JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, March 30, 2018

YB Hanipa maidin : Kalau saya tuhan - nasib baik saya bukan tuhan !

Aku sebenarnya malas nak ulas pasal YB Hanipa, tengahhari tadi lepas Solat Jumaat ada sahabat tanya.. aku kata, aku pun tak tau, tak tengok apa pun..nampak org dok share "Kalau Aku Tuhan..".. buka FB ada sahabt PAS tag aku, FB PAS dok ulas tu lah.. Sampaikan Dr Maza dan Dr Rozaimi pun ulas.. sampai suruh taubat..aku kata, berat dah ni.. 

 Jadi baru 10 minit lepas aku luang masa tengok video Parlimen dari Malaysia-Today, yg aku faham YB Sepang respon provokasi YB Baling dengan pertanyaan kamu Tuhan ker..? jawab Sepang.. "Kalau saya tuhan - nasib baik saya bukan tuhan - kalau saya tuhan dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja, tapi sebab saya tak (bukan) tuhan," kata Yb Sepang ".. 

Bagi aku asasnya disini provokasi.. jawapannya cuba menatijahkan Provokasi Baling.. Bagi aku Sepang tidak mempertikaikan Aqidah.. atau melaknat Baling.. 

 Pandangan Peribadi aku, Penggunanaan, nama Tuhan.. dalam perbahasan, bagi tujuan politik.. pertengkaran, sebaiknya dielakkan, bukan disebabkan ianya menyalahi Aqidah, tetapi kurangnya hikmah.. ia akan terbuka kepada ruang Fitnah.. 

Dan aku tak nampak, apa2 kesalahan dari sudut Aqidah.. jelas berulangkali YB Hanipa sebut dia bukan tuhan, bagi aku ia sebagai mafhum Mukhalafah.. ada perkataan "Nafi" menidak kan dalam ayat tersebut..

Aku heran kenapa pulak YB Kuala Nerus yg berlatar Belakang agama buat2 tak faham.. 

Ia sama situasinya dengan Permainan Politik yg pernah dihadapi Almarhum Tok Guru Nik Aziz tentang " Tuhan(Allah) Samseng".. hari2 dimainkan di TV dan media UMNO.. apakah ketika itu Almarhum Tok Guru memaksudkan Tuhan Itu Samseng ? bukan kah Tok Guru hanya respon akan " Samseng" nya UMNO pada ketika itu..? 

 Soal perkataan Kalau atau Jika ini tentang Tuhan selain Allah..bagi aku tidak sepatutnya mengejutkan Kuala nerus yg memahami uslub Quran.. 

Teringat aku satu ayat Quran.. bagi yg membaca...

 لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا ۚ فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ... 
 Sekiranya (kalau) ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan..  (Surah Al-Anbiya ayat 22) 

Bukankah Allah juga memberikan perumpamaan yg sama, membezakan sifat bagi manusia dan Rabb nya.. 

 Teringat aku lagi.. bagaimana Ostad Kazim yg mempersendakan Almarhum Tok Guru Nik aziz, bila Tok Guru kata, " Nabi Muhammad sebelum jadi Nabi, dia serupo dengan mamat2 di Kampung.. lalu si kazim ini menjaja ke seluruh negara, yang Tok Guru Nik Aziz menghina Nabi, sama kan nabi dgn mamat di kampung, siap dia tambah perisa, mamat2 dikampung masa tu (Masyarakat jahiliyyah) minum arak.. 

Sedangkan Tok Guru cuba sampaikan, Nabi adalah manusia biasa sebelum datangnya kenabian, datangnya Wahyu..Sebagaimana jelas dalam Firman Allah.. 

 قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ.. 
Katakanlah: Sesungguhnya aku ini " manusia biasa "seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku.. (Surah Al-Kahfi 110) 

 Jelas sekali Allah memberitahu kita Nabi itu manusia biasa.. Ini lah masalahnya bila mereka menggunakan sesuatu perkara untuk tujuan Politik.. Yang Jahatnya, jika ia dimainkan oleh orang orang agama.. 

 Yang Dilarang.. yang jelas kita perlu elakkan, adalah mengambil kuasa Tuhan, seperti melaknat Muslim Lain.. apa lagi mempertikai Aqidah mereka.. 

Jika YB Sepang bermaksud Melaknat, disitulah letaknya kesalahan nya.. Sebagaimana Hadis nabi.. 

 لاَ تَلاَعَنُوْا بِلَعْنَةِ اللهِ وَلاَ بِغَضَبِهِ وَلاَ بِالنَّارِ 
 "Janganlah kamu saling melaknat dengan laknat Allah, dan jangan pula dengan kemurkaan-Nya, serta jangan pula (saling melaknat) dengan neraka." .. 

 Apa pun.. aku tidak lah membela YB Sepang, sebab aku juga tak berkenan dengan istilah, perkataan yg tidak baik yang aku selalu dengar ketika berbahas kepada lawan politik.. bertengkar di parlimen, seperti perkataan Bodoh.. 

Ia tidak sesuai bagi seorang pemimpin yg mambawa Imej Islam dan agama.. 

Bersikap keras, meninggikan suara bagi aku takda masalah.. tetapi jangan gunakan perkataan2 yang tidak sesuai.. 

 Catatan Petang Jumaat..  ~ Ipohmali

Komen al-Husseyn :

Berikut saya sertakan petikan dari Hansard parlimen berkaitan isu yang diviralkan. Korang rasa, adata YB Hanipa bermaksud dirinya sebagai Tuhan?

       1) Nasib baik saya tidak jadi Tuhan....
2) Akan tetapi sebab saya tidak jadi Tuhan... 
Apa pandangan korang tengtang dua ayat YB Hanipa di atas itu?
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Byk mana la kitab si hanipa ni tulih? Dia ngaji bergurukan sapa yg nk ngaku spt tu? Ni la silap duk pi lari dgn kerusi2, dh tak ketahuan apa yg dicakap. Lebih sedih ada yg nk bela plak tu.. MAZA pun geleng kepala tgk kelakuan hampa.

Anonymous said...

Urrmm mau pru14 semua Nampak cengeng hihihi Dizaman jahiliah ramai mau jadi raja dwn bersenang senang Dan ramai mahu jadi tuhan Tuhan kecik tuhan Besar Secara langsuang atau tidak ramai pengikut dia lah raja dia lah tuhan dialah Maha agung Dialah yg berdsulat oleh pengikut pengikutnya.Mereka adalah golongan penista dlm keadaan jahil megolah sesuatu diatas tujuan tertentu semuanya berada didalam ilmu yg jahil seumpama kerajaan mesir kuno firaun sehinga kubur kubur didaulatkan.. Dizaman jahiliah Nabi dan rosul diutus sebagai gagasan yg Hak pada yg Hak yg batil harus ditegah Dan dihari ini umat Islam khususonnyay umat yg digagas daya pemikirnya. Tiada tuhan yg layak disembah selain Allah ...ok persoalan Tadi jika aku tuhan dan mujur aku bukan tuhan ..perkataan istilah jika Membayang Sesuatu yg tidak dapat digapai oleh akal Itu sebab perlaku bersahaja Jika kita hafal alquran kita akan tau Dan temui jawapan Dan tak perlu untuk diperbesar akan Hal ini Kita bersolatpun zakat puasa lontaran niat itu Telus dri hati yg Telus Jadi oleh yg demikian hanifah maiden not guilty

Anonymous said...

Lebai pas takde modal utk ulas isu semasa, takdak fakta utk berhujah, sekali sekala timbul benda mcm ni biasa la, nak tunjuk celik agama kononnya. Kikiki kecik punya hal, aku tetap undi hanipa.

Anonymous said...

Masih tidak faham? Baik ante jelaskan Soalan encik azeez itu soalan dan pertanyaan provocative satu pandangan yg menghina sebagai rakan politics encik azeez perlu peka keadaan dan persekitaran serta keadaan fizikal rakan politics encik azeez melontarkan sindiran dan penghinaan.. Dan jawapan yg encik hanifa lontarkan cukup bersahaja nasib baik saya tidak jadi tuhan dan kalau saya tuhan ini satu lontarkan yg spontan lahirnya dari soalan yg menekan.. Mari kita bual bual kosang jika hanifa melontarkan soalan pada azeez adakah engkau keling? Dewan akan jadi gamat dan org org khuduson amnya Umno dgn media propaganda nya akan membuat provokasi jadi ente mahu tanya encik azeez adakah encik hanifa mcm tuhan?

Anonymous said...

Yang memulakan menyebut tuhan dalam masa bertikam lidah adalah Baling, dan Sepang hanya merespon kepada provokasi Baling. Soalnya, mengapa Baling yang bertanyakan "Kamu ini tuhankah?" tidak dipertanggungjawabkan sekali? Dia yang memulakan servis, dasar keling yang suka membelit dan penuh auta.

Anonymous said...

Bukan nya Hanipa nak jadi Tuhan. Dan Hanipa pun bukan nya menujukan percakapan nya itu kepada Tuhan. Tapi pada orang yang bertanya Dia Tuhan ke ?

Dan di jawab nasib baik saya tidak jadi Tuhan ... dan Akan tetapi sebab saya tidak jadi Tuhan...

Tapi tetap perlu berhati-hati...


Ada juga kemungkinan keseluruhan percakapan Hanipa boleh di samakan sebagai doa. Dalam berdoa kita minta sesuatu dan bukannya maksud kita apa yang Tuhan jadikan itu ada tak betulnya.

Kenapa tak tanya Hanipa 'adakah Kau Allah..?' Sebaliknya tanya 'adakah kau Tuhan ..?

Sebabnya orang itu tak berani nama Allah.. Dan Hanipa pun tak jawab macam itu. Wallahualam.

Anonymous said...

Tak ada sesiapa kata dia banyak kitab...sapa pun tak tau hal kitab ni tetapi yang pasti yb ni tak bawak lari kerusinya....tetapi dia dihalau keluar dengan tekanan...takkan nak tunggu lagi.kalau dah kena halau... lainlah kalau tak malu...dah ambil duit orang atau hutang ..pura tak tau pulak...

Anonymous said...

Tuhan byk dlm dunia. jesus tuhan Kristian. tuhan hindu lagi byk. perkataan tuhan pun disebut dlm kitab injil, wlpn nama Allah tak dibenarkan.

jadi kalau nak samakan tuhan dengan Allah, knp umno benarkan org Kristian guna tuhan dlm injil melayu tapi tak benarkan guna nama Allah?

tak ada isu tapi nak buat isu yg tak ada kena mengena dgn perbincangan parlimen. org yg provok itulah yg tak bertuhan. apabila dia btanya kpd makhluk, apakah kamu tuhan?, maka dgn sendirinya dia tidak yakin kpd tuhan agama yg dianuti. kalau dia yakin sudah ada tuhan, knp perlu tanya makhluk? adakah tuhan dia juga makhluk?

kita semua maklum, segala amal bermula dgn niat. niat yg menentukan beriman atau sebaliknya. Semasa Ammar ibn Yasser disiksa oleh quraish mekah (yg tlh membunuh ibubapa beliau), Ammar tlh memuji2 latta dan uzza. maka dgn itu, puak quraish tlh melepaskan beliau. tapi adakah Ammar jatuh murtad? TIDAK. dia mati syahid dibunuh pemberontak yg menentang 'Ali ibn Thalib as.

Kematiannya telah dijangkakan oleh Nabi Muhammad dalam hadithnya iaitu: "Sesungguhnya Ammar akan dibunuh oleh golongan penderhaka dan minuman terakhirmu di dunia ini adalah susu." Ammar terkorban syahid dalam Perang Siffin iaitu beliau berperang bagi pihak 'Ali ibn Abi Talib. Ketika itu umur beliau sekitar 88 tahun.

Sepang tidak ada niat utk mengangkat dirinya menjadi tuhan. sebab dia sebut 'KALAU... yg merupakan suatu andaian.

Anonymous said...

Baling sepatutnya bertanya kpd lebai2 pas : Kamu tuhan ka? Sebab lebai2 pas yg kerap jatuhkan terhadap org lain

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...