JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, April 24, 2018

Di sebalik geseran Rafizi dan Azmin

 Oleh Mohd Firdaus Hamzah


 Isu pergolakan pemilihan calon Selangor sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mula tersebar luas. 

 Gimik yang dibuat Tian Chua sebenarnya hanya mahu memberi amaran kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk berhati-hati dalam melakukan pemilihan calon untuk PRU14. Tian Chua dilabel sebagai orang Datuk Seri Azmin Ali. 

 Rombongan Zuraida Kamaruddin, ketua Wanita PKR dilaporkan oleh kebanyakan media sudah membuat perjumpaan mengenai isu pemilihan calon. 

Dilaporkan presiden menggugurkan calon-calon yang dikatakan rapat dengan pilihan kem Menteri Besar Selangor, Azmin. Juga dimaklumkan perjumpaan itu gagal menyelesaikan masalah pemilihan calon. 

 Azmin mengeluarkan kenyataan beliau tidak terlibat dalam pemilihan calon dan tidak ada senarai mereka yang digugurkan seperti dakwaan media.

 Dalam gelora Selangor ini, nama Rafizi Ramli, naib presiden PKR dikaitkan dengan pembabitan dalam mempengaruhi keputusan memilih calon. 

 Beliau dikatakan terlibat dalam menasihati Wan Azizah. Diberitakan, ini merebak ke seluruh negara dengan membuka perbalahan yang belum selesai antara Rafizi dengan Azmin. 

 Rafizi dianggap musuh Azmin sejak mendakwa berlaku rasuah berbentuk seks dalam pentadbiran menteri besar itu. Azmin bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Satu laporan dikatakan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. 

 Pertembungan Rafizi dan Azmin bukan baru. Beberapa segmen dalam PKR mendakwa Azmin sedang membina kartelnya, membina sokongan di peringkat akar umbi – memastikan penyokongnya mendapat dan memenangi jawatan dalam parti. 

 Pertembungan Rafizi dan Azmin juga dikatakan berlaku sejak 2010, sewaktu pemilihan Pemuda dengan calon pilihan Azmin – Shamsul Iskandar Mohd Akin. 

Di sebalik pergeseran Rafizi dan Azmin. 

 Mereka yang mengikuti perkembangan PKR sedar pergeseran ini akan dan sedang membengkak. Namun, persoalan lebih besar ialah Wan Azizah nampaknya turut terlibat dalam persengketaan dan pergeseran ini. 

 Berita penolakan beberapa calon Azmin di Selangor mengukuhkan perbalahan, bukan sahaja antara Rafizi, malah Wan Azizah dengan Azmin. 

 Laporan Sinar Harian semalam yang Wan Azizah meninggalkan majlis pelancaran pusat operasi PKR Seberang Jaya ketika pengacara menjemput Azmin berucap, turut membayangkan ada pergeseran besar antara presiden PKR itu dengan timbalannya. 

 Persoalannya ialah berapa besar pergeseran antara Azmin dan Wan Azizah dan apa pula peranan ketua umum dalam isu ini. 

 Sebelum hari ini, ada yang mengatakan usaha menolak kronisme diungkit dalam PKR – memberi maksud kehadiran Wan Azizah sebagai isteri ketua umum, dan Nurul Izzah Anwar, anaknya sebagai kepimpinan tertinggi dalam PKR dan juga ahli Parlimen. 

 Azmin pernah dilaporkan mengkritik amalan nepotisme dan kronisme dalam PKR, merujuk Wan Azizah, secara terbuka di televisyen. 

 Gembar-gembur konflik antara Wan Azizah dan Azmin ini juga bukan perkara baru. Laporan dan berita mengenai konflik ini selalu ditutup demi kepentingan parti. 

 Namun, kini semakin jelas ada percanggahan antara mereka. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dikatakan memainkan peranan dalam perkara ini. 

Ketegasan Anwar dalam menangani konflik ini dipersoalkan dalam usaha menyelesaikan pergeseran yang dikatakan wujud antara Rafizi, Wan Azizah dengan Azmin. 

 Nama-nama seperti Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Johari Abdul juga timbul sebagai bukan orang Azmin dan dikaitkan sebagai “Anwarisme”. 

Sampai bila konflik ini akan berterusan? Adakah konflik seperti ini memberi petanda baik sekiranya mereka memerintah negara ini? Semua ini seperti bom jangka yang menunggu masa untuk meledak. 

 Mohd Firdaus Hamzah ialah pembaca FMT. ~ Freemalaysiatoday
Comments
5 Comments

5 comments :

Boley Jalan said...

Diwaktu krisis MB selangor....dimana Tian Chua dan sekutu Azmin seperti Zuraida dan latipa berada, kalau tidak bersama di pentas Pas? Ini lah punca nya.......

Anonymous said...

Mana2 pihak yg menyebabkan kemaraan gerakan rakyat terbantut akan dianggap sebagai pengkhianat rakyat dan wajib dihukum sepatutnya

Anonymous said...

Apabila dalam hubungan antara Azmin dengan Anwar/Wan Azizah berjalan lancar muncul nya Rafizi menyebabkan kartel Azmin terasa terancam.

Rafizi yang berlatarkan pendidikan yang tinggi dan jawatan yang bergaji besar bukan calang-calang orang. Rafizi belum nampak lagi sebagai se orang ahli politik.

Tidak menafikan pengorbanan kartel Azmin seperti Tian Chuah, zaman telah berubah. Sekarang bukan lagi serahkan kepala untuk di belasah hingga berdarah dan bukan lagi sumpah seranah.

Biarkan lah Jamal dengan cara tersebut.

Rafizi tidak kurang hebat nya. Rafizi banyak membawa idea baru untuk anak muda. Tian Chua dan Zubaidah tidak berapa bagus jika di ukur dengan cara yang sama. Kebolehan dan pengalaman mereka dalam perkara lain.

Dari awal usaha mengurangkan peranan Rafizi telah di lakukan apabila Rafizi mudah rapat dengan Anwar/Wan Azizah.

Rafizi untuk angkatan baru, anak muda yang lebih muda dari ahli dalam AMK.

Rafizi sanggup tinggalkan gaji lumayan. Tian Chua dan lain-lain sanggup menempuh ranjau dan rintangan.

Tetapi kartel Azmin telah beberapa kali melakukan hal yang tidak baik. Azmin pernah menghantar mesej menyindir pemimpin parti berhimpun di padang PJ. Tian Chua terang-terang di atas pentas PAS sedangkan pemimpin Pakatan telah umumkan tiada rundingan kerjasama dengan PAS.

Siapa pilihan saya ?





Rafizi Ramli.

Jangan halang Rafizi dengan mencalunkan atau meletak seseorang konon nya sebagai pelapis yang hanya di senangi oleh satu kumpulan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam ... Yang saya risaukan. . Ini semua propaganda ...

Anonymous said...

isu yang tak perlu diungkit, small matter. selesaikan dulu isu PRu14. lepas ambil alih kerajaan then bincang baik-baik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...