JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, April 27, 2018

'Ana kurang faham, nak mati syahid demi Najib pula'


WAWANCARA | PAS diserang kiri dan kanan setelah keluar Pakatan Rakyat dan sering tampil dengan pendekatan lunak terhadap musuh tradisinya Umno.

Pemimpin PAS bagaimanapun konsisten menafikan semua serangan itu.Bagaimanapun, seorang pemimpin veterannya berpendapat sebaliknya.
Bagi beliau, sukar difahami bagaimana parti Islam itu kini berani “bunuh diri” dan “mati syahid” demi menyelamatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam wawancara panjang baru-baru ini, bekas pemimpin PAS dari Pantai Timur itu tanpa berselindung menyatakan pandangan kerasnya.
Ustaz itu, yang juga anggota seumur hidup PAS, bagaimanapun mahu namanya dirahsiakan.
Berikut wawancara penuh dengan anggota PAS seumur hidup itu.
Hanya suntingan minimum dibuat terhadap teks di bawah, demi kejelasan dan kelancaran bahasa.
Kenapa ustaz tinggal dalam PAS, tetapi sokong Pakatan Harapan?
Ana (saya) dah lama dengan PAS. Mulai hujung tahun 1970-an, setelah PAS diketepikan di Kelantan, dan dunia luar bergolak, kita dalam harakah Islamiah menganggap PAS-lah yang merupakan satu-satunya hizbul Islamiah yang ada.
Pada tahun 1960-an, PAS telah bekerjasama dengan pembangkang Melayu lain, terutama sekali dari Partai Rakyat (Ahmad Boestamam), Parti Buruh (Ishak Haji Muhammad, atau Pak Sako) dan Parti Perhimpunan Kebangsaan (Aziz Ishak, bekas Menteri Pertanian Umno). Ketua PAS, Dr Burhanuddin al-Helmy telah ditahan bersama mereka bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) zaman Tunku.
Bila PAS masuk BN, BN menang besar pada tahun 1974, tetapi ramai penyokong PAS pindah ke pembangkang lain. Misalnya, di Terengganu, Partai Sosialis Rakyat Malaysia pimpinan Kassim Ahmad mendapat lebih satu pertiga/hampir 40 peratus dari jumlah undi.
PAS keluar BN pada tahun 1978 setelah Mat Nasir (Datuk Muhamed Nasir) keluar PAS untuk memimpin BERJASA dan bekerja sama dengan Umno kerana tak puas hati dengan pimpinan Asri. Tapi beberapa anggota PAS ingin terus kerja sama dengan Umno.
Walaupun segelintir dari harakah Islamiah, terutamanya ABIM, masuk Umno pimpinan Mahathir bersama Anwar Ibrahim pada tahun 1982, jauh lebih ramai yang memihak kepada PAS. Setelah Asri bersama beberapa orang MP lain keluar PAS setelah muktamar 1982, Tok Guru Nik Aziz menjadi satu-satunya MP PAS dalam Dewan Rakyat.
Yusuf Rawa menjadi ketua PAS. Fadzil Nor, Nakhaie Ahmad dan Hadi Awang antara pemimpin lain yang membina semula PAS. Mereka disokong oleh ramai orang muda, termasuk yang mengaji di luar negeri, bukan hanya di pusat pengajian Islam Arab, India dan Indonesia, tetapi juga di Barat, di UK, Amerika, Australia.
Harakah Islamiah luar, terutamanya Ikhwanul Muslimin, ada pengaruh besar. Selain itu, fulus atau dana Saudi, yang dulu dianggap lebih ‘halal’ dibanding sumber lain, juga memberi kesan besar.
Bagaimana pula perkembangan dewasa ini?
Dalam tiga dasarwarsa yang lalu, PAS telah berjaya perluaskan pengaruhnya. Selain dari sokongan kuat ahlinya, ramai lagi penyokong PAS amat penting, terutama sekali dalam memperluaskan pengaruh PAS di kalangan umat.
Selain itu, prestasi dan kejayaan PAS dalam pilihan raya bergantung kuat kepada kerjasamanya dengan parti lain, pada mulanya dengan Parti Semangat 46 Tengku Razaleigh. Setelah Anwar dipecat Umno, dengan kerjasama, bukan hanya dengan Parti Keadilan Rakyat, tetapi juga dengan DAP, PAS dapat memimpin kerajaan di tiga negeri selain Kelantan, iaitu Terengganu, Kedah dan Perak.
Pegangan kuat kepada iman dan etika menjadikan PAS rujukan bagi umat Islam. Walaupun kerajaan negeri Kelantan lemah dari beberapa segi, umat Islam yakin bahawa pemerintahan Tok Guru itu bersih dan amanah, walaupun kurang cekap dan berkesan mengatasi beberapa masalah.
Bagaimana pula derma kerabat diraja Saudi kepada Najib?
Malaysia antara negeri yang menyokong Arab Saudi membunuh ribuan orang Islam di Yaman. Bukan hanya Syiah. Malah, Bangsa-bangsa Bersatu menyifatkan pembunuhan zalim di Yaman sebagai yang paling kejam pada abad ini!
Fulus yang Najib terima daripada Saudi itu fulus darah rakyat, anak, bayi, orang tua, wanita, mereka yang uzur di Yaman yang tak berdosa, tetapi tak mahu tunduk kepada raja mudanya, Israel dan Amerika.
Najib mengaku terima jumlah AS$682 juta (RM2.7 bilion) daripada Saudi, tetapi siasatan DOJ Amerika jelas tunjukkan itu fulus 1MDB.
Tapi tak dapat dinafikan Saudi pernah dermakan fulus kepada orang suruhannya, Najib. Fulus itu bukan hanya diterimanya, tetapi juga beberapa kerat pemimpin negara lain yang sanggup menyertai pasukan 40 negara, pimpinan Saudi, yang menyerang Yaman.
Fulus yang sampai ke PAS itu hanya sebahagian kecil dari fulus Saudi dan 1MDB, tetapi nama baik PAS yang kita sayangi, digadai untuk mengesahkan pembunuhan kejam di Yaman dengan bom dan pesawat Saudi serta drone Amerika-Israel.


Tetapi kalaulah benar fulus Saudi itu telah dikembalikan sebahagiannya, seperti didakwa Najib dan peguam negara, fulus yang diterima beberapa pemimpin PAS serta penipuan lain, semuanya fulus haram tu.

Timbalan Perdana Menteri Mahyuddin Yassin, Peguam Negara Gani Patail, Gabenor Bank Negara Zeti Aziz, Timbalannya, Ketua Suruhanjaya Anti-Korupsi Malaysia (MACC) Abu Kassim dan beberapa orang pegawai tinggi lain semua dibuang atau berundur untuk menutup penipuan demi penipuan yang terlibat dalam penyelewengan 1MDB.
1MDB?
Kerajaan Indonesia, Singapura, Australia, Swiss, UK, Amerika dan lain-lain semua sudah siasat 1MDB. Malah, beberapa orang didakwa dan didapati bersalah dan dihukum.


Harta telah dirampas, termasuk harta milik syarikat perfileman anak tiri Najib, Red Granite. Baru-baru ini, kapal mewah Jho Low disita pemerintah Indonesia dan diserah kepada Amerika untuk dilelong. Tapi kerajaan Najib teruskan sandiwara menafikan harta yang dirampas kerajaan Amerika ada kaitan dengan 1MDB.

Mengikut undang-undang Amerika, kerajaan AS dapat simpan 25 peratus dari nilai harta kleptokrasi yang dirampas, dan bakinya patutnya dikembalikan kepada pihak yang mengaku telah ditipu.
Tetapi kerajaan Najib terus nafikan penipuan telah berlaku dan cuba selesaikan semua hutang 1MDB dengan fulus sumber lain. Maka, segala harta yang dicuri dari 1MDB itu, hak rakyat Malaysia, yang dirampas Amerika akan diambilalihnya! Macam ketua pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) tak mahu tuntut wangnya di bank Australia! Masya-Allah.
Tetapi apakah Najib telah dipermainkan pihak lain?
Sejarah penipuannya dari dulu lagi, terutamanya semasa menjadi menteri pertahanan dulu. Terdapat skandal demi skandal, termasuk yang melibatkan orangnya seperti Razak Baginda, yang pernah dituduh dalam kes pembunuhan Altantuya, orang Mongolia yang mewakili syarikat senjata Rusia. Razak juga didakwa di Perancis kerana rasuah pembelian kapal selam Scorpene juga.
Bekas menteri Rafidah Aziz telah membongkar semula kes 40,000 hektar tanah Kementerian Pertahanan yang dijual murah olehnya, yang sudah tentu akan menjejaskan keselamatan negara.


Tun Razak mula membangunkan Felda. Mulai tahun 1960-an sehingga 1980-an, lebih dari 100,000 keluarga peneroka mendapat tanah di Semenanjung, yang menjadi sumber mata pencarian mereka serta waris.

Tetapi Najib pula cuba kaut untung besar dari Felda yang menyebabkan nilai saham FGV rugi lebih dari separuh. Peneroka Felda yang membeli saham telah pun kehilangan 60 peratus dari nilai pelaburan mereka!
Apa pula peranan Tuan Guru Haji Hadi?
Walaupun lulusan Madinah, Hadi tak pernah ambil pendekatan Wahabi yang sempit, bukan seperti beberapa orang JAKIM. Hadi sentiasa membela perpaduan ummah, menolak mereka yang memusuhi kaum Syiah dan tasawuf.
Pada tahun 1980an, Hadi terkenal, bukan hanya kerana amanatnya, tapi sebab menolak fahaman assabiyah. Assabiyah dikaitkannya dengan perkauman dan kepuakan sempit, iaitu Umno, lebih-lebih lagi sekarang. Inilah Hadi yang kita terima sebagai pemimpin.


Kuasa fulus dan media Najib digunakan untuk ‘pecah dan perintah’. Tak dapat dinafikan bahawa pemimpin parti pembangkang tak cukup tolak ansur, kurang berusaha mencari asas kerjasama dan perpaduan. Hubungan karibnya dengan Anwar dari zaman ABIM dulu dipermainkan polis sehingga retak. Permusuhannya dengan Mahathir pula tak pernah selesai tanpa ikhtiar ikhlas kedua-dua pihak, yang Najib bijak mainkan.

Tetapi bagaimana PAS terlibat?
Najib rajin menyerap PAS, pada mulanya melalui bekas timbalan presiden Nasaruddin, dan kemudiannya, Mursyidul Am Harun Din, yang sudah lama mempunyai perniagaan usahasama dengan tokoh Umno, dan ingin sambungkan kerjasama PAS dengan Umno sejak tahun 1970-an lagi.
Diketahui umum bahawa Najib cepat bertindak membantu Hadi ketika sakit jantung di Istanbul dulu. Sejak Hadi mula uzur, hanya keluarganya serta beberapa pembantu rapat mengelilingi Tuan Guru dan menapis maklumat serta pelawat.
Lama kelamaan, kawan-kawan lama yang inginkan kerjasama, malah perpaduan pembangkang, yang berbeza pandangan diketepikan, mungkin tanpa disedarinya. Malah, mereka dalam pucuk pimpinan PAS yang berbeza pandangan juga dipinggirkan, terutama sekali setelah ramai daripada mereka keluar menyertai AMANAH.
Apakah perkembangan di dunia Islam ada kesannya di sini?
Ramai pemerhati luar menyifatkan keretakan ini sebagai akibat percanggahan generasi ataupun antara mereka yang mengaji di Timur Tengah ataupun Pakistan. Sesetengah lulusan pengajian Islam hendakkan pekerjaan baik dengan kerajaan pusat, misalnya dengan JAKIM, dan lain-lain, ataupun dalam sektor awam, contohnya dalam urus niaga kewangan Islam atau industri makanan halal, dan sebagainya.
Harakah Islamiah yang berlainan, termasuk yang bersenjata, juga mempunyai penyokong, malah ahlinya di Malaysia, termasuk dalam PAS. Maka, dengan sendirinya, ramai yang mengaji di luar negeri mencerminkan pengaruh yang berlainan, sedangkan mereka yang berakar umbi di Malaysia lebih mengenal dan mewarisi sejarah perjuangan PAS.
Pimpinan PAS mengaku strategi pilihan rayanya akan membolehkannya menjadi penentu atau kingmaker.
Jelas bahawa mereka tak faham sistem pilihan raya Malaysia yang diwarisi British, iaitu sistem ‘first past the post’, atau undi terbanyak dalam kawasan pilihan raya tertentu yang sapu semua.
Umno pula telah ubahsuaikan sistem ini untuk memastikan kuasa BN akan berterusan walaupun lebih ramai pengundi menyokong pembangkang.
Misalnya, kawasan pilihan raya di Sabah dan Sarawak mempunyai kurang pengundi dibanding dengan Semenanjung.
Di Semenanjung pula, kawasan di negeri kubu BN di selatan ‘lebih bernilai’ dibanding dengan negeri kubu pembangkang, terutamanya PAS dan DAP.
Sempadan tak mengikut pentadbiran seperti diakui, tetapi bertujuan memastikan kemenangan lebih besar bagi lebih kurang 30 calon DAP, dan dengan itu, meningkatkan peluang untuk calon BN lain.


Oleh demikian, kalaulah undi BN hanya bertumpu di kawasan parlimen yang terkecil, BN dapat tawan Dewan Rakyat dengan kurang daripada 17 peratus, atau satu perenam, dari jumlah undi!

Di samping itu, tiada pengawasan rapi terhadap ‘undi pos’ oleh pihak polis, tentera dan kakitangan kerajaan lain, yang akan meningkat lebih dari dua kali ganda dibanding dengan PU14. Kalau dulu, 80 peratus undi pos untuk BN, dewasa ini 99 peratus! Ramai yang terlibat mengaku tak pernah mengundi.


‘Pengundi awal’ serta ‘undi pos’ itu disalurkan kepada kawasan tertentu untuk memenangkan calon BN ‘pilihan’.

Maka, BN dapat menang tanpa PAS?
Pilihan raya kali ini berbeza kerana majoriti besar orang Melayu di Semenanjung marah dengan pemerintahan Najib. Dari satu segi, pembolotan kuasa dan kekayaan seolah-olah tanpa batas. Dari segi lain, buat kali pertama sejak tahun 1970-an, kehidupan orang ramai makin melarat akibat dasar-dasarnya.
Dua contoh. Pertama, sejak tahun 2014, setelah penyelewengan serta penipuan 1MDB mula terbongkar, nilai mata wang ringgit telah banyak jatuh dibanding mata wang asing, yang sudah tentu menaikkan harga barang import.
Kedua, pengenaan GST sejak tahun 2015 telah meningkatkan kos barang, terutama sekali bagi rakyat jelata yang dulu jarang bayar SST.
Tapi kerajaan Najib pula mengaku harga tak naik. Kononnya, rakyat Malaysia lebih kaya, makmur, tapi orang tak percaya.
Tidak boleh dinafikan ada lebih ramai ‘billionaire’ – bukan hanya jutawan lagi – di Malaysia.
Ramai daripada mereka sembunyikan fulus mereka di luar negeri, di London, Sydney, Dubai, Panama, dan lain-lain. Tapi cara mereka jadi kaya membebankan, malah memeras orang ramai.
Akibat ramai pekerja asing, gaji pekerja Malaysia – terutama sekali, yang hidup melarat – kurang meningkat. Orang muda sukar dapat kerja, apa lagi kerja baik kalau ada pekerja asing yang sanggup kerja lebih untuk upah kurang.
Apa pula kesan politiknya?
Yang rugi terdiri daripada umat Islam, orang Melayu. Kalau dulu, BN harap menang dengan majoriti undi Melayu kecuali di kubu PAS. Zaman Mahathir dulu, kawasan berbilang kaum lebih membantu BN kerana sukar mengalahkan PAS di kubunya.


Tetapi kali ini, undi Melayu Semenanjung untuk Umno-BN dijangka banyak merosot. Najib tiada cara lain untuk selamatkan kuasanya selain dari memecahkan undi pembangkang dengan menggunakan helah ‘pecah dan perintah’. Nampaknya, dia telah berjaya menjadikan PAS penyelamatnya.

Bagi mereka, dia akan cuba memastikan undi Melayu yang membantahnya tak akan sampai kepada Pakatan Harapan pimpinan Mahathir-Anwar-Mahyuddin-AMANAH. Seorang bekas PM, dua orang bekas TPM, orang Umno belaka. Pemimpin Amanah pula telah lama dulu bela Islam, bela PAS.
Apa pula peranan PAS?
Maka, Najib dan Zahid harap kemarahan ummt Islam, orang Melayu, terhadap pemerintahan Najib disalurkan kepada PAS, bukan kepada Mahathir serta sekutunya.
Caranya jelas. Tuduh DAP dalang Pakatan Harapan. DAP dikatakan lebih memusuhi Islam dan orang Melayu.
Memang tak boleh dinafikan bahawa DAP menentang RUU 355, dan lain-lain, seperti ditolak oleh Najib serta Umno-BN dari dulu lagi. Malah, tak terdapat sebarang pemerintah di dunia yang laksanakan RUU 155 dengan sepenuhnya, termasuk Arab Saudi ataupun Iran. Ini dah lama diketahui umum, tetapi sekarang DAP dijadikan momokan yang dilaung-laungkan untuk cuba menarik undi daripada Pakatan Harapan menjelang PU14.
Kalau PAS berjaya menarik undi Pakatan Harapan, undi anti-Najib pecah dua, dan Pakatan Harapan tak dapat kalahkan BN di Semenanjung walaupun majoriti undi Melayu menolaknya. Maka, ‘pelaburan’ ratusan juta ringgit oleh Najib untuk beberapa pemimpin PAS akan menyelamatkan kuasa Najib-Rosmah serta kekayaan mereka yang seratus kali ganda lebih banyak, iaitu puluhan bilion, jumlah yang sukar diduga insan yang kerdil seperti kita.
Adakah alternatif kepada sistem sedia ada?
Sebahagian besar negeri lain telah menukar kepada sistem ‘proportional representation’ (PR), di mana setiap undi diambil kira dan dikumpul.
Maka, dalam sistem PR, yang ada banyak ragamnya, setiap undi mempunyai nilai yang sama. PAS pula dapat menjadi penentu atau ‘kingmaker’ dengan memberi sokongan kepada parti atau perikatan lain yang mempunyai cukup undi sendiri untuk membentuk kerajaan dengan majoriti undi.
Kalaulah terdapat PR di Malaysia, PAS memang dapat menjadi penentu siapa yang dapat memerintah kalaulah kedua-dua parti atau perikatan utama tak mempunyai majoriti undi dengan sendiri, seperti baru berlaku di Jerman.
Maka, dalam sistem PR, kalaulah BN dapat 43 peratus daripada jumlah undi, Pakatan Harapan dapat 48 peratus dan PAS dapat 9 peratus, dia dapat menentukan sama ada BN atau Pakatan Harapan yang dapat membentuk kerajaan.
Tetapi, dengan sistem yang sedia ada, pertandingan tiga-penjuru bermakna penyertaan PAS sebagai pilihan ketiga dalam semua kawasan parlimen hanya bertujuan menarik undi daripada Pakatan Harapan , yang cuma akan membantu BN.


Pimpinan BN cukup sedar bahawa kebanyakan umat Islam merasa jijik dan marah terhadap pemerintahan BN, terutamanya di bawah pimpinan Najib, yang telah meningkatkan sifat rakus, boros dan curang pemerintahannya ke tahap yang jauh melebihi tahap zaman Mahathir dan Pak Lah.

Korupsi dan kronisme bukan hal baru di Malaysia
Walaupun sudah lama wujud di Malaysia, kronisme, korupsi dan kerakusan pembolotan kekayaan dalam dekad lalu sudah mencapai tingkat yang tak pernah diduga. Oleh itu, lebih ramai umat Islam di Malaysia, termasuk ahli serta penyokong Umno, apa lagi PAS, merasa jijik dan ingin gantikan, malah gulingkan kuasa Najib serta isterinya Rosmah.
Rosmah patut disebutkan kerana dia sedang main peranan lebih penting dibanding dengan semua isteri perdana menteri sebelumnya. Anaknya, Reza Aziz gunakan fulus1MDB, dan lain-lain untuk membiayai pembikinan filem ‘separuh lucah’ seperti Wolf of Wall Street.


'Dalang' 1MDB, Jho Low pernah pasang iklan besar dalam surat khabar Inggeris terbesar di New York untuk menyambut ‘First lady of Malaysia’ (FLoM) – sepatutnya Raja Permaisuri Agung – yang pernah ada pejabat dan peruntukan belanjawan Jabatan Perdana Menteri.

Bila Lee Kuan Yew melawat Malaysia, Rosmahlah yang dijumpanya. Ketika Najib uzur, Rosmahlah yang menyambut Setiausaha Negara Amerika Syarikat, bukan Timbalan PM Mahyuddin! Mengamuk Hilary.
Menurut laporan kedua Jabatan Pendakwa Raya Amerika, wang 1MDB digunakan untuk membeli intan warna ros berharga ratusan juta serta banyak lagi permata serta barang mewah lain untuknya.
Apa pula kaitan korupsi dengan politik?
Menurut setengah pemerhati, 1MDB ditubuhkan untuk mengumpul dana besar yang dikuasai Najib menjelang PU13 pada tahun 2013. Dengan demikian, dia dapat menguasai Umno dan BN, serta semua menteri dan MP sekali.


Kali ini pula, menjelang PU14, ECRL (East Coast Rail Link) merupakan projek ‘di luar belanjawan’ untuk dapatkan jumlah wang pinjaman besar dari China. ‘Pinjaman ini’ jauh melebihi kos membina landasan kereta api laju ke Pantai Timur, kerana fulus itu perlu untuk membiayai perbelanjaan besar-besaran PU14 dan untuk menyelesai dan menutup kerugian akibat penipuan 1MDB.

Diketahui umum bahawa tender paling besar untuk pembinaan projek kereta api laju ke Singapura pula diberi kepada syarikat yang rapat dengan keluarga diraja Johor. Maka, tak menghairankan bahawa sikap politiknya telah berubah dewasa ini.
Menurut pimpinan PAS, DAP merupakan musuh utama orang Melayu, umat Islam?
Tidak dapat dinafikan bahawa hubungan PAS-DAP memang sulit dari dulu lagi. Pada tahun 1990, PAS tak sanggup kerja sama dengan DAP, tetapi hanya dengan Ku Li serta Semangat 46-nya melalui Angkatan Perpaduan Ummah. Ku Li pula bekerjasama dengan DAP melalui Gagasan Rakyatnya.
Keadaan pula telah berubah setelah pergolakan politik 1998 selepas Anwar dibuang dari kerajaan dan Umno ekoran krisis kewangan. Maka, dalam pilihan raya 1999, 2004, 2008 dan 2013, PAS bekerjasama dengan DAP, di mana wakil Anwar menjadi orang tengah.
Mereka setuju bahawa masing-masing berhak membela pegangan mereka sendiri. Setelah PU13, DAP yang mula keluar dari Pakatan Rakyat selepas Najib menjemput Hadi membentangkan RUU 355. Walaupun RUU 355 tidak pernah dibahaskan dalam sesi parlimen lepas, Hadi telah masuk jerat yang dipasang Najib.


Golongan PAS yang diilhamkan oleh Erdogan di Turki – dibanding Erbakan dulu – dan berjaya ‘memperluaskan’ sokongan PAS, tidak pernah minta tolong DAP. Namun, DAP pula masuk campur hal ehwal PAS, yang menyebabkan reaksi kuat terhadap golongan Erdogani. Mereka diusir keluar PAS dan menubuhkan Amanah bersama ramai lagi yang keluar PAS atas sebab-sebab berlainan.

Kemarahan Hadi terhadap DAP meningkat, dan terus diperalatkan pimpinan Umno. Walaupun ana sendiri tidak pernah senang dengan DAP, propaganda anti-DAP kini banyak direka untuk menjahanamkan Pakatan Harapan.


Diketahui umum bahawa dalam pilihan raya negeri Sarawak 2016, PAS didakwa terima fulus untuk cuba jahanamkan DAP.

Bagaimana pula menjelang PU14?
Dalam PU14 ini, PAS kata akan tanding di seluruh Semenanjung kerana memusuhi DAP. Belanjanya cukup besar, tetapi ongkos telah disediakan.


Kalau nak hancurkan DAP, lawanlah di tempat DAP tanding saja, bukan di semua kawasan lain, terutamanya yang ditandingi parti Pakatan Harapan lain. Sebenarnya, calon PAS yang lawan DAP hanya membantu DAP kalau berjaya mengurangkan undi Umno-BN, apa lagi dengan sempadan kawasan baru.

Maka, jelas PAS bertanding di kawasan lain itu untuk cuba menarik undi orang Melayu yang marah dengan Najib, Umno dan BN. Fulus yang diterima PAS daripada punca yang didapat diduga, melalui beberapa saluran presiden Umno serta timbalannya.
Fulus yang diterima PAS daripada Umno pada peringkat awal kononnya daripada Saudi, dikatakan demi perkembangan Islam di Malaysia, tetapi kemudian, sandiwara itu tidak berterusan kerana tidak dipercayai langsung. Walaupun seluruh pimpinan sedar, tetapi tidak semestinya, semua terlibat atau dapat ‘rezeki’.
Haji Hadi juga marah dengan Mahathir.
Kami di PAS memang lama marah dengan Mahathir – pernah kita gelarkan Mahafiraun. Kritikan kami terhadapnya diketahui umum. Tetapi kita tidak dapat menafikan bahawa, dengan Anwar sebelahnya zaman itu, dialah yang memajukan Islam dengan caranya sendiri: melalui Bank Islam, Universiti Islam, dan sebagainya, antara lain dengan tujuan menghadkan pengembangan pengaruh PAS.
Masih ada tanda soal tentang Memali, di mana orang Nakhaie terlibat, tetapi Nakhaie menyertai Umnonya kemudian. Sikap Mahathir terhadap polis juga sukar difahami; tiada siapa yang mengaku Mahathir yang suruh Rahim belasah Anwar. Operasi Lalang 30 tahun dulu disyorkan Ketua Polis Hanif dengan Rahim, ketua Cawangan Khas waktu itu. Mat Sabu pula ditahan bersama dan mula kenal Lim Guan Eng ketika itu.


Tetapi itu cerita dulu belaka. Lah ni, soalnya lain. Mahathir, sanggup bakar jambatan Umnonya, sanggup berkorban dan terdedah kepada apa saja serangan Najib. Bagi Mahathir, masa depan tanah air, warisannya dijahanamkan Najib, yang telah merosakkan watan kita dengan korupsi dan penipuan terbesar di dunia. Bagi Mahathir, ini membantutkan perindustrian dan kemajuan Malaysia, menjadikan Malaysia negara yang akur kepada kuasa asing, sama ada Amerika, Saudi atau China.

Apakah PAS merupakan pilihan ketiga antara BN dan Pakatan Harapan?


Sebenarnya, tidak. Pimpinan PAS sekarang sudah lama bersubahat dengan Najib, bukan dengan Umno, apa lagi, keseluruhan BN.



Kalau umat Islam, rakyat jelata, celik mata dan sedar tentang apa yang sedang berlaku, mereka akan tolak PAS sekali dengan BN Najib, dan PAS akan alami pukulan paling teruk sejak tahun 1980-an.

Segala yang tercapai sejak hujung tahun 1980-an sampai beberapa tahun lalu akan rosak. Buat apa?
Yang ana tak dapat sokong, PAS akan selamatkan perdana menteri Malaysia yang paling teruk, curang dan boros sejak Tanah Melayu merdeka. Apa lagi yang dirahsiakan? Mungkin juga pembunuhan? Kes Altantuya? Kes Morais, dan lain-lain?
Penyangak paling besar, bukan hanya dalam sejarah Malaysia, tapi mungkin di dunia. Melalui 1MDB? Felda?
Baru-baru ini, PAS telah menyokong Undang-undang Berita Tak Benar Najib.
Undang-undang baru itu bertujuan menutupkan berita tentang penipuan 1MDB sukar ditutup.


Undang-undang baru diluluskan menjelang musim kempen PU14 untuk menakutkan orang ramai dengan mengenakan hukuman jauh lebih berat terhadap pengedar berita benar yang tidak disahkan kerajaan. Sebenarnya, sudah terdapat undang-undang yang membolehkan kes jenayah dan sivil terhadap mereka yang memfitnah. Pasal apa PAS sokong undang-undang zalim itu?

Apa pula kesan terhadap PAS yang ustaz jangka?
Ana kurang faham fikiran pucuk pimpinan, sehingga sanggup seolah-olah ‘bunuh diri’, mati syahid, demi menyelamatkan Najib. Kalau strategi menjadi penentu berjaya, PAS hanya akan dapat lima hingga enam kerusi parlimen, ada yang ramalkan kurang daripada itu. Namun, setengah pemimpin sanggup menipu ahli serta penyokong.
Dengan majoriti BN yang lebih besar, akibat ‘jasa’ PAS, kuasa tawar menawar PAS akan merosot lagi walaupun mungkin beberapa pemimpin akan terus dapat dedak. Inilah nasib PAS akibat strategi kini.
PAS akan selamatkan, malah perkuatkan Najib-Rosmah-Jho Low dan Umno, walaupun kedudukan PAS sendiri akan merosot, dan sukar dipulih pada masa depan.
Jumlah MP PAS jauh lebih kecil dibanding dengan jumlah jauh lebih besar sekarang, dan jumlah lebih besar lagi kalau PAS kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk memastikan satu-lawan-satu menentang BN.


Kelantan akan hilang. Tok Pa akan jadi MB dan sukar sekali Kelantan ditawan balik pada masa depan, mungkin selama satu generasi.



Banyak kerusi PAS lain akan hilang juga pada peringkat negeri, mahu pun nasional. Yang sedih sekali, semuanya sia-sia, demi Najib, bukan demi Islam, bukan demi PAS.

Apakah perkembangan demikian masih dapat dielakkan?


Kalaulah umat Islam tak menyedari pilihan sebenar menjelang PU14, Najib-Jho Low akan diselamatkan, malah mungkin BN dapat tawan dua pertiga dari kerusi parlimen tanpa PAS. Umno dan MCA, bukan DAP atau Pakatan Harapan, yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan Parti Komunis China.



Pilihan bukan antara DAP dan MCA, yang bergantung kepada Umno. Tetapi antara DAP dengan Jho Low serta konco-konco bilionair Najib lain. Siapa yang mendedahkan skandal BMF setelah Jalil Ibrahim dibunuh di Hong Kong?

Siapa pula yang mendedahkan penipuan 1MDB? Malu kami orang PAS kerana MP PAS menyokong Akta Antiberita Tak Benar yang bertujuan menutup 1MDB serta kezaliman, penipuan dan penyelewengan rakus yang lain.


Di samping itu, kuasa Saudi dan China terhadap Malaysia akan terus meningkat walaupun Trump tidak menghiraukan tawaran ufti Najib untuk selamatkan ekonomi Amerika dengan meminjamkan wang simpanan KWSP dan menggunakan duit rakyat untuk selamatkan MAS.

Tiada siapa yang percaya bahawa Mahathir, Anwar atau Mat Sabu akan menggadaikan masa depan rakyat Malaysia, apa lagi rakyat Melayu dan ummat Islam, kepada kuasa asing ataupun DAP.


Walaupun ana berbeza pandangan dengan mereka dalam banyak hal, ana yakin mereka inilah yang boleh membawa perubahan yang watan kita perlukan.

Najib membolehkan kuasa asing, kerajaan serta syarikat korporat, menguasai Malaysia bersama bilionair Bursa Saham, yang dapat membeli menteri dan pemimpin Umno. Pembesar baru atau mustakbirin abad ke21 berkuasa melalui Najib dan beberapa kerat orangnya.

 Yang lain hulubalang upahan yang mempertahankan sistem untuk dedak yang diterima mereka.Kalaulah mereka menolak BN serta PAS, dan memilih Pakatan Harapan, dasar serta undang-undang negara akan dipinda dan dikuatkuasakan untuk menghancurkan sistem ‘politik wang’ yang menjadi punca dan asas tumbuhan barah korupsi dan rasuah berleluasa yang merosakkan watan kita.
Ini satu-satunya peluang yang ada pada kita semenjak lebih dari setengah abad kita merdeka. Peluang seumpama ini bukan sentiasa ada, tak sepanjang hayat ana.
Insya-Allah, penyokong, ahli, malah pemimpin PAS lain akan menyedari keadaan sebenar dan bertindak untuk selamatkan watan dan PAS sendiri. Ahli dan penyokong PAS sudah lama berkorban membela mereka yang dhaif, bukan untuk menjadi hamba hulubalang Najib. ~ Malaysiakini
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Ini cakap politik.

Sebagai ahli PAS se umur hidup, baik yang bergelar ustaz atau tidak, termasuk ahli biasa PAS.. Kena jawab ada kah semua tindakan dan cara PAS ini mengikut Islam dan se bagai orang yang benar-benar beriman ?

Ada kah dua saudara Islam saling bermaaf-maafan dan mengeratkan semula silaturrahim, di anggap hanya lakunan, ada lah cakap orang yang beriman kepada Allah ?

Ada kah menafikan tuduhan atau fitnah begitu sahaja ada lah mengikut Islam ?

Nak tolong Najib atau Jho Low.. sampai tergadai iman dan maruah Islam...

Anonymous said...

Salam CAHAYA Cinta-NYA..

CAHAYA Cinta-NYA mengajak kita bnar2 mnjd ISLAM=PASRAH=SURRENDER=OPEN kpd smutlak2CAHAYA KBNARAN drp ALLAH...bukan bukan bukan..

..bukan n BUKANnya mnjd PASRAH=ISLAM=SURRENDER kpd siDajjal=pmBOHONG yg tlh menDajjalkan kehidupan kita mnjd Barbaric=Tipu/KELIRU=SONGLAP=Fitnah=PONTENG=Uturn=Khianat=Zalim yg mmbawa kpd kesengsaraan n kemusnahan yg GELAP gulita ye ke dok? ha ha..


Salam CAHAYA ..Sahabat Yg Budiman
CAHAYA Cinta-NYA.. Mekar di HATI
CAHAYA Cinta-NYA ..Kita Sulohkan
d Elegance-MIND.. Elegance PEKERTI

d Elegance-MIND.. Elegance PEKERTI
CAHAYA Cinta-NYA ..TAK Tau menCURI
CAHAYA Cinta-NYA.. TAK Tau Mngkhianati
Kaseh Mem-BERI ..FITRAH Yg Azali


d Elegance-MIND.. Elegance PEKERTI
Kaseh Mem-BERI ..TAK Tau menCURI
Kaseh Mem-BERI.. Bakti dan BUDI
CAHAYA Azali ..Dibawa Ke Mati



1) CAHAYA dan ISLAM..

Ddlm CAHAYA,
apatah lg ddlm CAHAYA Cinta-NYA sprt yg dibawa nabi Isa as itu, smuanya mnjd sgt2 n amat2 TERANG MUDAH CEKAP PANTAS RINGKAS n berSISTEMATIK skali utk mencari jwpn n penyelesaian hatta kpd masalah2 yg sgt rumit n kompleks hi hi..krn smua yg berda ddlm CAHAYA Cinta-NYA itu adalah terang n maha2TERANG skali hmmm.. nampok tak bro?

..krn ddlm CAHAYA Cinta-NYA itu, smuanya bnar2HUMBLE=bnar2PASRAH=bnar2ISLAM=bnar2SURRENDER kpd sbnr2Integrity-TRANSPARENCY, iaitu sbnr2 smutlak2CAHAYA KBNARAN yg maha2TERANG drp TUHAN sluruh alam2, terang ke dok lg nih? he he..

Nota:
makna/ERTI/definasi hakiki ISLAM=PASRAH=SURRENDER=OPEN kpd strang2 CAHAYA-NYA ha ha..

Sprt makna/ERTI/definasi hakiki Dajjal itu=pemBOHONG,
hampir 100% yg mngaku ISLAM tak tau pon apa makna/ERTI/definasi hakiki ISLAM itu sndri, hi hi..



2) Dajjal dan keGELAPan..

Apb sesuatu isu/problem itu sengaja diSUKAR=diBELIT=diTANGGUH=diPONTENG=diU-TURN=diKELIRU malah diUGUT n djdkan FITNAH dgn berbagai2 alasan serta tipu helah..itulah sterang2 tanda gelap gelap gelap n GELAP gelitanya HATI n minda siDajjal=pemBOHONG yg mmiliki roh Dajjal=pemBOHONG yg sgt2 suka mnDajjal=berBOHONG kpd sesama manusia ddlm lobang keGELAPan yg sgt2 lg amat2 dlm!!

Timbunan masalah demi masalah yg GELAP yg lebih sarat pekat berkarat berpanjangan yg pasti TIADA kesudahan..

Apatah lg apb jubah n sorban hadis2 n nas2 Quran turut diDajjal=diperBOHONGkan utk sama bergelumang sdondon ddlm lobang keGELAPan itu..pastilah keGELAPan itu mnjd sgt2 PEKAT n berkarat yg sgguh2 ngeri jijik lg mngelirukan skali, ho ho..sbb itulah CAHAYA yg dibawa oleh nabi Isa as yakni CAHAYA Cinta-NYA itu sgt diperlukan keatas siDajjal Al'Maseh itu hu hu...ada was2 lg ke weh?

Adakah lg yg maseh terDajjal=diBOHONGi oleh "minda" sendiri n still ragu2 n was2 n maseh tercongok mnunggu2 siDajjal bermata-SATU yg terJOJOL yg di'metafora'kan ddlm hadis tu???

Adakah dizaman internet LANGIT terbuka yg sebegini canggih kita masih lesu dtipu "berILUSI" diDajjal=diBOHONG=diBODOH=diTOLOL oleh level2 si IQ ciput tahap siku n lutot dok tercongok2 bimbang n TAKUT2 dgn kehadiran mata-SATU yg "terSOMBOL" itu, sdangkan kita jd buta TAK nampok langsung yg dah tercongok ddepan mata kita SEKARANG ini, n itulah HAKIKAT hakiki Dajjal yg sbnr2nya yg dimaksudkan ddlm hadis itu!?

Ingat makna/ERTI/definasi hakiki Dajjal itu=pmBOHOHG=pemBODOH=penTOLOL=pgGELAP fullstop!!

Wahai sdr2 n shbt2 ku..keluarlah drp "minda" mu yg terDajal=diBOHONGi=diTOLOLi oleh sbnr2 Dajjal Al'Maseh itu, yg kini terang2 menDajjal=berBOHONG didepan mata mu sendiri..



Lets dLIGHT ofLUV shines strongly in ur HEART myLV my dearestONE..
So dLIGHT ofLUV will shine tru ur smiles ur words n ur ACTIONs too hu hu..wow wow WOW!


In dLIGHT ofLUV.. We r all ONE so INCLUSIVE
In dDark's Babaric energy ..All SPLIT n EXCLUSIVE
In dLIGHT ofLUV..Owez Givin Sharin Beautifully POSITIVE
Miracle's AUDIT Integrity..Wont allow dBarbaric n dNEGATIVE

We r ONE(AHAD) n owez'll be in dLIGHT ofLUV's beautifull energy..s dLIGHT ofLUV in my HEART n so u do, s owez I LUV U I LUV U LUV U LUV U..s what u SAY-intently u shall b, n its DOUBLE triple n more in u hu hu..

Anonymous said...

Adakah PAS masih lagi se buah parti yang bertunjangkan pada Islam ?

Kalau sudah berguna rupa bentuk PAS, berani lah sikit.. Kalau tak mahu dedahkan nama ... keluar lah dari PAS dan masuk AMANAH. Itu teguran yang paling baik supaya bukan PAS sahaja selamat tetapi Islam pun selamat.

Taosuo said...

Alhamdulillah, banyak yg mungkin sekali benar dlm wawancara ini.
Sekiranya sohih, ini bermakna
ada orang PAS yg faham liku2 pengaliran dan pengalihan wang yg berlaku baik dlm IMDB mau pun
dlm projek keretapi pantai timur atau ECRL, apatah lagi yg dikatakan melibatkan istana Johor.
Mungkin satu hari kelak pihak tuan dapat menamakan 'ustaz' ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...