JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, April 20, 2018

Berita Palsu : Husam atau akhbar yang siarkan?

Ekoran Surat terbuka Husam Musayang ditujukan kepada YAB. Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan yang juga disalinkan kepada YB. Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Husam Musa telah disiasat oleh pihak Polis Kelantan.

Pada 16 April 2018, Husam telah menyerahkan Notis Bantahan ke atas Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan (mesyuarat balak) diadakan semasa Kerajaan caretaker, di pejabat MB Kelantan.

 Notis itu disampaikan kepada Setiausaha Sulit Kanan MB yang mengesahkan MB sedang mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

 Husam juga memaklumkan kepada Setiausaha Sulit Kanan MB bahawa satu perintah mahkamah akan diperoleh untuk mengisytiharkan kelulusan-kelulusan itu nanti adalah tidak sah.

 Pembalak yang mendapat kelulusan melalui mesyuarat hari ini juga kemungkinan menanggung risiko pembatalan jika mana-mana kerajaan baru dibentuk, kata Husam Musa.

 Tidak tahu bagaimana kenyataan yang sama juga telah disiarkan dalam akhbar Sin Chiew Jit Poh pada 14 April 2018.

Naib Presiden Parti Negara Amanah (PAN), Husam Musa disiasat  mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018 susulan laporan dibuat Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK), kelmarin.


JPNK membuat laporana polis terhadap pemimpin pembangkang itu berikutan dakwaannya bahawa jabatan itu meluluskan projek pembalakan baru, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat  Sidik berkata, pihaknya akan memanggil Husam dalam masa terdekat untuk membantu siasatan kes itu.

"Saya mengesahkan kita ada menerima laporan dibuat JPNK dan sudah membuka kertas siasatan semalam, yang mana ia disiasat memgikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

"Ini adalah kes pertama di Kelantan sejak akta berkenaan diluluskan, baru-baru ini dan Husam akan dipanggil untuk siasatan," katanya disini, semalam.

Berikut adalah kenyataan akhbar oleh Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan :
 1. Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Hj. Husam Musa dalam Nota bantahan dan surat yang ditujukan kepada YAB. Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan yang juga disalinkan kepada YB. Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan. Kenyataan yang sama juga telah disiarkan dalam akhbar Sin Chiew Jit Poh pada 14 April 2018, yang berkisar dengan mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP) yang diadakan pada pagi ini.  
 2. Dakwaan kononnya ada kelulusan baru kawasan pembalakan yang luas akan dipertimbangkan dalam mesyuarat ini adalah tidak benar sama sekali. Susulan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan memandang serius tentang dakwaan palsu ini dan akan membuat Laporan Polis mengenai berita palsu ini di bawah Akta Anti Berita Tidak Benar 2018.  
 3. Dalam hubungan ini, saya ingin menegaskan bahawa tiada sebarang kelulusan baru kawasan pembalakan yang dibincangkan. Hanya beberapa perkara-perkara biasa yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan kali ini meliputi perkara berikut :  
 i) Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lepas. 
ii) Mengesah dan melaksanakan keputusan-keputusan daripada mesyuarat yang lepas. 
iii) Menimbang permohonan industri-industri pemprosesan kayu di Negeri Kelantan.  
iv) Membincangkan isu-isu semasa perhutanan berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah hutan di Kelantan. 
 4. Selain itu, saya juga menegaskan bahawa Kerajaan Negeri masih mengekalkan rekod tidak pernah memberi kelulusan baru kawasan pembalakan terutamanya penubuhan ladang hutan dalam Hutan Simpanan Kekal sejak dari tahun 2013 lagi.  
 PENGARAH PERHUTANAN NEGERI Kelantan 
 16 APRIL 2018 
Woit apa ini? Husam yang pergi buat bantahan di SUK pun boleh dikenakan Siasatan Bawah Akta Anti-Berita Tidak Benar?

Siapa yang buat berita? Husam atau akhbar yang lapor "berita" tentangnya? 

 Yang sahihnya, berita tersebut sedang viral. Samada kandungannya benar atau tidak, belum dapat diketahui lagi sehingga siasatan selesai dilakukan. 
Comments
6 Comments

6 comments :

usop ali said...

Kalau bab pembangang laju mereka siasat...siasatan terpilih jer..INI la Malaysia Ku...APA dah jadi...

Anonymous said...

Alahai si Penulis

Hahahaha....

Boleh pulak tanya Hussam ke Akhbar yg siar berita palsu..

Lawak lawak

Tp mula mula tulis artikel ni duk highlight Surat Terbuka, kan ke itu menunjukkan siHussam ni berniat nak jd kan kenyataan beliau sebagai pengetahuan utk semua..
Dan secara langsung itu bermaksud menyebarkan sesuatu berita..

Pas tu boleh plak salahkan Surat Khabar sebarkan..

Hahahaha...

Kan dah terkena...menikus mcm tikus makan racun..

Kata hebat dan berkeyakinan sumber berita yg diperolehi oleh Husaam itu berkrebeliti tinggi...

Apa nak takut.. Kan ada lawyer power..ketua Kalau@Kanun

Itu le..kalau dah dasar pemfitnah..sekali kena sergah mcm biawak terperanjat

Alhusseyn Alhusseyn said...

Hahaha! Husam takut? Hahahaha

Anonymous said...

Hahaha....
Alahai si penulis..

Hussam mana ada takut...Hussam berani...

Berani smpi desak org ikut cakap dia

Masalah org bodoh mcm aku tak reti nak ikut cakap org berani dan pandai mcm Hussam..

Hahahaha..

Hussam pandai=kelentong
Hussam berani=tukar n belit kenyataan

Hahaha...hussam berani sebab dia ada sorang dia kali 10..

Anonymous said...

Surat Terbuka Husam itu di tuju khas kepada MB dan disalinkan kepada YB. Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan ..

Surat tersebut Terbuka bukan untuk semua orang dan jika ada akhbar yang nak siarkan kena dapat penjelasan dari Husam dan juga MB Kelantan. Bukan wartawan akhbar yang sepatutnya ambil tindakan selanjutnya tetapi Pejabat MB.

Kalau surat ini di poskan atau di masukkan ke sampul surat, sudah tentu penerima nya menafikan menerima nya atau dengan mengatakan saya belum melihatnya lagi.

Adakah surat Husam akan menjadi berita sekiranya tidak di siarkan di akhbar ? Husam bukannya buat kenyataan akhbar tetapi Husam menulis surat mempersoalkan mesyuarat tersebut.

Mengikut kenyataan Pengarah Perhutanan "Hanya beberapa perkara-perkara biasa yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan kali ini.." menjelaskan MESYUARAT LANGSUNG TIDAK ADA KEUTAMAAN UNTUK DI SEGERAKAN !

Anonymous said...

saman akhbar krn berita palsu..
pasti rakyat tak nak lagi kerajaan kleptokrat.. kalahkan bulan kalahkan dacing..
baru lah pdrm sprm Bebas dan Adil jalan siasatan.. ayuh menangkan PH.. rakyat heret lanun ke muka pengadilan.. bicara terbukan kat stadium bkt jalil

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...