JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Monday, April 30, 2018

ANA TAHU ENTA LEBIH TAHU

Ke hadapan Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang,

(1) Segala puji bagi Allah Rabbul Alamin. Salam dan selawat ke atas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad; khairul anaam, qudwah hasanah, juga kepada Para Sahabat-sahabat Baginda yang benar dan diberi petunjuk. 

(2) Ana doakan kesejahteraan dan keberkatan usia buat Tuan Guru, ulama disanjung dan terhormat. Ana menulis surat terbuka ini dengan penuh rendah diri dan selepas tafakkur yang panjang. Ana mengikuti ucapan Tuan Guru pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS Kelantan Pilihanraya Umum ke-14 di Kota Bharu, Kelantan pada 25 April 2018 yang lalu. 

 (3) Ana merujuk kepada kenyataan Tuan Guru berkaitan dengan Tragedi Mata Lebam Anwar Ibrahim. Dan ana merujuk juga kepada sikap segelintir penyokong PAS yang telah memainkan perkara yang disebut oleh Tuan Guru itu dalam perbualan dan kempen mempertahankan PAS.

 Tuan Guru, Enta Tahu. 

(4) Bahawa apa yang menimpa Anwar Ibrahim dan Keluarga. Kezaliman yang ditekankan ke atas beliau dan keluarga. Bagaimana sengketa yang ditanggung oleh Anwar Ibrahim dan Keluarga selama 20 tahun; 2 dekad, yang lalu.

 Tuan Guru, Enta Tahu. 

(5) Bahawa Anwar Ibrahim tidak pernah luntur daripada pendirian dan keyakinan beliau di atas jalan perjuangan Rakyat ini. Sebagai sahabat, Tuan Guru lebih kenal siapa Anwar Ibrahim. Tuan Guru lebih tahu apa yang dilalui oleh Anwar Ibrahim selama menggerakkan Dakwah dan Reformasi. Tuan Guru tahu betapa pendahulu Tuan Guru; al-Fadhil Ust. Fadhil Nor dan Tok Guru Nik Abdul Aziz, hormat kepada Anwar Ibrahim.

 Tuan Guru, Enta Tahu.

 (6) Bahawa dalam politik ini pertelingkahan dan perbalahan antara orang-orang politik itu kebiasaan dalam persaingan. Ana yakin kita setuju bahawa kebiasaan ini bukanlah perkara yang menyenangkan. Pun begitu, ana yakin bahawa kita juga boleh bersetuju bahawa berjenaka dan sindir-menyindir dalam politik pula tidak salah diselitkan dalam kempen dan ceramah politik. Sedikit ketawa tidak sepatutnya menggugat ahli politik yang berwibawa. 

Tuan Guru, Enta Tahu,

 (7) Bahawa antara semua jenaka dan sindiran, tidak ada yang lebih dibenci agama melainkan jenaka yang menghina peribadi orang lain. Lebih-lebih lagi ia datang daripada seorang pemimpin yang baik kepada seorang pemimpin yang baik. Tuan Guru tahu bahawa ‘bekas gocoh’ itu merupakan harga pengorbanan dan kesan perbuatan fitnah jahat. Betapa hampanya ana dan kawan-kawan mendengar sindiran Tuan Guru yang bersabit dengan mata Anwar Ibrahim yang hanya sebahagian kecil daripada luka-luka perjuangan beliau. 

 (8) Ya, Tuan Guru mungkin tidak manafikan tuduhan jijik itu terhadap Anwar Ibrahim. Tetapi, kesan kenyataan Tuan Guru itu, sekarang timbul dalam perbualan penyokong PAS; “Anwar liwat atau Mahathir fitnah?”. Runtun jiwa kami mendengar dakwaan liwat yang dihukum Qazaf dalam agama dipermainkan sebagai bahan politik. 

Tuan Guru, Enta Tahu.

(9) Bahawa Anwar Ibrahim menerima Tun Mahathir dengan ijtihad yang ditimbang dengan perkiraan yang rumit dan dalam. Tidaklah jawapan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim itu melainkan demi kepentingan Ummat, Rakyat dan masa depan Malaysia untuk jangka masa panjang. Keputusan yang dibuat setelah menerima nasihat daripada Alim Ulama, Ilmuan dan Sarjana. Keputusan menerima Tun Mahathir bukanlah semudah ‘lakonan cerita Hindustan’, sebaliknya keputusan itu adalah demi menegakkan kebenaran dan keadilan. 

Tuan Guru, Enta Tahu. 

(10) Bahawa Islam ditegakkan dengan bermacam-macam jalan, namun perbezaan itu bertunjang kepada wawasan jelas; Allah dan Rasul. Presiden Mohammad Morsi mengambil pendekatan terus dan tuntas dalam perlaksanaan Shariah di Mesir. Manakala Presiden Racep Tayyip Erdogan pula mengambil jalan tahap bertahap; dimulai dengan kebersihan dan ekonomi tanpa penekanan kepada perundangan jenayah. Ya, hari ini kedua pemimpin yang disanjung ummat Islam sedunia itu berhadapan nasib yang berbeza. Pokoknya, kedua-dua benar, baik dan tidak boleh dinafikan kecintaan mereka kepada Islam.

 Tok Guru, Enta Tahu. 

(11) Bahawa PRU14 memberikan cabaran luar daripada biasa kepada semua parti yang bertanding. Dalam usaha kita menumbangkan kleptokrasi dan kezaliman; demi Reformasi dan kesejahteraan, apalah kiranya jika ulama tampil menunjukkan teladan yang baik kepada pengundi dan rakyat seluruhnya. “Kita menerang, bukan menyerang” 

Tuan Guru, Enta kena Tahu. 

(12) Bahawa selepas ana menulis warkah ini, tidak sedikitpun hilang rasa hormat kepada Tuan Guru. Kerana Allah yang memberikan Ilmu dan Allah telah memilih Tuan Guru sebagai penjaga Ilmu itu. Ana yang tidak seberapa ilmunya ini sekadar mahu beramal dengan ilmu yang sedikit ini. 

 (13) Ana dikisahkan bagaimana marahnya Imam al-Bukhari kepada Muhammad ibni Yahya sehingga di sembunyikan nama ‘yahya’ dalam Sahihnya. Dan marahnya Imam Muslim kepada kepada Muhammad ibni Yahya sehingga dikeluarkan terus hadis yang diriwayatkan daripada Muhammad ibni Yahya daripada Sahihnya. Sedangkan Muhammad Ibni Yahya merupakan seorang muhaddith yang baik, dan tidaklah beliau dibenci oleh kedua Imam Hadith tersebut melainkan mereka menyedari bahawa manusia tidak lekang daripada kesilapan; hormat sebagai muhaddith tidak sekalipun dipertikai dan dilunturkan.   

(14) Ana juga menginsafi penulisan Sheikh Dr. Taha Jabir al-Alwani, dimana apabila para sabahat perselihan faham, mereka tidak membenci sesama mereka melainkan mereka bermafaan dan berkasih-sayang. Tidak pernah Ulama Mazhab berbeza pandangan melainkan mereka mengiktiraf ilmu yang dimiliki oleh satu dan yang lain, seterusnya mereka jujur dengan ilmu yang mereka perolehi. Semoga Allah memberkati amal dan sumbangan mereka. 

(15) Justeru ana mohon agar Tok Guru menarik balik kenyataan tersebut secara terhormat.

 Tuan Guru, Ana Tahu. 

(16) Bahawa mungkin ana dianggap tidak layak menegur Tuan Guru. Namun, kepentingan menjaga kemuliaan seorang ulama dan keperibadian seorang Bapa Reformis, mengatasi kelayakan ana. Sekiranya perkataan ana tidak diterima, maka terimalah kejujuran dan kebenaran yang datang bersama warkah ini.

 (17) Semoga Allah merahmati Tuan Guru. Semoga Tuan Guru dibukakan hati untuk menerima teguran ini dan menarik balik kenyataan yang disebutkan.

 (18) Semoga Allah memelihara dan merahmati Anwar Ibrahim serta Keluarga, juga sahabat-sahabat pejuang Reformasi, Keadilan dan Kebenaran, juga para penggerak agenda memartabatkan Islam dengan ijtihad menaiktaraf ekonomi dan demokrasi rakyat demi kesaksamaan sejagat.

 Wassalamualaikum WBT
 Sekian, Terima kasih.

 MUHAMMAD KHAIR BIN SUJUD
 Presiden, 
 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) 
 29 April 20189
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

ye komen seperti yang dinantikan...
teguran yang sangat berhemah...
klau Hadi x sedar gak tak tau lah...
klau alim... Iblis tu lah yg paling alim...
patut ke kita ikut sikap sombong iblis...
hanya sbb kita rasa kita lebih islam dari org lain???

Anonymous said...

Jenazah se orang pemimpin PAS yang pernah mengaku berjumpa Nabi di kebumikan di luar negara dengan berbagai alasan dan ada yang hujah nya mengikut hukum.

Seorang rakyat Palestin yang dalam perjalanan untuk solat subuh di tembak 10 das dan jenazah nya di hantar ke Gaza walaupun di katakan syahid dan kurang pasti samada almarhum pernah bermimpi jumpa Nabi atau tidak.

Orang kata Hadi selalu bermimpi jumpa Nabi. Apakah ketentuan nya nanti di tanam di Marang atau di seberang ?

Anonymous said...

Selepas menyindir berupa kejian terhadap Anwar Ibrahim, tentu nya mendedahkan Hadi selalu bermimpi jumpa Nabi akan memulihkan imej nya dan membuat orang supaya percaya pada Hadi.

Hadi hanya akan insaf sekiranya Hadi beristighfar banyak-banyak seperti Nabi beristighfar. Hadi akan diyakini sekira nya tidak memaki dan memutar belit sepertimana Nabi yang tidak menyakiti hati orang lain.


Cerita mimpi Hadi tak meyakinkan dan hari ini Nik Abduh mengheret Bonda nya untuk berkempen walau pun bonda nya tidak sesihat dulu.

Menurut Nik Abduh, Bonda nya sangat keciwa kali kedua kerana sebelum ini anak nya di tangkap dan di ISA kan.

Amat malang Bonda nya tidak merasakan kepedihan Wan Azizah yang mana suami nya sendiri di penjara dua kali dan lebih lama dari anak nya yang cuma 2 tahun.

Nik Abduh cuba memperdayakan rakyat dan sedang memberi tekanan pada Nik Omar dengan mendakwa Bonda nya akan turun berkempen. Mana pergi nya malu Bonda nya selama ini yang semasa Nik Aziz, Bonda nya tidak berani menunjukkan diri pada orang yang ramai ?

Atau ia nya sekadar cakap-cakap politik Nik Abduh sedangkan Bonda nya tak turun berkempen.

Untuk berlaku adil dalam keluarga, Bonda Nik Abduh hendaklah memutuskan kedua-kedua anak nya menarik diri atas untuk menyelamatkan keluarga.


Malang sungguh sekiranya benar sikap bonda nya begitu sekali sedangkan keluarga lain yang tidak sehebat keluarga Nik Aziz dapat menerima perbezaan politik dalam keluarga.

Adakah Bonda Nik Abduh akan melarang Nik Omar berpolitik dan masuk AMANAH sekira nya PAS sangat kuat dan AMANAH berkemungkinan besar kalah ?

Adakah Nik Omar yang tidak mahu berjumpa Bonda nya atau Bonda nya tidak mahu mendengar cita-cita dan kemahuan anak nya ?



Unknown said...

Mdh2anan tuan guru sedar dan terima dgn hati yg tbuka teguran ni...

Anonymous said...

edi wang berserban berjubah bagai serigala berpakaian biri biri yg hanya nampak suci..

ciss... dah hilang iman dosa dedak berpuluh juta pitih haram, gadai roh tongkat parti syaitan, ejen perosak dalaman parti pas tgna.

Tuhan Mahal Kuasa di saat akhir pilih husam- nik omar urus pulihkan pas tgna di PAN Amanah dlm Pakatan Harapan tetap menang di Terengganu Kelantan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...