JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Monday, April 30, 2018

Abu Bakar tidak pernah membunuh ayahnya Abu Qahafah - Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith


Abu Bakar tidak pernah membunuh ayahnya Abu Qahafah. Bahkan ayah beliau masuk Islam. Yang ada di dalam sirah orang membunuh ayahnya sendiri kerana menentang dan memerangi Islam ialah Abu Ubaidah. 

 Saya kira elok kesilapan ini diperbetulkan semula oleh penuturnya kerana bimbang orang akan sangka Abu Qahafah mati kafir sedangkan beliau adalah sahabat Nabi sallallah alaih wasallam. 

 Perbezaan pandangan dalam politik dalam negara ini ada bahkan banyak yang bersifat ijtihadi. Menyamakan situasi ini dengan perang antara Nabi sallallah alaih wasallam dan musuh kuffar perlu diteliti dan dinilai semula.

 Mengapa tidak disamakan dengan situasi perbezaan ijtihad politik Ali dan Muawiyah atau perbezaan ijtihad antara Hanafi dan Syafie? 

 Manakala mimpi pula ia bukan hujah dalam agama. Benar mimpi orang soleh itu adakalanya merupakan mubassyirat. 

 Mubasyyirat ini pula boleh jadi dengan membawa berita gembira, boleh jadi juga sebagai peringatan atas kelalaian dan kecuaian orang yang bermimpi menurut sebahagian ulama. 

 Namun setelah melihat kesilapan menyebut kisah Abu Bakar konon beliau membunuh ayahnya, ketidaktepatan menyamakan situasi PRU dengan perang antara Islam dan kufur saya kira elok juga kita tidak terburu-buru mentafsirkan mimpi. Tenangkanlah diri dahulu. 

Ingin juga saya tegaskan bahawa bab mimpi ada adabnya. Sekali gelanggang mimpi dibuka kepada umum terutama dalam lapangan politik, umat dan pemain politik seharusnya didedahkan adab mimpi. Ingin saya ingatkan antara adab mimpi ialah tidak berbohong dalam mimpi. Sabda Nabi Sallallah alaih wasallam yang bermaksud:

 "Sesungguhnya sebesar-besar pembohongan ada tiga, antaranya apabila seorang lelaki menipu ke atas matanya apabila dia mengatakan dia bermimpi sedangkan dia tidak bermimpi, apabila seseorang menipu ke atas ayahnya apabila dia mendakwa dirinya kepada orang yang bukan ayahnya dan orang yang mengatakan dia mendengar hadis daripadaku sedangkan dia tidak mendengarnya" (HR Ahmad dengan sanad yang sahih)

 Apa pun saya cenderung untuk percaya bahawa penceramah tersebut tersilap dan bukan sengaja berbohong atas nama Abu Bakar. Justeru tidak wajar kita label beliau pembohong. Namun kesilapan ini mesti beliau perbetulkan. 

Bimbang nanti terkena dakwa di bawah "akta fake news" pula jika dibiarkan begitu saja. 

 Dr Rozaimi Ramle
Comments
4 Comments

4 comments :

pa$pi$pu$ said...

Tak mungkin kot akta berita palsu dikenakan keatas puak ni sebab dah sebantai....Dr...Saya pun tak nafikan mimpi tu...Tapilah hakikatnya bila tak sekepala ngan puak ni kenalah kita...Dulu kes mata lebam tak timboi pun,ni ketua dia puak dh petikaikan mata lebam tu.....Bila time sidang parliment ketua puak ni selalu 'absent'...Hinggakan RUU yang baru yang nak dikuatkuasakan pun ambil sikap jadi 'pasu bunga'Kes 1mdb pun siap minta 4 saksi...sedangkan 1 dunia tahu kes tu...Sampai walaun akaq umbi percaya...Cuba anak almarhum tgna masih kekal ngan depa...timboi tak mimpi tu...???

Jigit said...

Penceramah yang terencat akal pun boleh dikenakan hukuman di bawah fake news juga ka.... saja nak tahu...jangan marah...

Anonymous said...

Pernah mimpi Tok Guru Nik Aziz menjulang saya.

Walaupun hanya mimpi...sampai sekarang saya ingat dan rasa 'best'.

Wallahualam.

Anonymous said...

Akta berita palsu bagai pisau yg tidak bermata wujudnya untuk melindungi sebagai perisai dari tohmahan betol tidak botol itu perkara kedua yg penting dakwaannya beritanya orang ramai perlu tahu akta ini ibarat hantu mewujudkan ketakutan akta yg menekan yg untung pemerintah yg rakuskan kuasa lagi dan lagi.. Occey kisah para sahabat kisah kisahnya ada jalan cerita tersendiri hubungan dgn rosul Allah apa yg kita dapat tentang kisah perbandingan umat hari ini? Fitnah itu wujud ianya ibarat api yg mencengkam Hati Adu domba dari pendengki pendengki dari zaman ke zaman dan wujudnya hadish palsu yg menguntungkan sebelah pihak siapa pihak itu? Pendengki pendengki yg ingin pengaruh dan kuasa Islam dijual kesana kemari diatas nama syariat nabi dan wujudlah caci mencari Hina menghina kafir mengkafir semua dilontar secara rawak dan kabur akibatnya Islam di nilai sebagai terrorists agama yg berkasta Islam untuk semua sudah luntur Islam yg Lil alamin juga luntur umat dunia memandang dgn sinis...nun disana sudah Tiada lagi tabiat tiaadanya.. Nun disana ibu bapa dipermain diatas nama politics diperjuang bersenang seli dgn kalimah toiyibah seorang abg kandung ibarat penganti bapa ibu dibawah naungannya mandatnya si adik Cuba mengadudomba diatas jalan jalan bengkok lalu mendatangkan mudarhat akan juga menimbulkan fitnah dan structure kekeluargaan akan goyah maka wajarkah kita mencontohi tabiat itu ooh tidak tidak sekali kali pejuangan dia sudah rusak maka rosakkah keseluruhannya ibarat najis dlm kawah habis kesemuanya habis...panji panji yg merpertabat Islam sudah hilang ibarat hutan yg sudah punah yg tumbuh belukar mashaallah terasa dri begitu kerdil dgn sang pencipta.. Biarlah orang itu cacat fizikalnya tetapi ilmunya ilmiahnya tidak cacat berbanding dgn manusia normal yg ilmunya kebanyakanya cacat doanya kekayaan dunia untuk kesenangan akhirat apa yg terhasil semua halal semua dri tuhan sumber yg macamana itu tuhan punya kuasa diatas jalanya... Mudah mengatur alasan.. Perlu ingat rezeki yg barakah itu adalah kita tahu sumber sumbernya dan tidak mudarakan org lain seburuk buruk sembelihan kita masih boleh makan boleh jamah asalkan ianya tidak beracun dan tidak ada was was dan keraguan babi dilarang jamah oleh org Islam ini tegas tetapi bila kerterpasaan berlaku darurat seumpamanya yg mengancam nyawa maka boleh jamah sedikit dan redho ketentuan itu namun perlu ingan dan diingatkan semua itu berlaku diatas semangat jihad fisabillah diatas jalan jalan yg Hak Islam mengutamakan discipline discipline akhir kalam pas seumpama anjing anjing yg tidak bertuan menyalak Tampa alasan dan tujuan untuk apa bercerita tentang al Islam Tampa aklaqkan yg terbina sebagai pendingding kapir Sana sini jibon Sana sini.. Jika aku ditakdirkan ke surga perkara pertama ialah siapa tuhan ku nabi ku bapa dan ibuku dimana keluarga dan sahabat dan golongan muslimin muslimat... Soal bidadari itu soal remeh ye penhias surga dan nafsu itu surga duniawi di sini perbandingan perbandingan wallah wu aklam bissawab.. Diatas kalam wabilahitaufik Wal hidayah asalamuaikum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...