AMANAH PERAK

AMANAH PERAK
AYUH MENDERMA

Friday, March 23, 2018

WAJIB KIKIS PEMIKIRAN TAKSUB JENAMA

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 

 (Amaran: Baca habis, baru komen) 

 1. Kata mereka drpd parti berjenama Islam, dalam parti itu berhimpun orang-orang ikhlas dan para pejuang yg sedia berkorban utk Islam. Matlamat mereka ialah akhirat dan reda Allah. Merekalah paling layak mengurustadbir negara. 

 2. Lantas dengan jenama itu, mereka pun isytiharkan merekalah orang terbaik. Pihak lain yg tidak bersama mereka layak didoabinasakan secara beramai-ramai atas jenama sunnah qunut nazilah. 

 3. Saya katakan, dalam mana-mana parti pun ada orang baik dan ikhlas dan orang sebaliknya; iaitu orang yg ada kepentingan, para pengumpul wang dan pemburu kemewahan dunia. 

 4. Hatta, dlm parti berjenama Islam itu pun, ada pengambil kesempatan dan pencari habuan. Jenama Islam pada parti tidak menjadikan mana-mana anggotanya mulus dan murni. 

 5. Saya pernah berbual dgn seorang bekas exco kerajaan negeri drpd parti berjenama Islam itu. Katanya, pegang kuasa bermakna berada dalam lubuk duit. 

 6. Penyelewengan melalui jawatan yg dipegang pasti berlaku. Cuma, jika penyelewengan itu disiasat dan dibongkar, banyak pihak lain yg turut terpalit. 

 7. Utk mengelak lebih banyak pihak terpalit, penyelewengan itu pun tak disiasat. Fail ada, tetapi dipetisejukkan kerana menjaga kepentingan pihak-pihak terlibat. 

 8. Kata bekas exco itu lagi, hanya individu yg jujur saja yg boleh mengelak drpd terlibat dgn salahguna kuasa. Tanpa kejujuran, orang parti berjenama Islam pun tumbang. 

 9. Bagi saya, title ustaz, pakai jubah dan serban, berketurunan orang terhormat bukan jaminan salahguna kuasa tidak dilakukan. Apatah lagi sekadar menjadi anggota parti berjenama Islam. 

 10. Oh, kalau orang parti berjenama Islam pun terlibat dgn salahguna kuasa, tentulah orang parti tidak berjenama Islam lebih teruk. Itulah logiknya. 

 11. Belum tentu juga. Cuba lihat laporan indeks persepsi rasuah antarabangsa. Negara-negara yg tidak berjenama Islam (atau sering disebut negara kafir) lebih baik kedudukannya drpd negara berjenama Islam (negara Islam). 

 12. New Zealand, Denmark, Finland, Norway dan Switzerland adalah lima negara dgn skor paling tinggi. Di peringkat Asean, Malaysia berada pada kedudukan di bawah Singapura. 

 13. Kenapa lima negara teratas itu bukan negara Islam? Singapura negara Islam? Membuktikan jenama Islam saja tidak memadai jika tanpa penghayatan intipati ajarannya. 

 14. Justeru, parti berjenama Islam saja tidak menjamin anggotanya lebih ikhlas, lebih dekat kpd Allah, lebih baik upaya mengurus dan lebih bersih drpd orang parti tidak berjenama Islam. 

 15. Bahkan terbukti dalam kehidupan seharian, dalam konteks akhlak individu, begitu ramai orang bukan Islam yg berakhlak mulia. 

 16. Beberapa hari lepas, saya ke workshop pendingin hawa kereta. Pemiliknya beragama Buddha. Sambil bekerja, dia bercakap kpd saya tentang penggunaan "gas" pendingin hawa yg tidak menjejaskan lapisan ozon. 

 17. Saya fikir, lelaki Buddha ini lebih berakhlak drpd sebahagian orang Islam yg kadang-kadang jarang lekang drpd surau tetapi mengambil wudhuk secara membazir. 

 18. Atas alasan kesempurnaan wudhuk adalah tuntutan syariat, wudhuk diambil seperti mandi wajib. Itu belum cerita buang sisa hisapan ke dalam longkang surau dan banyak lagi. 

 19. Gambarkan jika lelaki Buddha yg bercakap tentang keperluan menjaga lapisan ozon tadi berkunjung ke surau orang Islam dan dia nampak puntung rokok dalam longkang surau, apa yg terlintas dalam fikirannya? 

 20. Sekurang-kurangnya dia akan beranggapan, orang Islam tidak boleh dipercayai. Jika tempat dia sembah Tuhannya pun dia kotorkan, apa jaminan dia tidak menipu apabila berurusan dengan manusia? 

 21. Justeru, seperti yg Bang Mat Sabu selalu sebut, jenama Islam banyak merosakkan nama baik Islam. Restoran Islam, tapi servis teruk, kebersihan pada tahap C, dimana Islamnya? 

 22. Sukar utk saya menelah persepsi orang bukan Islam terhadap himpunan yg disudahi dengan doa kebinasaan yg baru-baru ini berlangsung di Selangor. 

 23. Orang Islam secara beramai-ramai berdoa untuk kebinasaan orang "pakatan jahat"? Sedangkan orang yg dilebel pakatan jahat itu ialah rakan, jiran, guru, pensyarah, mungkin ibu bapa, kakak, adik, mungkin isteri atau anak pendoa itu sendiri. 

 24. Jika orang Islam bersikap sebegitu ketika mereka tidak berada di menara kuasa, bagaimana jika mereka berkuasa? Tidak mustahil, tergambar dalam fikiran mereka keganasan Taliban dan ISIS. 

 25. Inilah bahayanya apabila ketaksuban kepada jenama mengatasi penghayatan terhadap intipati. Buruknya akan menconteng wajah murni Islam dengan tingkahlaku pentaksub jenama tadi. 

 26. Rakyat Malaysia perlu bangkit sederap mengikis pemikiran taksub jenama ini. Mereka perlu dibimbing utk melihat keindahan intipati Islam, bukan mengukur Islam melalui label dan jenama.
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Kadang2 pelik ustaz2 sekarang, dalam ceramah atau kuliah selalu didengari dengan kata2 umat Islam harus mengimpakan sebahagian harta bagi perjuangan menegakan Islam. Maka ramai umat Islam yang mengimpakan harta mereka tetapi itu digunakan pula untuk membayar ustaz2 yang datang 1-2 jam dengan bayaran 1-5 ribu ringgit. Di mana ustaz2 sekarang pula bermegah2 dengan kenderaan mewah dan isteri yang ramai tidak pula ustaz2 itu mengimpakan sebahagian harta mereka sebelum meminta orang lain mengimpaknya. Semakin pelik dilihat bila bergelar ustaz maka mereka bebas menghina atau mengeluarkan kata keji tanpa berselindung atau malu kepada Allah.

Anonymous said...

Knp urusan pembuangan sampah dinegeri islam kelantan amat terkebelakang. Cuba tengok kebersihan sungai dia pulak. Ini baru satu aspek. Usah megah sgt dgn anda islam tp akhlak dan cara hidup tak melambangkan kesucian islam

pok amid littor said...

Kelakuan puok-puok parti cap bulan lah yg membawa malu kpd agama Islam secara keseluruhannya di Malaysia ni!!
Tp mereka perasan mereka lah yg dijamin sorga selepas mati kelak. Kahkahkah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...