JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Sunday, April 29, 2018

Husam ‘anak butir’ Nik Aziz, kata Nik Omar



KOTA BHARU: Nik Omar menganggap Husam Musa “anak butir” atau anak didik bapanya, bekas menteri besar Kelantan dan mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

 Beliau berkata, didikan itu boleh dilihat daripada pendekatan Husam yang hampir sama dengan pendekatan ayahnya.

 “Tok Guru pernah sebut secara terbuka bahawa Husam dicipta Allah bukan hanya untuk Kelantan, tetapi juga untuk Malaysia…betapa kehadiran Husam ini banyak memberi kebaikan dari sudut kewangan, ekonomi,” katanya. 

 “Saya memang tak terlibat dengan politik tetapi mengikuti perkembangan. Jadi saya perhati pendekatan yang dibawa Husam memang sama. ‘Anak butir’ kita panggil dengan apa yang dibawa oleh Tok Guru.” 

 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pembentangan tawaran Pakatan Harapan Kelantan bagi pilihan raya umum ke-14 di Kota Bharu malam tadi. 

 Nik Omar percaya negara pasti boleh ditadbir dan diurus dengan lebih baik berbanding sekarang melalui strategi Pakatan Harapan. 

 “Saya hormat semua, hatta Umno pun saya hormat. Jadi mana-mana pengundi nak undi lagi Umno terserahlah…dah dia rasa itu terbaik. 

 “Pada saya, secara peribadi, dalam suasana sekarang ini ada 3 pilihan dan PH yang terbaik,” katanya. 

 Nik Omar turut memuji keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menerima Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurutnya, beliau mendengar penjelasan daripada isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berhubung situasi politik tanah air sekarang. 

 “Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang paling layak nak marah, nak dendam kepada Dr Mahathir, tetapi berjiwa besar,” katanya. 

 Nik Omar semalam mencuri tumpuan rakyat Kelantan kerana secara tiba-tiba muncul sebagai calon Pakatan Harapan. 

 Sebaik sahaja Nik Omar mengesahkan bertanding di DUN Chempaka, kerusi yang pernah disandang bapanya, atas tiket PKR, PAS mengumumkan keahliannya dipecat serta-merta.~ Freemalaysiatoday
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...


Sekali pun Husam itu "anak butir" Tok Guru Nik Aziz, mudah-mudahan Nik Omar dapat mengganti ayahanda nya kerana macamana pun Nik Omar ada lah darah daging yang masih belum tercemar.

Nik Omar bukan sahaja menghadapi Ibu nya yang keberatan memberi restu, tetapi adik nya ia itu Nik Abduh. Tentu ada usaha lain memujuk Nik Omar dengan cara mana mereka berjaya memujuk Nik Abduh.

Kekecewaan Tuan Ibrahim sudah cukup mengambarkan perasaan PAS sehingga mengingatkan Nik Omar perkara yang di ketahui oleh semua orang iaitu restu Ibu.

Kalau boleh DUN Cempaka di simpan untuk anak Nik Omar atau anak buah nya yang lain yang mengikut jejak Tok Guru Nik Aziz.

Antara Nik Omar dan Nik Abduh, orang PAS sendiri tahu siapa yang lebih baik dan hampir pada Tok Guru Nik Aziz.


Anonymous said...

Aduh.... bukan telinga ambo jo merah, hidung ambo pun merah. Pipi ambo abeh duo-duo merah...

Mana boleh cakap macam itu.. dengar nama Husam pun tak tahan ... punya geram, sampai dapat mimpi jumpa Nik Aziz. Sebelah kaki nya tempang dan kemudian di tolak orang.

Rasanya mimpi tu ada betul nya tapi tak ada kena mengena dengan Nik Omar. Sayang nya Nik Aziz pada anak tak sama sayang nya dengan perjuangan PAS.

Oleh itu mimpi itu sebenarnya menandakan parti PAS yang akan tersungkur dan kebetulan datang pada Lobai selepas Nik Omar masuk AMANAH.

Ingat lah air yang di cincang tak akan putus. Azwan lanyak Azmin lagi teruk tapi Azmin tak benci kan Azwan.
Ini kan pulak Nik Omar.

Mungkin Nik Omar tak setanding Nik Aziz tapi insyaallah Nik Omar dapat ganti tempat ayah nya pun dah cukup.

Ya Allah Kau berkati lah Saudara ku Nik Omar dengan di berikan hidayah dan kemenangan kepada nya. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...