JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Monday, April 02, 2018

Inikah versi Islam yang anda sedang promosikan ?

Oleh Hanipa Maidin

1. Pernahkah mereka yang kononnya sayang Islam (macam orang lain tak sayang juga) terfikir mengapakah dalam jenayah hudud ,aspek pembuktian (turuq al-ithbat) secara relatifnya agak ketat dibandingkan jenayah ta'azir ? 

 2. Misalnya , dalam jenayah hudud , kita dengar kena ada empat orang saksi lelaki yang betul-betul melihat perbuatan zina . 

Jika misalnya OKT sudah mengaku bersalah sekalipun , OKT masih boleh tarik balik pengakuan (withdraw the confession) hatta ketika hukuman sedang dijalankan (at the time of execution) seperti dalan kes Maiz yang mengaku berzina. Dan jika itu berlaku gugurlah hukuman hudud. 

 Begitu juga ada ulama yang berkata pengakuan bersalah dalam kes zina mesti dilakukan 4 kali dalam 4 majlis / perbicaraan yang berbeza. 

 2A. Dalam kes Maiz, Rasulullah s.a.w. boleh dilihat berusaha mencari jalan agar Maiz terlepas dari hukuman dengan cuba wujudkan keraguan melalui soalan-soalan yang Baginda a.s ajukan dengan tujuan cuba " exonorate" (lepaskan) Maiz dari hukum hudud. Tapi sekarang nampaknya agak berbeza. Agamawan, maaf, saya lihat, lebih mudah cari jalan macam mana nak sabitkan dan hukum. 

3. Contoh lain, jika wujud meskipun sedikit keraguan (misalnya 0.0001 peratus) hudud akan digugurkan . Ia berdasarkan kaedah " idraul hududa bi al-syubuhat" (doubt invalidates hudud). 

 4. Justeru jawapan kepada persoalan di atas adalah kerana hukuman hudud itu amat keras (syaded) maka hukuman yang berat itu diringi dengan sistem pembuktian yang juga relatifnya amat berat (stringent).Therein lies the justice of hudud. 

 5. Sebab itu ,maaf saya agak pelik bila ada agamawan yang amat mudah bagi "fatwa" menyatakan ucapan saya bercanggah dengan agama , boleh rosak aqidah dan saya kena bertaubat . Saya tak mahu komen hak mereka nak bagi pandangan atau " fatwa". Maaf , yang saya musykil berkenaan proses jatuh hukum atau pengeluaran "fatwa" itu (the decision making process). Ramai mungkin tak sedar "the decision making process" adalah juga penting sepenting hukuman dan " fatwa" itu sendiri. 

 6. Bila saya tak pernah dihubungi sebelum dijatuhi hukum jauh sekali diberi peluang membela diri, ucapan saya yang lengkap dalam Hansard pun tak dibaca dan dihadam terlebih dahulu sebelum jatuh hukum, tak penting untuk melihat pun siapa yang mulakan dulu serangan atau provokasi ke atas saya, tak timbang pun dulu konteks sebenar ucapan saya dan not giving me (sebagai pihak yang di tuduh) at all any benefit of doubt, bagaimanakah, saya tertanya, kita nak pertahan "the decision making process" dalam kes saya itu adalah adil, fair dan munasabah? Am I demanding too much from agamawan? 

 7. Dalan keadaan "fatwa" para agamawan itu hinggap di merata facebook dan diguna as " gospel truth" untuk mengecam dan maki hamun saya atau keluarga as if saya dah dikira bersalah. Full stop. No more mercy. Masih ok lagi . Bila anak saya yang di sekolah pun dimangsakan atas doktrin "guilty by association", maaf ,saya bertambah musykil. 

 Saya bertanya diri sendiri "maaf, adakah ini Islam yang para agamawan sedang promosikan pada orang ramai ?" 

 8. Saya penuh sedar ada pihak yang mungkin akan exploitasi semaksimum yang mungkin kenyataan Penasihat Umun Amanah untuk hentam saya. "Ma fi musykilah" (no problem). Meskipun saya ada "some reservations" dengan kenyataan Penasihat umum Amanah itu sendiri dan jujurnya juga musykil kerana beliau seakan-akan tidak lihat konteks sebenar ucapan saya itu khususnya ayat saya selepas perkataan "kalau saya...." namun, secara umumnya, kenyataan beliau saya lihat lebih fair dan munasabah. Itu sahaja, after all, yang saya minta..fairness and reasonableness dalam menjatuhkan hukum! 

 Jujurnya, beliau ada usaha menghubungi saya sebelum kenyataan itu dikeluarkan meskipun kami tak berkesempatan untuk berbicara. Apapun, saya insyaAllah tidak ada masalah untuk akur dengan saranan beliau jika itu mampu meredakan keresahan pihak pihak tertentu. 

 9. Akhirnya, terima kasih kepada pujangga besar Islam, 'allama Muhammad Iqbal yang berkata " lf one cannot live the life of the brave, it is better to die like a brave!" 

 Allahu al-musta'an. 

 Yb Sepang. 2-04-2018.
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Cara lebai dan walaun buat keputusan adalah mengikut dendam kesumat dlm hati. Org yg didendam akan cepat dijatuhkan hukuman bersalah. Sdgkan org yg bersalah tetapi tidak dikondem oleh tuang presideng akan bebas drp hukuman. Mmg kita amat sangsi jk hudud dilaksanakan sama ada mrk BENAR2 mampu berlaku adil

Unknown said...

Tuan Haji Hanipa Maidin yg saya hormati,

Menurut hemat saya adalah lebih baik isu ini dimatikan segera. isu ini counter-productive. Dalam suasana pilihanraya yg semakin dekat, isu yg terlalu banyak unsur "saya" ini lebih afdal diketepikan. Dlm tulisan ini sahaja tak kurang "29" kali tuan Haji menggunakan kata "saya".

Saya faham dgn mengerti pendapat Tuan Haji. Namun kita juga perlu faham dikala kilang propaganda pemerintah semakin menggila mencipta fitnah & adu domba, isu remeh seperti ini mmg mudah dimanipulasi & diperbesar2kan lagi. Dan barang diingat tak semua pengundi itu rasional pikirannya. Masih ramai org bodoh sebenarnya yg mudah terpancing emosi dgn isu bodoh sebegini.

Memandangkan Penasihat AMANAH Tuan Haki Ahmad Awang sendiri turut menegur saudara secara terbuka, molek isu ini ditutup with a simple apology.

Percayalah tidak ada hina nya memohon maaf, walaupun isunya sgt remeh.

Didepan kita menanti a bigger battle. Sebagai salah seorang pemimpin dlm Pakatan Harapan, jika diumpamakan tuan Haji Hanipa dgn seorang Major tentera, jgn biarkan isu remeh yg sarat dengan "saya" ini mengganggu fokus anakbuah kita, apalah sampai mengganggu strategi General2 kita.

Nasihat saya tutup sahaja isu ini & fokus ke masalah rakyat & negara ygjauh lebih besar.Tak ada gunanya bertekak bermati2an mempertahankan pendirian hanya kerana terpancing oleh isu remeh temeh yg sarar dgn "saya" ini. Tkasih

Anonymous said...

Mcm mcm hanipa kuar hujah, cuma satu je yg tak de,

Iaitu, sy minta maaf..atas keterlajuran sy ketika berbalah..

Pelik aku, bila kena btg idung sendiri...mcm mcm kuar, tp bila dia buat kat org sume hujah yg hanipa pakai gugur

Mcm mana dia menghukum seseorg berdasrkan presepsi..

Pelik aku , kenapa tak pakai amalan dan hujah yg sama dlm menyatakan Nik Abduh terima duit umno?

Kalau hanipa cakap yg org tak kaji kenapa kenapa dia cakap mcm tu..

So ada ke dia kaji kalau betui nik abduh cakap,...kenapa nik anduh cakap mcm dlm rakaman tu?

Minta maaf le cakap...kan double standard tu..

N lg satu... TGHH sendiri tak komen apa apa pasai Hanipa..

Yg byk komen n suruh Hanipa bertaubat n jatuhkan hukum, adalah rakan rakan sekapal n penasihat umum hanipa sendiri

So al husyyen....jgn nak bina fitnah...seolah olah PAS yg byk komen Hanipa

Ambil iktibar sikt geng PH..
Bagaimana buruknya prsepsi

hanky panky said...

kalaulah hal sebegini jelas ternampak ketidak adilan para agamawan (tergese'2) dlm menjatuhkan hukum mslh mungkin akan bertambah parah bilamane hudud dilaksanekan . bukankah sebelum berhukum kite hendaklah terlebih dulu perlapangkan dade, kaji n pandang sesuatu itu/kesalahan dari setiap sudut n yg utame tambahkan sebabyak mungkin ilmu barulah berhukum!. wallahualam .

Anonymous said...

Ayat ‘sekiranya saya tuhan’ adalah ayat yg kedua...

Ayat pertama yg mahzuf pd kalam tp difahami dgn zihn, yg taqdirnya “saya bukan tuhan. Sekiranya saya tuhan......”


Cth:-

Adakah anda mpyi wang?

Sekiranya saya mpyi wang.....


###########

Baling menggunakan istifham inkari...

Ayat seterusnya Baling mengukuhkan lg makna soalan beliau....

Sepang menjawab dgn bhs yg ‘sekiranya’ sebagai penafian... dan diulang lg sebagai pengukuhan...

Ayat seterusnya menempelak kembali ayat istifham inkari yg dilontarkan Baling dgn tujuan menempelak Sepang....

######

Ayat slps ‘sekiranya saya tuhan’

tidak memberi apa2 nilai

Krn apa2 ayat yg dtg slps itu disandar pd saya (makhluk)...

Anonymous said...

Aku setuju benar statement ni..& sokong pendapat unknown..
YB Hanipa, usah termakan umpan murahan.. segeralah luahkan mata kail yg masih d mulut tu sebelum tertelan kelak saudara terkial2 aka sibuk utk mengeluarkanya walhal di luar sana YB lah benteng yg akn mempertahankan agama, marhaen & negara.

Kemon YB kemon.. berlapang dada & berdinhin kepalalah dlm menangani kemelut tersebut..!!
Cuma ucapkanlah.. maaf di atas segala keterlanjuran ki.. semuga Allah mengampunkan dosa ku serta dosa kalian.. STOP

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...