JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Sunday, April 22, 2018

Husam : Pengarah JPNK Digesa Mohon Maaf Secara Terbuka

Salinan Media : Yang Amat Berusaha, 

Tuan Pengarah, 
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan,
Kota Darul Naim, 
Kota Bharu.

 Kenyataan Media 16 April 2018 Yang Bercanggah Fakta Dengan Jawapan Soalan DUN Kelantan 26/27 Mac 2018 

 Saya merujuk kepada kenyataan media Tuan bertarikh 16 April 2018, seperti dilampirkan.

 A. Tiada Kelulusan Pembalakan Baru Sejak 2013 

 Perenggan akhir kenyataan Tuan berbunyi : 

 “Selain itu, saya juga menegaskan bahawa Kerajaan Negeri masih mengekalkan rekod tidak pernah memberi kelulusan baru kawasan pembalakan terutamanya penubuhan ladang hutan dalam Hutan Simpanan Kekal sejak tahun 2013 lagi.” 

 B. Kenyataan Ini Bercanggah Dengan Jawapan Sidang DUN Kelantan 

 Saya menarik perhatian Tuan kepada jawapan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 26 dan 27 Mac 2018 baru lalu terhadap soalan bertulis saya bilangan 1 dan 2 yang masing-masing berbunyi : 

 1. “Terdapat 12 lesen pembalakan dan perladangan di dalam Hutan Simpan Gunung Basor sejak tahun 2014.”

 2. “Status perlesenan di Hutan Simpan Berangkat sejak tahun 2015 hingga 2018 melibatkan kelulusan sebanyak 14 syarikat yang terdiri daripada kelulusan projek perladangan dan pembalakan dengan keluasan seluas 1,533 hektar.” 

 C. Kelulusan Perlombongan Baru 

 Saya juga menarik perhatian Tuan kepada jawapan bertulis soalan saya bilangan 4, Persidangan Dewan yang sama yang berbunyi : 

 “Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan telah diluluskan Lesen Mencarigali bagi satu kawasan seluas 200 hektar bertempat di Ulu Nenggiri, Daerah Bertam, Jajahan Gua Musang bagi tempoh setahun bermula 1 November 2017 sehingga 31 Oktober 2018.” 

 Sefaham saya, bila perlombongan akan dimulakan, kayu balak akan ditebang. 

Sebelum kelulusan perlombongan diberikan, pandangan dan persetujuan Jabatan Hutan diperlukan terlebih dahulu. 

 D. Kenyataan Media Tuan Satu Pembohongan 

 Berpandukan jawapan-jawapan Persidangan Dewan yang saya nyatakan, membuktikan secara jelas tanpa ragu bahawa Tuan telah membuat satu pernyataan yang salah, mengelirukan dan tidak berdasarkan fakta yang sebenar. 

 Bagi membantu Tuan menyedari kenyataan Tuan bercanggah dengan jawapan rasmi Dewan Undangan Negeri Kelantan, bersama surat ini saya lampirkan salinan jawapan rasmi itu. 

 Tuan juga boleh mendapatkan sesalinan jawapan berkenaan dari Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kelantan. 

 E. Bagaimana Saya Boleh Mempercayai Kenyataan Tuan Yang Lain? 

 Jika kenyataan Tuan dalam isu yang faktanya terbuka, Tuan tidak bercakap benar, apa jaminan kandungan kenyataan Tuan yang lain adalah benar? 

 D. Tuan Perlu Memohon Maaf Secara Terbuka 

 Sehubungan itu, saya menuntut Tuan memohon maaf secara terbuka kepada saya dan Rakyat Negeri Kelantan kerana memberikan jawapan yang salah dan mengelirukan itu. 

Sekian. Terima kasih. 

 Husam Musa 22 April 2018 

 Sk: 

 i) YAB MB Kelantan
(Kenyataan Media S/usaha Politik YAB bertarikh 18 April 2018 adalah dirujuk. Ia juga berlawanan dengan fakta sebenar dan jawapan DUN sendiri)

ii) Peguam Tetuan Shaharudin Hidayu & Marwaliz 

iii) Media2 ~ sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

pok amid littor said...

Suddahhh! Anda dah ditelanjangi oleh Husam. Akibat cuai atau ikut telunjuk lebai ke?
Saya tanya je!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...