JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Sunday, April 01, 2018

CERITA AKU DAN HANIFA MAIDIN

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 

 1. Semasa PRK Anak Bukit (tahun 2002), pasukan Pas Perlis ditugaskan di Kg Permatang Kong (kalau tak silap). 

 2. Pada suatu malam (jam 12 tengah malam), aku dimaklumkan oleh petugas lain, sekumpulan petugas wanita Umno (entah dari negeri mana) ditahan oleh petugas Pas. 

 3. Mereka ditahan dalam bas dan kunci bas dirampas dan dicampak ke dalam petak sawah. Kebetulan waktu itu petak sawah berair kerana padi baru membunting. 

 4. Diberitakan ada petugas wanita yg terberak terkencing di situ sebab mereka tak dapat bergerak kemana-mana kerana ketiadaan kunci bas. 

 5. Polis sudah sampai dan berlaku kekecohan antara petugas Pas dan polis. Petugas Pas tahan bas itu kerana mereka syak bas itu membawa pengundi hantu. 

 6. Apabila terima berita itu, aku beritahu Hanifa Maidin. Dia ajak aku ke lokasi kejadian pada waktu itu juga. 

 7. Kami pinjam motor orang kampong (motor agak buruk dan lampu malap). Aku jadi penunggang dan Hanifa membonceng. 

 8. Kami bermotorsikal berdua di atas ban berlopak sana-sini tengah-tengah malam, ditengah-tengah kawasan sawah padi, rasanya lima kilometer juga. 

 9. Sebaik sampai polis dah ada. Hanifa turun dan berdepan dgn polis utk pertahankan tindakan petugas Pas tahan bas berkenaan. 

 10. Kedua-dua pihak cakap orang putih. Aku dengar Hanifa sebut seksyen itu dan ini. Dalam hati aku, hebat betul Hanifa, sebab setiap seksyen dia sebut dgn lancar dan tepat. 

 11. Aku tak ingat apa kesudahan kes itu. Tapi lama benar Hanifa berhujah dgn polis. Tiada kejadian tak baik berlaku. Akhirnya kes selesai. 

 12. Kami pun bermotosikal balik. Atas motor kami diam sebab letih. Sebelum tidur aku tanya Hanifa, "Hebatlah enta, ingat satu-satu seksyen itu ini, akta itu ini. Macam mana enta hafal?" 

 13. Hanifa jawab, "Ana bantai je...! Polis pun bukan tahu akta dan seksyen yg ana sebut tu...! Janji, sebut seksyen dan akta..." 

 14. Kami pun lelap selepas sama-sama gelak kuat malam tu. Itulah Hanifa Maidin yg aku kenal. Seorang yg berani dan cekal.
Comments
1 Comments

1 comment :

Smart Pomen said...

Hahahahha. Yg no 13 tu lawak.. . Senak perut Aku gelak.. Ape pun Memang hati Dia kering... Gilak la ding dong... Best la cite ni. Dan pada Yg terkencing tu. Kalau betul la hantu .. Padan muke Korang.. Kalau tak betul.. Nasib Ko orang tak baik la. Hahahahha gelak lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...