JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Sunday, April 01, 2018

Hanipa Maidin, penyelesaian terbaik bukan lah Undang2

Oleh Ipohmali

Terbaca tulisan Hanipa Maidin, katanya dia berhasrat untuk saman Dr Rozaimi dan Dr Maza.. aku sendiri bersetuju dengan, yg pandangan Dr Rozaimi dan Maza tidak tepat bila mengaitkan kenyataan MP Sepang merujuk soal Aqidah.. apa lagi tanpa mendapat penjelasan dari tuan punya badan.. 

 Tetapi penyelesaian terbaik adalah Dialog, penerangan.. bukan lah Undang2, bagi aku Dr Rozaimi dan Dr maza mungkin terkhilaf dan terlalu cepat menghukum.. perjumpaan YB Sepang dengan Dr Rozaimi dan Dr Maza adalah jalan terbaik.. 

 Dalam Politik ni.. kita tak perlu menambah musuh.. ada kala kadang2 kita tak bersetuju dengan beberapa pandangan, pendirian, dari mereka di luar sana.. tetapi mereka bukan lah musuh utama kita.... mereka bukan lah ancaman besar kepada matlamat utama kita.. menambah koleksi musuh didalam Politik, satu tindakan yg tidak bijaksana.. 

Dalam Politik ini menguruskan persepsi itu jauh lebih penting dari menyatakan Kebenaran dan Hak.. Berlaku jujur, bersikap terus terang.. sikap melawan.. itu kadang2 baik bagi ahli akademik, Ilmuan agama.. tetapi tidak bagi orang Politik.. mengurus emosi dan persepsi itu juga kadang2 ia lebih penting.. 

 Aku yakin YB Hanipa seorang yg jujur.. berterus terang dan Ikhlas dalam Perjuangan.. tak tahu lah kalau memang sifat peguam begitu.. kadang2 aku tengok sikap YB Hanipa ni dah macam Zaid Ibrahim.. terlalu jujur dan berterus terang bila bercakap.. dalam Politik bagi aku, ini satu Kelemahan.. 

 Terbaru Respon YB Sepang kepada Ketua penerangan UMNO.. dan juga tentang Syiah.. bagi aku kenyataan Yb Hnaipa kurang berhati hati.. pada prinsipnya aku bersetuju dgn pandangan YB Hanipa, tetapi dari sudut Politiknya bagi aku tidak.. bukan semua perkara kita kena respon..dan kita kena jawab.. 

Sebagaimana Pepatah Arab..

ترك الجواب علي الجاهل جواب.. 
Diam Tidak menjawab kepada Orang Jahil (Bodoh) adalah jawapan.. 

 رُبَّ سُكُوْتٍ أَبْلَغُ مِنْ كَلَامٍ.. 
Boleh Jadi Diam itu lebih jelas dari kalam (kata).. 
 :)
Comments
4 Comments

4 comments :

W@U said...

Setuju

W@U said...

Setuju

Anonymous said...


Hanipa menjawab persoalan yang di tuju kepadanya secara spontan dalam masa yang sangat terhad.

Maza dan Rozaimi juga menjawab secara spontan. Mereka boleh memberi pandangan yang lebih baik sekiranya mereka mendapat penjelasan lebih dahulu dari Hanipa.

Bagaimanapun Hanipa sepatutnya berusaha memberi penjelasan kepada mereka berdua sebelum menyatakan dia akan mengambil tindakan undang-undang.

Jangan lah masing-masing memandang rendah antara satu sama lain.

Masih boleh di perbetulkan kekusutan ini. Insya Allah.

Anonymous said...

Yb Hanipa Maidin...
Mungkin ini lah waktu yg sesuai utk berwacana dgn Dr Maza & Dr Rozaimi. Jadikan platform trsebut utk mmbicarakn hal2 lain berkaitan msalah2 rakyat, fatwa2 songsang, hadis2 palsu yg jdi pegangan marhaen & pelbagi isu lain yg d fkirkn relevan dlm keadaan kegawatan fikrah rakyat mysia akibat mainan adu domba media.
Mungkin Dr Mazlie boleh mnjadi moderatornya dlm wacana trsebut. Disamping merungkai kemelut "kalau aku tuhan" boleh lah juga dibicarakan nti topik "kalau aku jadi PM" yg pasti mengamit marhaen dri pelbgai anutan parti utk dtg mendengar & berintersksi dgn YB scra live.
Pastinya YB jdi suri teladan saf kepimpinan AMANAH khususnys PH am nya bhwa YB seorg yg brjiwa besar & bukan pengecut spt lebai2 Perasan Aku Suci tu!!
Usah banyakan lawan aka musuh tpi perbanyakanlah kawan..
Kipidap YB Hanipa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...