JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Wednesday, April 25, 2018

JANGANLAH NAIF SANGAT USTAZ...!

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 

 1. Hanya Pas yg bawa Islam. Demikian kata seorang ustaz Pas.

 2. Janganlah begitu ustaz. Jika ustaz kagumi Pas sekalipun, usahlah nafikan sumbangan orang lain utk Islam. 

 3. Islam sudah ada di Malaysia semenjak Pas belum wujud. Bahkan jika Pas tak wujud pun, Islam tetap ada pembawanya.

 4. Tuhan sudah berjanji, Dialah pemelihara Islam; bukannya Pas atau mana-mana kumpulan. 

 5. Bahkan jika diserah kpd Pas saja utk membawa Islam, agama ini tak akan berkembang seperti kini. 

 6. Pembawa Islam adalah umat Islam secara keseluruhan, tanpa mengira bangsa, status atau parti.

 7. Al-Quran menyebut, kamulah sebaik-baik umat yg dilahirkan utk manusia supaya kamu menyuruh yg makruf, mencegah yg mungkar dan kamu beriman kpd Allah. 

 8. Tuhan sebut, pembawa Islam adalah orang beriman, bukan orang Pas. Di luar Pas ada puluhan juta rakyat Malaysia yg beriman. 

 9. Takkanlah ustaz nak nafikan kerja bawa Islam yg dibuat oleh orang beriman di luar Pas. 

 10. Jika ahli Pas yg beriman sebanyak 500,000 orang, dan setiap ahli Pas berjaya Islamkan 2 orang, jumlah orang Islam di Malaysia baru 1.5 juta orang. 

11. Adakah setiap ahli Pas sudah Islamkan 2 orang? Jika tidak, jumlah puluhan juta orang Islam di Malaysia diislamkan oleh siapa? 

 12. Saya katakan, pemikiran ustaz sangat naif apabila ustaz katakan, hanya Pas yg bawa Islam. Profesor universiti, pendakwah tak berparti tentu terkilan dgn kenyataan ustaz itu. 

 13. Cukup-cukuplah ustaz perasan parti ustaz lebih Islam drpd orang lain. 

 14. Ustaz perlu keluar dari kepompong perasan suci itu dan hirup udara segar di luar parti ustaz yg lebih nyaman dan mencerahkan otak.
Comments
7 Comments

7 comments :

Smart Pomen said...

Dan Yg ke 14. Islam hormat wanita, tak kira sapa pun. Baik isteri, ibu, anak. Dia tak Suruh org jadikan isteri sebagai taruhan...

Anonymous said...

Salam ...Suruh ustaz tu kata.. .Hanya pas yang paham islam ....semua ulama dunia rujuk dengan pas ..

Nur Cahyo said...

We need this kind of blog. Bagi sedar sikit orang Pas.mereka lebih sukar untuk ubah pendirian tentang pas kerana mereka rasa mereka yang paling betul, parti mereka yg paling suci.

Anonymous said...

Berlumba lah Kamu dalam kebaikan.

Tak kan berlumba dalam PAS sahaja. Dengan cara PAS. Prinsip PAS. Ikut pendekatan PAS. Fahaman.. Fahaman PAS..

Kalau macam tu.. nak berlumba macamana ?

Anonymous said...

masih ramai walaun yg belaja agama tak la hebat sgt tapi klau bab agama depa la jaguh... nasib la labu

Anonymous said...

Salam Tuan,

Bapa dan emak saya ahli Pas. Celik mata dulu lambang bulan inilah yang saya kenal. Sejak kecil ayah saya sering membawa kami ke ceramah pas di merata tempat. Saya juga bila dewasa sokong pas. Saya rasa sampai bila-bila pun saya akan menyokong parti ini. Tapi saya salah. Benarlah Allah sahaja yang Maha Kekal. Bunga-bunga telah ada untuk mencantas beberapa tokoh dan muktamar yg terdahulu jelas pas dah berubah. Hancur hati saya melihat ini berlaku pada parti yang saya sayang. Saya selalu berdoa supaya Allah tunjukkan yang benar sebagai benar dan yang salah sebagai salah. Bila tokoh-tokoh terbuang ini bangkit pada satu ceramah bersejarah di Bakri, Johor saya tekad ikut sama sokong Amanah. Seorang kawan penyokong kipas susah mati pas tuduh saya penyokong Abg Mat Sabu bila sudah tak menyokong TGHH. Tapi dia salah. Siapa pun yang menentang TGHH saya akan sokong kerana tindak-tanduknya sudah berlainan benar. Lain benar cara dan gaya dia berbanding arwah TGNA kesayangan kita. Al-Fatihah utk beliau.

Tuan, saya ingin melihat pekembar dan pemimpin sekarang jatuh. Haluan saya tidak beralih. Umpama, bila solat kiblat saya menghadap Kaabah di Mekah. Jika Kaabah itu pindah ke lautan Atlantik, saya akan tetap menghadap ke Mekah! Allahuakbar! Semoga Allah sentiasa kuatkan iman kita dan membantu kita menentang kezaliman.

Andai PH melakukan perkara yang sama bila menjadi kerajaan saya juga akan menentang mereka. Kiblat saya tidak berubah!

Anonymous said...

tk usah la taksub dengan PAS ni, kita berpandukan al quran dan sunnah shj in sya allah akan berjaya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...