JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Sunday, April 01, 2018

KALAU AKU TUHAN?

Oleh : Ustzh Maznah Daud 

 Ungkapan itu telah mencetuskan pelbagai tangkapan, ulasan, kutukan, gesaan dan sebagainya dari berbagai-bagai pihak.

 Adakah mereka telah mendengar atau menonton video sepenuhnya sebelum melontarkan pandangan? 

 Untuk berlaku adil, dan keadilan itu lebih dekat kepada taqwa, perhatikan petikan pertikaian lidah antara YB Baling dan YB Sepang (linknya di sini: ). Jangan komen berdasarkan laporan media sahaja atau berdasarkan komen orang lain. Dengar sendiri. 

 YB Sepang berkata: “Saya bukan tuhan, sebab itu saya tidak jadikan kamu. Kalau saya tuhan, daripada awal lagi saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja. Tapi sebab saya bukan tuhan, tuhan jadikan kamu supaya orang nampak siapa yang patut kita lawan” bagi menjawab tuduhan YB Baling kepadanya: “Kamu ni tuhan ke yang kamu tahu akan kalah atau menang?” 

 Ayat yang diperbesarkan adalah: “Kalau saya tuhan, daripada awal saya tak jadikan kamu”. 9 Kalau dalam Bahasa Arabnya adalah “lau”. “Lau” adalah haraf syarat yang tidak jazim, digunakan untuk perkara yang tidak mungkin. Iaitu tidak mungkin berlaku jawab kerana syarat tidak mungkin. (https://www.almaany.com/ar/dict/ar-ar/لَوْ/

 Contohnya, Allah Taala berfirman maksudnya: “Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya.” (Al-Anbiyaa' 21:22)

Ada ketikanya perkataan “lau” dilarang sebut, iaitu dengan tujuan untuk menolak takdir atau mengharap sesuatu yang telah berlaku itu tidak berlaku seperti yang dinyatakan di dalam hadis yang bermaksud: 

“… sekiranya kamu ditimpa musibah, jangalah kamu berkata: “kalau aku buat begini nescaya hasilnya begini dan begini. Tetapi katakanlah: “taqdir Allah, apa yang Dia Kehendaki, Dia laksanakan! Kerana “kalau” membuka amalan syaitan.” (Sebahagian daripada hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a.) 

 Jika diperhatikan dengan teliti, saya berpendapat “kalau” yang disebut oleh YB Sepang tidak termasuk dalam kategori yang dilarang itu. Di mana tidak nampak bahawa dia berharap untuk jadi tuhan. Sebaliknya ia termasuk dalam kategori pertama, iaitu untuk menunjukkan perkara yang tidak mungkin berlaku, iaitu tidak mungkin dia menjadi tuhan. 

 Menjadi hak kita untuk berbeza pendapat, tetapi kita harus objektif dalam menilai pendapat orang lain. Kalau orang itu berada di pihak kita, cepat saja kita bersetuju dengannya. Kalau orang itu bukan berada di pihak kita, cepat saja kita menyatakan tidak bersetuju dengannya tanpa menilai hujjah serta alasannya. 

 Allahu A’lam.
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Geng Ustaz Pas yang berani sangat letak hukum jatuh aqidah aka takfiri tu, berani cakap beranilah masuk court. Jangan lari pula.

Anonymous said...


Dan ketika bersendirian samada ketika menunggu atau mengenang nasib... kita pun berfikir “Kalau aku lah Tuhan.... " memang di larang sama sekali...

Allah Maha Mendengar... eh eh kamu tahu tak kamu sedang bercakap dengan Aku ketika ini..

Wallahuaklam

Anonymous said...

Masaaloh tak habis lagi.. ente ente akal macam unte ya unteleh mari sini telingga Anna kasi poton kalaulah jikalah , jikalaulah, seandainyalah sekiranyalah, semisalnyalah ini adalah istilah sinonime dan bermaksud sesuatu yg tidak bisa diterjah atau digapai... Ya azeez ante seorang yg fasik ya pendikar Seton aminulrasud ante bagai serigala dan anjing anjing yg Tampa pedoman.. Jika Anna si algojo sipemancong awwaas kalian aduhai nyawa terlepas badan sebagai manusia biasa ante ante tidak lari dari kenaifan lontaran soalan yg naif dgn lontaran jawabnya yg naif umpama seloka yg tak mendabakan apa apa maksud... Setan

Anonymous said...

Hanifah pun tak pernah anggap dirinya Tuhan. Dia cuma bagi jawapan sepontan dari soalan bodoh si Azeeeeeez KELING yang tak kenal yang mana Tuhan yang mana insan. Tuhan maha mengetahui.

Anonymous said...

Bekap la benda tak betul tu. Semua yg Allah buat tu dah wajib betul, walau mata kasar manusia tidak sesuai... bila ko ckp mcm tu, sebenarnya nak bagitahu apa? Ko lagi betul dari Allah ke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...