JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Monday, April 02, 2018

KENYATAAN 'KALAU SAYA TUHAN...' YB SEPANG

Saya tidak nafikan masyarakat Malaysia memang suka kepada ungkapan dan kata-kata yang diucap oleh ahli-ahli parlimen khususnya apabila berlaku 'slip of the tongue' atau 'expression of words' yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dsb. 

Sahabat saya Yb Sepang sebagai ahli parlimen, tidak terkecuali daripada menjadi 'mangsa' pandangan awam samada dengan niat jujur atau malafide. 

Sewajarnya Yb Sepang diberi keadilan atas apa yang diungkapkan. 

 1. Suasana ungkapan itu dibuat adalah dalam konteks perbalahan antara Yb Sepang dan Yb Baling. 

Menurut rakaman hansard bertarikh 29/3/2018, Yb Baling mencelah dengan tuduhan '...ish takburnya...Ya Allah... takburnya manusia yang bernama Ahli Parlimen Sepang ini. Bertaubatlah kamu..
astaghfirullahaladzim' bermulalah tikaman lidah antara Yb Baling dan Yb Sepang. 

Jadi kenyataan Yb Sepang adalah respons kepada dakwaan Yb Baling, bukan tanpa sebab.

 2. Kenyataan bahawa '...kalau saya tuhan... adalah respons kepada celahan Yb Baling dengan kenyataan '....kamu ini tuhan ka? Yang boleh tahu kamu kalah, menang. Kamu tidak akan tahu balik rumah ini......' Lalu Yb Sepang menjawab, Kalau saya tuhan, saya tidak akan jadikan kamu, nasib baik saya tidak jadi tuhan, kalau saya jadi tuhan, daripada awal saya tidak jadikan kamu, menyusahkan orang sahaja. Akan tetapi sebab saya tidak tuhan...... Yb Sepang meneruskan lagi '....sebab itu I'm not God... 

Demikianlah ungkapan 'kalau saya jadi tuhan' disusuli perkataan '...nasib baik saya tidak tuhan..' 'sebab itu I'm not God'. Ungkapan Yb Sepang perlu diberi keadilan kepada pertikaman lidah yang berlaku secara kontekstual dan bagaiman Yb Sepang berlapit dengan kaviet 'sebab itu saya tidak tuhan...' 

 3. Adalah tidak wajar pihak yang tidak meneliti keseluruhan konteks untuk memberi pandangan khususnya yang berstatus agamawan, kononnya melanggar aqidah dan sebagainya. Isu ungkapan Yb Sepang diambil hanya perkataan 'kalau saya jadi tuhan' tetapi ungkapan 'Im not god' digugurkan sedangkan ia bersekali dalam responsnya kepada provokasi Yb Baling.

 4. Perkataan 'kalau' boleh difahamkan dari sudut bahasa sebagai sesuatu yang mustahil berlaku dalam konteks ucapan Yb Sepang dan bukan bermaksud 'kalau' dalam konotasi 'ingin menjadi sesuatu atau seseorang' Hujahnya ialah Yb Sepang menyebut bersekali dengan 'kalau' ialah...'sebab itu saya bukan tuhan' 

 5. Soal ungkapan kata-kata Yb Sepang itu bagi saya tiada isu aqidah mahupun persoalan niat ketika bertutor kerana jelas dalam perkataannya menjawab niat ungkapan bahawa beliau bukan tuhan sepertimana yang dituduh oleh Yb Baling. 

 6. Saya harap isu ini jangan dijadikan bahan mana-mana pihak mempertikaikan kejelasan aqidah Yb Sepang kerana jika kita berterusan, maka kita mempermainkan agama untuk menjatuhkan seseorang yang niat dan ungkapannya jelas tidak ada kena mengena dengan tanggapan dan persepsi orang ramai terhadapnya.  

 7. Parti Amanah tertegak atas Rahmatan lil Alamin dan kami bersumpah untuk tidak menjadikan agama sebagai bahan-bahan politik murahan melalui mudah menghukum dan melabelkan orang. 

Bagi kami, agama adalah panduan hidup yang menjanjikan erti kemanusiaan sebenar. Ahli Amanah dinasihatkan jangan terheret dengan asakan ke atas Yb Sepang dengan menggunakan isu aqidah pada ungkapannya. 

Saya yakin ahli Amanah lebih jelas garis perjuangannya daripada orang lain dalam hal sedemikian.

 8. Kepada Yb Sepang bersabarlah atas persepsi awam ke atas kita sebagai ahli parlimen, saya yakin dengan kejelasan Yb Sepang dalam melalui garis kehidupan sebagai seorang muslim demokrat. 

Selagi kita jelas tiada siapa yang boleh menyatakan sebaliknya dan pada waktu yang sama, marilah kita pelajari dan mencari ruang untuk membaiki melalui kaedah yang mengatakan ' is not what you say is important but also how you say it' 

 Sekian dari rakan seperjuangan,  
Yb Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa Naib Presiden Parti AMANAH Ahli Parlimen Parit Buntar
 2 April 2018
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...