JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Wednesday, April 25, 2018

Calon PAS punyai degree palsu, Dato Palsu?


 Gara-gara nak menampilkan penampilan yang terbaik, maka ada pula yang muncul dengan title darjah kebesaran dan latar belakang kelulusan yang meragukan.

 Khabarnya ada yang dapat Datuk yang dibeli …. Malah degree pun boleh di beli… pokoknya, ada ongkos, semuanya bisa beres boh!! Apa perlunya dengan penampilan yang membohongi orang ramai? 

Itulah persoalan yang ditimbulkan oleh ramai nettizen apabila mereka dapat mengesan ada dari kalangan calon yang mempamerkan degree palsu dan Dato Palsu.

 Seorang aktivis anak muda dari AMANAH Perak, Faeez Azahar melalui fesbuknya telah menaikan satu gambar poster calon Pas, Dato Khalil Idham Lim bin Abdullah.

 Dato Khalil (nama yang tertera dalam poster tersebut) adalah calon Pas PRU 14 di P.067 Kuala Kangsar. 

 Faeez telah menaikan soalan agak nakal, “ Pingat Dato' dari mana tuh? Nak tahu sila PM tepi.. cuma aku pesan, jangan gelak!” Pesan Azhar secara sinis.

 “Kesultanan sulu ke?” Tanya seorang lagi nettizen yang sama nakal!

 Seorang kenalan juga nettizen, Haji Anuar Hashim memberikan sedikit respon : Ini bekas YB Titi Serong..kalah di K.Kangsar PRU lepas... kata Pas letak calon bersih je... ada isu besar yg tak terjawab hanya tinggal signboard..kawan lama Raden Sharers Albanjari.

 Dipercayai Isu besar yang dimaksudkan Haji Anuar Hashim itu ialah merujuk kepada isu memperalatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipanggil Idhamcare untuk menyalahgunakan duit wakaf.

 Sementara itu Wan Ji Wan Hussin dalam tulisannya  turut mendedahkan tentang adanya calon PAS bernama Rajan Manikesavan yang mempunyai keraguan pada status kelulusan beliau.

 Berdasarkan poster kempen Rajan Manikesavan terpapar kononnya beliau berpendidikan Diploma in business Management, Master of Business Administration (MBA) dan Doctor of Social Work (Uni. of Berkeley) USA.

 Menurut Wan Ji, seorang nettizen, Reza Zainal telah menaikan status, "Jangan confuse Uni of Berkley dengan Uni of California, Berkeley. Saya check Uni of Berkley ini adalah salah satu ‘degree mill’ atau degree beli atau palsu."

 Dalam pendedahan itu, didapati bukan calon PAS sahaja, malahan ada calon BN yang juga mempunyai kelulusan palsu.

 "Pengerusi Tabung Haji, Azeez Rahim pun kantol letak degree palsu dari Preston University", Kata Reza Zainal lagi.

Seperti yang MSO sarankan, yang penting ialah menonjolkan wawasan dan gagasan anda sebagai calon. 

 “Apakah janji-janji dan komitmen anda kepada rakyat jika menang nanti. Apakah bakal anda lakukan untuk pembangunan agama, bangsa dan tanahair,” kata MSO melalui fesbuknya.

 Saya sendiri pelik dengan telatah walaun Pas yang cuba menonjolkan Pas dengan beberapa calon yang kononnya dari kalangan professional atau teknokrat.

 Yang nak tergelak tu bila dinyatakannya, hanya sejumlah 16 orang sahaja dari 160 jumlah calon Pas dalam kategori professional. Hanya 16% sahaja kalangan professional… apa yang mampu Pas buat? Cer Pas tolong cerita sat??!

 Saya setuju dengan kata-kata MSO, “Pengundi nak dengar kemudian menilainya. Misalnya kalau ada seorang Doktor Phd, cubalah bercakap sedikit mengenai bidang kajian anda, orang nak tahu sejauh mana keintelektualan anda. 

 “Kalau anda seorang jurutera, peguam atau pun arkitek, bercakaplah mengenai bidang2 itu macam mana anda akan adunkan disiplin itu ke dalam dunia politik. 

"Orang nak dengar dan nak baca pemikiran bukannya nak tengok poster anda yang canggih manggih penuh variasi itu,” saran MSO.

 Tetapi ramai dari kalangan calon Pas yang terdiri dari kalangan Ustaz yang lebih banyak suka bercakap pasal masuk neraka kalau tak sokong Pas …. Haram jatuhkan kerajaan Islam Kelantan…
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Samad Said. Dinsman. Kedua mereka cukup keciwa dengan orang seni. Kerana sebagai orang seni, mereka lebih rapat dengan kehidupan. Jiwa mereka menjerit melihat kehidupan yang celaru.

Mereka yan tak sensitif bukan orang seni. Kalau menjadi orang seni yang tidak ada idea.

Tanggung jawab orang professional ialah memudahkan kehidupan dalam bidang masing-masing.

Disiplin ilmu mereka menjadikan mereka orang yang bijak menentukan yang mana lebih baik dan yang mana jalan yang paling baik.

16% professional dalam PAS memang dalam kategori tersebut, cuma mereka third class punya professional. Kerana kepakaran dan ilmu mereka sudah boleh bawa mereka ke jalan yang di redhai. Bukannya bergantung pada Lebai dalam PAS..


Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...