JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Monday, April 09, 2018

KHAIRUDDIN SATU LIABILITI KEPADA PAKATAN HARAPAN


 Diakhir Disember tahun lalu, telah tersebar khabar angin bahawa 10 ADUN PAS akan meninggalkan parti berkenaan menjelang PRU14.

 Antara faktor yang mendorong ADUN-ADUN terbabit 'melompat kapal' itu ialah bagi memastikan mereka kekal dicalonkan - dan berpotensi lebih besar untuk menang - dalam pilihan raya umum akan datang.

 Khabar tersebut serta merta itu juga telah dinafikan oleh Iskandar Samad dan menganggapnya sebagai fitnah.

 Namun berita terbaru mengenai kemasukan seorang Adun Pas ke dalam PKR kelmarin, membuktikan bahawa khabar tersebut bukanlah fitnah sebagaimana dakwaan Pas kerana ada asasnya.

 Saya beranggapan  bahawa kemasukan ADUN PAS, Khairuddin Othman (Dewa jadi-jadian) ke dalam PKR kelmarin itu, ketika Parlimen telah dibubarkan, adalah mengganggu persiapan AMANAH Selangor yang sudah pun menyediakan Calon di Dun Paya Jaras dalam menghadapi PRU 14 ini.

AMANAH Selangor nampaknya kini semakin berkurangan kerusi peringkat DUN.

Keadaan ini sangat tidak adil kepada AMANAH dan tidak sepatutnya berlaku tambahan pula di saat-saat terakhir persiapan mengjadapi PRU 14 ini.

 Jika kemasukan ADUN PAS kedalam PKR itu sekadar bertujuan mahu kekal dicalonkan dalam PRU ke-14, maka ia bukan menjadi aset kepada Pakatan Harapan, sebaliknya jadi liabiliti.

 Apakah PKR menduga Pas Paya Jaras tidak  akan meletakan Calonnya bertanding di situ sebagai ganti Khairuddin?

 Dan saya tidak fikir Khairuddin dengan begitu mudah akan dapat diterima dengan baik oleh para pengundi / penyokong komponen PH selain hanya PKR sahaja. ~ so sorry to say so!!

Comments
12 Comments

12 comments :

Kluangman said...

DUN PAYA JARAS diberi kepada siapa dalam pembahagian kerusi?

Jika kepada pjr, terpulanglah kepadanya.

Jika pada AMANAH, bawa ke majlis presiden untuk ditangani.

Tiada untungnya serangan terbuka

Anonymous said...

Saat2 menghadapi perang PRU jangan bazir peluru tembak sesama sendiri.

Anonymous said...


Persetujuan yang dicapai ialah mana-mana kerusi PAS atau kawasan baru yang di tandingi PAS, akan di beri pada AMANAH.

Jika PKR menukar kerusi lain kepunyaan PKR kepada AMANAH pun tidak membantu menyelesaikan isu.

Dia keluar apabila parlimen di bubarkan. Ada kemungkinan dia telah tahu peluang dia dah tak ada langsung dalam PAS. Bermakna dia telah menunggu begitu lama dan mementingkan diri dia sendiri.

Kalau dia masuk AMANAH pun dia tak layak di calun kan kerana yang berkorban dan bersusah payah orang lain. Orang lain tubuh parti, dia masuk parti.

Anonymous said...

kekalkn pembahagian kerusi sediada... khairudin masih blh bekerja utk bantu kempen pru tnpa jd calon. pastikn keikhlasan beliau akn terima keadaan itu.

Anonymous said...

Yang kita mahu ialah se orang pejuang rakyat bukan se orang ahli politik atau Lebai apa lagi seseorang yang jadi dewa.

Anonymous said...

Setuju

Anonymous said...

Kesian amanah....

Alahai si penulis, ..

Apa lg mengadu le pd Taiko..
Untung2 dpt pembelaan,

Tak pun buat le report polis, kan ke perkara biasa tu,

Agaknya Kairuddin ni dah dpt upah kot dr Azmin Ali..

Amacam, bule tak built up presepsi..?

Sharin Din said...

asal ang bahgia sudah...cakap byk pun tak guna sebab ang sendiri pun tak yakin dgn pilihan ang...

Anonymous said...


Penyokong AMANAH tak suka presepsi secara suka-suka atau persepsi mat jenin.

Persepsi penyokong AMANAH bersandarkan kronologi dan perubahan sikap pemimpin PAS. Apabila PAS di tuduh dapat dedak oleh AMANAH, itu bukan persepsi suka-suka atau Mat Jenin sebab ada bukti yang sengaja di simpan.

Apabila pemimpin PAS berdolak-dalih dan berbohong maka di dedahkan audio yang didalam nya pengakuan PAS mengaku menerima dedak.

Kalau Azmin di katakan memberi upah maka malang sungguh pemimpin PAS kerana hanya segelintir pemimpin PAS yang terima dedak dari Najib.

Yang saudara kata itu hanya lah sangkaan buruk bukan nya built up presepsi.

air gunung said...

Tak per setakat nak luahkan perasaan ketidakpuasan hati atas perkara berbangkit.dari dok pendam/peram.

Carilah penyelesaian terbaik
Jgn jadi macam satu puak tu tau2 daftar calon dia kat selangor lwn geng seniri.kalo satu kawasan jer tak apa!ni sampai kat penang terengganu pon ada.

Tak cukup setakat daftar calon jer..siap di kominiskan(baca TAK BERTUHAN/ala2 kapir gitu)calon asal tersebut.juga di pil kudakan dll gelaran dan alasan.
Nampak sgt perasan dia aje yg betul,agama tu di ambil dgn apa yg sesuai dgn fahaman puaknya shj.org lain punya tak islamik..tak suci..

Anonymous said...

Setujuuuu...!!!
Kpd pnyokong sdr Khairuddin, jom sesama menangkan calun PH PKR, rebahkn geng kleptokrat & geng2 penyamun tarbus!!

Anonymous said...

Khairuddin boleh join ph. Tp tahap ketahanan berjuang dia belum diuji. Jd dia belum layak jd calon ph lg. Mungkin pru satu lg. Ok?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...