments :

pok amid littor said...

Berani ke Din Ayam bertindak begitu?

Anonymous said...

dulu geng kopiah longgaq berjaya memecahbelah parti untuk menghalau "jebon" kunun nya

la ni depa dok bertembak sesama...nah hari ini Allah dah buka perancangan jahat mereka yg suka memaki hamun orang lain

so!! geng kopiah ketat dlm parti berwaspadalah kamu dgn geng kopiah longgaq ni

bak kata sorang pimpinan parti kawasan yg berfikiran matang dan rasional..ubun ubun masih lembik, diuji pun belum dah kebuloq nak jadi calun

Anonymous said...

Depa org politik dulu. Agama kemudian(berlakon lebih). Jgn harap dia nak mengaku. Persetankan kebenaran, parti mesti dipertahankan. Lagipun sapa mau disumpah jd abu...... kahkahkah

Anonymous said...

Agen CIA meresap masuk pecah belah jemaah yang sederhana. Sekarang Pas dah nampak gaya awal militan IS dengan unsur takfiri dan khawarij. Ada juga unsur bawaan syiah. Kalau PDRM atau ahli parti sendiri tak ambil tindakan, tak lama lagi militan Malaysia ini akan rekrut anak muda jadi pengebom berani mati. Bahaya kalau dibuatnya bom dalam Malaysia naya kita semua.

Anonymous said...

Wabilahitaufik Wal hidayah agak keberatan mahu mengurai dan mengulas bangsa Aruba cakap husnudzon berprasangka baik dan mengerjakan dri dari perkara yg terkilaf.. Sebagai insan kerdil tersangat kerdil perasaan Kamil tetap ada.

Anonymous said...


Sura An-Nisa' Ayah 135 menerangkan tidak ada ungkapan di Telan mati emak di luah mati ayah...

Ingat pesan amanat Tuan Guru berpegang lah pada keseluruhan Al Quran, bukan nya suku-suku.



Anonymous said...


Zaharuddin hendak lah keluar dari PAS... dan terus kerja kan umrah. Sebagai isyarat dia tidak mahu bersongkol dengan Abduh.

Dia perlu nasihatkan Abduh dan jika itu pun tak jalan, masuk Amanah.

Anonymous said...

Meloncat loncat masing masing berhujah...

Aku pelik lah, geng Amanah ni duk canang geng PAS juai agama utk kepentingan politik,

Tp angpa buat pun mende yg sama bule plak,

Duk jatuh hukum siap pakai ayat Quran.. Hadis pelbagai,

Tp korang tak pernah kaji dulu sumber berita tu.

Perkara wajid yg sepatutnya korang buat dulu,

Yg mula sekali kuarkan atau viralkan rakaman ni pernah ke kaji sumbernya

Waaa... Mentang mentang side korang sesedap rasa kuar hujah

Tp bila korang yg terkena, cthnya mcm kes Hanipa, pandai lak korang cakap, ada ke kaji punca, ada ke tengok sendiri, ada ke situ masa berlaku..

Apa le korang ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...