JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Saturday, April 28, 2018

HELMAN BIN SANUDDIN, TUNGGU SAMAN SAYA RM500 RIBU! KATA MAHFUZ

1. Pada 21/04/2018 saya dihujani mesej melalui applikasi whatsapp dan panggilan telefon dari ramai kenalan berkaitan satu tulisan daripada seseorang yang menggunakan nama “ Herman Samsudeen”. Tulisan oleh “Herman Samsudeen” mendakwa dan menuduh saya menerima tajaan daripada pimpinan Umno sebanyak RM60k dalam kempen pilihanraya 2008 dan 2013 . 

 2. Lebih dari itu “Herman Samsudeen” juga menulis . mendakwa perkahwinan anak perempuan saya pada 2016 juga ditaja oleh pemimpinan Umno sebanyak RM40 ribu. 

 Saya tahu dan kenal siapa “Herman Samsudeen” ini.Dia bekerja di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jabatan Perdana Menteri) Tingkat 10, Bangunan Wisma KWSG, Di dalam Pas beliau adalah Ketua Psywar PAS Wilayah Persekutuan.Pernah memimpin Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan. 

 Semua tulisan fitnah beliau dimuatnaik di applikasi facebook milik beliau yang menggunakan nama “Herman Samsudeen”. 

 3. Saya menafikan semua dakwaan di dalam tulisan “Herman Samsudeen” tersebut dan telah mendapatkan nasihat dari peguam saya untuk tindakan undang-undang. Ini merupakan fitnah yang sengaja dilemparkan kepada saya bagi menjatuhkan kredibiliti, mencacatkan dan mencemarkan nama baik serta reputasi saya ketika pilihanraya umum ke-14 semakin hampir. 

 4. Saudara “Herman Samsudeen” tidak perlu berselindung di sebalik nama samaran dan “tanda soal”. Saya sudah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya. Tindakan undang-undang akan diambil seberapa segera tanpa perlu menunggu selepas pilihanraya. 

 5. Saudara Helman Bin Sanuddin, tunggu saman saya RM500 ribu dan bersedia di mahkamah nanti. Jangan hanya kerana seronok menabur cerita, kelak menyusahkan diri terpaksa bergolok bergadai mencari RM500 ribu. 

#TolakBn 
#UndiPh 
#KitaBinaSemulaMalaysia 

DATO' HJ MAHFUZ OMAR 
Naib Presiden Amanah 
2pm Taman Al-Walid Alor Setar 
27 Apr 2018/11 Syaaban 1439H
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Saman je sampai bankrap puak -puak ni ..

Anonymous said...

Ini kalau betul apa lah yang di kata dengan menuduh Mahfuz itu ada lah benar, kenapa tunggu Mahfuz keluar dari PAS ?

Semasa dalam PAS, Mahfuz begitu lantang kritik kepimpinan PAS sehingga dia disuruh tinggalkan PAS.

Ketika itu cerita fitnah ini sepatut nya di sebarkan ..

Anonymous said...

Dari pijak gambar dan doa laknat... akhir nya sampai juga PAS buat kerja fitnah.

Pijak gambar dan doa laknat nampaknya tak menjadi seperti yang di harap kan ....

Smart Pomen said...

Heran plak aku la. Dia org ni tak de plak alasan nk kumpul pahala la, nK tunggu lepas pru la. Tunggu kucing nak beranak la. Nak Saman, go on. Terus buat. Pasal apa. Tau tak Salah. Ni kalau banyak sgt alasan tu, pandai2 la pikir sendiri ye... Cakap Lebih Lebih kang, kena cas dgn Akta baru plak Nanti kang... Jadi tuhan bagi otak. Pikir la ye ahli parti suci .

Anonymous said...

Kikiki ini contoh paling tepat: bila diserang dgn berita palsu, terus saman. Jgn hanya pandai nafi kat FB, mcm amalan lebai2 pas. Syabas Mahfuz.

Anonymous said...



Awal2 lg, MB Neg.9 dah dpt menang percuma..

Klu India tu calon PH yg mewakil PKR..ada kemungkinan besar itu adalah org2 "kartel"?

Ingat, klu wktu Pru13 dulu geng lobai Musang brjanggut buat helah pilKUDA dan 3penjuru?

Kali ini pd Pru14..geng kepala "kartel" dari selangor akan mula masuk jarumnya, AWAS!?

Anonymous said...



Awal2 lg, MB Neg.9 dah dpt menang percuma..

Klu India tu calon PH yg mewakil PKR..ada kemungkinan besar itu adalah org2 "kartel"?

Ingat, klu wktu Pru13 dulu geng lobai Musang brjanggut buat helah pilKUDA dan 3penjuru?

Kali ini pd Pru14..geng kepala "kartel" dari selangor akan mula masuk jarumnya, AWAS!?

Semenjak jd geng "kartel" akhirnya ssuatu yg tlh mnjd keraguan pon muncul dari Tian Chua??
Dlm 2 kes ini kenapa PKR tidak bersedia dgn kemungkinan2 calon2 pengganti???
Semua sedia maklum sape pengarah pilih calon ddlm PKR????
Ingat ketua "kartel", ingatlah cef pilkuda!

AWAS!! apa lg jarum2 halus "kartel" slps ini..awal2 lg dah 2-0

Mungkin ada lg yg dgn sengaja akan menarik diri slps ini?

Anonymous said...

Klu mahfuz nak saman jgn takat puluh ribu. Saman kurang2 1 juta. Baru cirit pemfitnah tu. Beratus2 tin milo pun tak dpt bantu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...