JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, April 20, 2018

Enam belas ahli Umno mahu ROS bubarkan Umno


 Enam belas anggota cawangan Umno hari ini memfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membenarkan Umno lanjutan masa untuk mengadakan pemilihan parti di semua peringkat.9 Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

 Mereka adalah daripada 11 cawangan di enam negeri dan menamakan ROS dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai responden.9 Mereka juga memohon perintah mandamus untuk mewajibkan ROS untuk menggunakan Seksyen 13, 14, 16 dan 66 Akta Pertubuhan untuk menyiasat Umno berdasarkan surat-menyurat yang dihantar kepada ROS. 

 Selain itu, mereka juga memohon perintah mandamus untuk memaksa ROS mengambil tindakan serta-merta ke atas Rauf kerana didakwa melanggar Perkara 9.3, 9.4, 15.3, 18.2 dan 10.16 Perlembagaan Umno kerana tidak mengadakan pemilihan parti dalam tempoh 18 bulan yang ditetapkan. 

 Di samping itu, mereka juga memohon supaya Umno dibubarkan sementara sebaik sahaja ROS menyelesaikan siasatannya berhubung dakwaan melanggar perlembagaan parti. 

 Mereka juga memohon mahkamah mewajibkan ROS untuk mengeluarkan notis di bawah Seksyen 14 (2) dan 14 (5) di bawah Akta Pertubuhan bagi notis pembubaran sementara dan pembubaran muktamad. 

 Secara tambahan, pemohon juga mahu mahkamah memaksa ROS untuk menggantung semua aktiviti Umno sehingga kes permohonan semakan kehakiman selesai. 

 Pemohon juga mahu pengisytiharan bahawa semua bahagian Umno dan Majlis Tertinggi Umno tidak mempunyai kuasa yang sah dari segi undang-undang untuk beruruasan dan terbatal atau terbubar berkuatkuasa hari ini, 20 April 2018. 

Mereka juga mahu perintah bahawa keseluruhan institusi atau pertubuhan yang dipanggil dan atau dikenali sebagai Umno adalah tidak sah dan terbabtal atau terbubar mulai hari ini juga. 

Ini berikutan hujah mereka bahawa hari terakhir untuk bahagian-bahagian mengadakan pemilihan mereka adalah pada 28 Februari dan hari terakhir untuk Majlis Tertinggi adalah semalam (19 April). 

 Kali terakhir, bahagian-bahagian Umno mengadakan pemilihan mereka adalah pada 31 Ogos 2013 dan sepatutnya pemilihan baru seharusnya diadakan pada 31 Ogos 2016 tetapi diberikan lanjutan masa 18 bulan oleh ROS. 

 16 pemohon berusia antara 30 hingga 55 tahun. Mereka adalah Salihudin Ahmad Khalid, Noor Halimi Yahya, Mariam Mohd Ishak, Mohd Hafami Hanif, Saharuddin Tukiman, Azaid Jani, Normalawati Hassan, Radiana Abd Manaf, Mohd Raafeek Rahim, Nurul Hanna Mohd Suhot, Kamarul Abd Wahid, Mohd Hikamal Md Hassim, Muzamzamir Abd Wahab, Norizam Jamaludin, Rohani Ahmad, dan Muhamad Hafizi Hashim. 

 Semua anggota Umno berkenaan diwakili oleh peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla. ~ Malaysiakini

Peguam: Najib tak boleh tanda tangan watikah calon

Pengerusi BN dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menandatangani watikah calon Umno dan BN untuk PRU ke-14, susulan pemfailan mahkamah berhubung kesahihan Umno, kata peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla.

 Mohd Haniff mewakili 15 anggota Umno yang memfailkan semakan kehakiman hari ini untuk mencabar keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membenarkan Umno menangguhkan pemilihan parti sehingga April tahun depan.

 Menurutnya, Majlis Tertinggi dan Bahagian Umno terbatal bermula hari ini, manakala Cawangan Umno terbatal sejak 1 Mac lalu. 

 "Maka Najib tidak boleh menandatangani watikal calon ekoran kedudukan Umno yang kini menjadi pertikaian," katanya kepada pemberita. 

 Salah seorang plaintif, Ketua Cawangan Umno Kampung Pandan Salihudin Ahmad Khalid berkata beliau telah menulis surat kepada ROS untuk bertanya tentang status parti itu tetapi tidak menerima apa-apa jawapan. 

 "Saya menjadi ketua cawangan sejak 2013. Hari ini saya bertanya sama ada jawatan saya sah atau tidak kerana tiadanya pemilihan peringkat cawangan yang sepatutnya diadakan pada 28 Februari tahun ini," katanya. ~ Malaysiakini
Comments
14 Comments

14 comments :

Anonymous said...

Stratigi awal UMNO untuk membubarkan PH dengan mengunakan Ros tapi nampaknya telah terbalik kod stratigi makan tuan sekarang Ros telah terlibat secara langsung dengan kebodohan UMNO sendiri dimana ku nan kenbapa tak bersuara.

Anonymous said...

UMNO mungkin haram sebab tak ikut perlembangaan....

Tapi PAS haram sebab tak ikut ajaran Islam.. tuduh orang fitnah kemudian mengaku betul lah ada dapat duit juta..

Silap haribulan, memang sah lah PAS bersendirian dalam PRU nanti ...

Anonymous said...

Geng juara RajahLawak..

Anonymous said...

Org panggil karma. Padan muka ketua pengarah RoS. Skrg kau bersilatlah pula dgn isu status kehalalan umno. Kau berniat jahat kpd orang, skrg Allah pusingkan balik kejahatan kau kpd parti yg kau sayangi tu! Selamat bertarung, tiada ketenangan bagi mu

Anonymous said...

Hahahah

Alahai si penulis...

Seronok korang UMNO nak kena haram ngan ROS..

Korang terpikir tak impikasinya..???

Aku tak sekolah..n tak cerdik..

TETAPI....

Aku terpikir...yg BN masih boleh bertanding...

Kalau UMNO haram ,najib tak boleh sign watikah..tp MCA masih ada....

Jd nya Presiden MCA lah yg akan sign....

So semua Yg bertanding perlulah dptkan watikah dia..

Katakan lah BN menang gak masa tu..

N DAP pun tercapai matlamat pilihanraya nya..

Senang senang je DAP wat Pakatan dgn MCA..

Apa jd pd Melayu masa tu?..

Ada sesiapa boleh bg Jaminan pd org org mcm aku?

Maaf lah aku tak caya pd Melayu Islam dlm PH...

Kalau awal awal lg tak boleh control DAP...

Jwab lah persoalan aku ni..

Selamat menjadi Malaysia Malaysian...

Lelaki Dicermin said...

Kalau betul makkamah haramkan umno... percaturan kes ni... begitu mudah dan senang.. memudahkan utk umno dan BN kalah dlm PRU 14 ni.. di kuartiri ada perjanjian belakang rakyat...utk meringan dan tidak menghukum najib..utk kes jenayah terbesar dlm sejarah dunia..itu yg bermain dlm fikiran aku skg ni..

Noorul Izuddin Syahmi Nordin said...

PAS dan UMNO tidak ada kekuatan setanding PH.

Anonymous said...

Kalau dah lebih 5 tahun tak buat pemilihan parti dan bergayut pada jawatan, dah sepatutnya Umno diharamkan pada 20 April 2018. Kalau mahkamah putus tiada masalah, sah parti Umno bukan ideologi nasionalisme lagi, tapi dah bertukar jadi ideologi komunisme. Najib pula masa itu boleh isytihar diri sendiri jadi Maharaja Malaysia sebab dia dan parti Umno lagi tinggi daripada Raja Melayu dan Perlembagaan Malaysia.

Anonymous said...

Mula2 nafikan tak terima duit. Lepas mengaku memang terima duit. Lepas tu mengaku duit derma.

Skrip sama macam abang long mo1.

Anonymous said...

Jangan ! Jangan beli atau simpan makanan dalam tin atau bungkusan yang dah tamat tempoh nya.

Perniagaan Minimarket sehingga lah ke Hypermarket akan pungut barang-barang yang dah nak tamat tempuh nya dua atau tiga hari sebelum tamat tempuh nya.



Anonymous said...

Ada 3.5 juta org suka pada dia...... Siapa tak suka kirim salam sajalah. Kami pun tak mau banyak2 sangat. Susah nak kontrol.

Anonymous said...

Dua hal yang jauh berbeza dan menunjukkan UMNO sudah tergadai.

DAP sanggup guna logo parti yang di kuasai oleh orang melayu yang berpresiden kan isteri Anwar Ibrahim. Watikah di beri oleh pemimpin Melayu Islam.

UMNO secara jelas di beri watikah oleh orang kapir. Apa sudah jadi ?

DAP bertolak ansur sebab masih sah. UMNO sangat terdesak dan kerana di haram kan.

Baik DAP atau PKR, kedua-dua tidak menuntut apa-apa. Ikut bacaan politik jika DAP di haramkan, PKR memang boleh tuntut apa-apa yang menjamin masa depan parti.

Jika saya jadi Presiden MCA, saya akan tuntut jawatan TPM 2.


Adakah MCA akan buat pakatan dengan DAP sekiranya BN menang ?

Baik DAP atau MCA meraka bukannya seperti pemimpin PAS walaupun mereka bukan nya pengikut Nabi saw.

Jika begitu, UMNO kena selamatkan melayu. UMNO tak perlu terima watikah dari MCA. Ini kerana DAP telah pun terima watikah dari PKR . Apa yang UMNO perlu buat ialah guna watikah yang di beri oleh PAS.

Atau daftar UMNO sebagai parti baru dengan buang keris yang tinggal satu itu, guna lambang kapal Jho Low pulak.

Se belum ini se orang pemimpin UMNO berkelahi dengan parti cina MCA ..

Anonymous said...

Kalau 3.5 juta itu fikir tentang masa depan UMNO, tak lah jadi sampai di haramkan.

Masa Najib cakap tangguh, semua angguk. Macam Najib itu dewa dan apa yang dia cakap semua kena ikut.

Punya lah lembab tak seorang pun kaji apa implikasi nya jika di tangguh lebih dari 18 bulan.

Apa perlunya Najib tangguhkan pemilihan ? Sedangkan PAS yang berciri kan Islam dan yang pemimpin nya tak sehebat UMNO pun boleh guna CAI ...

Anonymous said...

Tuan kena faham #tangkapencuri

Dimana-mana 'pencuri' ini ada. Di bandar, di Kampung, di Felda, di KWSP, di tanah kota, di tanah Tentera ....di utara, di selatan.. kena balik mengundi untuk tangkap 'pencuri' ini.

'Pencuri' itu kena berundur tapi dah kalah dalam pilihan raya, tak ada lagi nak bagi peluang atau buat perjanjian.. yang ada ke mahkamah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...