JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Monday, April 23, 2018

AMANAH Perak mungkin saman Zuhdi


PRU14 | Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Zuhdi Marzuki mungkin disaman jika gagal membuktikan dakwaannya yang mengaitkan AMANAH Perak dengan sumbangan daripada ahli perniagaan terkenal. 

Setiausaha AMANAH Perak Salman Saleh berkata parti itu tidak menerima sumbangan daripada ahli perniagaan yang disebut Zuhdi itu, atau mana-mana pihak lain. 

 "AMANAH Perak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Zuhdi kononnya kami menerima wang atau sumbangan sebanyak RM500,000, RM5 juta mahupun RM50 juta daripada mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penjelasan itu dibuat ekoran dakwaan Zuhdi terhadap AMANAH semalam. 

Zuhdi yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS mendakwa PAS ialah parti politik paling berintegriti dalam usaha mendapatkan dana membiayai kempen pilihan raya berbanding pihak lain. 

 Katanya PAS memperoleh wang melalui pendanaan awam (crowdfunding) dan ia tidak terikat dengan apa-apa kepentingan daripada penyumbang. 

"Kemasukan sumbangan dana ke akaun umum PAS adalah telus dan boleh disemak oleh khalayak umum," katanya. 

Tolak anugerah dedak 

Kenyataan itu dibuat sehari selepas dia dilaporkan mengaku PAS menerima dana bernilai RM2.5 juta daripada individu dan wang berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan Umno.

 Berdasarkan maklumat yang tular di media sosial individu terbabit dikatakan pegawai khas seorang pemimpin kanan Umno di peringkat pusat. 

 Zuhdi seterusnya mendakwa AMANAH Perak - serta DAP - mendapat sumbangan daripada seorang ahli perniagaan yang menyerahkan dana kepada kedua-dua parti terbabit - masing-masing bernilai RM500,000 dan RM50 juta. 

"Apa motif tauke ini memberi sumbangan kepada AMANAH Perak?" katanya. 

Salman berkata dakwaan dibuat Zuhdi itu tidak berasas serta berniat jahat. 

Katanya tidak seperti PAS, AMANAH ialah sebuah parti politik yang sama sekali berbeza.

 “AMANAH Perak dengan tegas menolak segala bentuk amalan politik wang dan politik 'dedak' seperti apa yang melanda PAS ketika ini,” tegasnya. 

Mengulas lanjut, Salman berkata kenyataan Zuhdi itu sengaja direka bagi menutup aib yang sedang ditanggung oleh PAS.

 “Kami berpandangan, kenyataan itu dibuat dengan niat jahat untuk memburuk-burukkan nama baik AMANAH secara keseluruhannya bagi mengaut keuntungan politik murahan melalui fitnah jahat yang tidak berasas.

 “Ini kerana beliau beberapa hari lalu telah membuat pengakuan tentang penerimaan dana sebanyak RM 2.5 Juta seperti yang didedahkan oleh Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar,” katanya. 

 Tambah Salman, fitnah tersebut dilakukan kerana PAS sangat terkesan dengan pengakuan Zuhdi selepas ia dilihat bertentangan dengan penafian pimpinan parti itu sebelum ini. 

 Justeru, AMANAH Perak mendesak agar Zuhdi mengemukakan bukti berhubung dakwaan dibuatnya itu. 

 “Sekiranya gagal, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya. ~ Malaysiakini
Comments
7 Comments

7 comments :

Ahmad Musadik Shamsudin said...

Kalau tuduhan tu tak betul, saman terus jer.Tak payah tunggu ada bukti sebab memang tak der bukti kalau tak terima. Jawapan AMANAH Perak lembik.Saman jer.

tanya sama itu hud hud said...

Saman terus..tak payah cakap banyak2

Anonymous said...

Lebai dah terbukti pembohong. Lepas buat satu pembohongan, cuba tutup pembohongan tersebut dgn satu lagi pembohongan..... Islam la sangat!!

hanky panky said...

amanah xpyah tunggu lame'2 .. saman jer penunggang agame @ PIGS tu biar die org ade akal sikit. kasi ajar n kasi kemaluan same penunggang biar rakyat semue boleh tau parti mane yg jage n ade maruah n parti mane muflis maruah n jaja fitnah.

Anonymous said...

SOKONG.. Saman segera.. Biar lebih malu pas dan walaun2 nya.. Pas nk saman pun tgu lepas pilihanraya. Kita Amanah jgn tungu2 lagi..teruskan kasi pengajaran dan pelajaran pd pas.. Dgn ini membuka lebih ramai mata ahli pas utk sertai Amanah

rizal yusof said...

Kihkihkih...cover line tershashul hr tu

Anonymous said...

Alahai si penulis...

Hahahaha...
Betui tu saman je...jgn tunggu bukti, saman je kalau ada maruah..

saman je..tak yah tunggu, apa hal lak nak bukti bagai..

Kalau tak saman, nampak benarnya PH, dan Amanah ni dpt duit dr taikun cina penyokong Komunis dan penyokong Chin Peng..

Saman je, jgn jd PAS yg tak saman...

Kalau tak saman maknanya betui le apa yg Zuhdi cakap tu..

Mcm betui nya apa yg Razali bekas ahli DAP tuduh Presiden Amanah nak rasuah dia..

Mcm betui nya Hussam yg dituduh makan duit genting..

Semua tu jd betui sebab Mat Sabu tak saman, hussam tak saman..

Jd kena saman Zuhdi ni..

Saman jgn tak saman..

Haahahahah...

Betui tak Alhussyen..??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...