JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Monday, April 30, 2018

Kisah kawan lama ku Walaun Tegar Sungai Rapat

Gerai roti canai walaun bersetentangan dengan Masjid Kg Melayu, Sg Rapat Ipoh
 Ni aku nak cerita pasal seorang lagi mamat walaun tegar yang juga tak pernah tahu mengenang jasa-jasa orang terhadapnya.

Walaun tegar ini datang merempat  ke Sungai Rapat ini asalnya dari Kuala Kangsar.

 Ada kawan² yang duk cerita tentang dia yang sebenarnya telah lari dari Kuala Kangsar sebab dia dah tak boleh hidup di sana  kerana dah banyak sangat rekod main taik di Kuala Kangsar. Dengar kata ada banyak berhutang dan kerja-kerja kontrak yang tidak beres....

 Kami di sini tidaklah tahu sangat latar belakang sebenarnya, hanya kebelakangan ini barulah tahu... bila semakin berlonggok pula taik dia di sini...

 Ramailah kawan² di sini yang pernah membantunya atas sifat belas ihsan. Salah sorang yang rajin membantunya dulu ialah Tuan Asri, seorang towkey  'Homestay' yang terkenal di Ipoh.

 Banyaklah juga kerja-kerja renovasi yang pernah diserahkan kepadanya tapi tidak lama selepas itu MOU bersama Asri pun lingkup jadinya...Aku tak lah bertanya sangat tentangnya kepada Asri, sebab aku pun pernah banyak kali juga menjadi mangsanya...

 Masjid Kampung Melayu Sungai Rapat pun dia dah main taik juga! Kerja kontrak tak siap²... orang masjid yang bagi kerja kat dia pun dah mula bising...

 Apa jenis manusia dia ni?? Dia nak main taik pun janganlah dekat dengan tempat dia cari makan di kawasan itu. Dia buka gerai roti canai di hadapan masjid... kau main taik, tapi kau tetap tunjuk muka di situ.... tak malukah dengan orang² masjid Kg Melayu yang lalu lalang di situ??

 Kisah seterusnya ialah kisah semasa di hari penamaan calon Sabtu lepas, aku sempat terpandang seorang kawan lama, seorang walaun tegar juga.

Sebagai seorang kawan yang pernah sangat rapat, pernah pergi merata tempat bersama memancing di laut, sama² melepak dii markaz Pas dulu, aku pun meneriakan namanya sambil mengangkat tangan ke arahnya.

 Dia menoleh ke arah aku ... dan mengangkat tangan. Itulah sahaja responnya terhadap aku. Sedih juga aku rasakan bila mengenangkan kisah² lama yang selama ini ada pahit dan manis yang  pernah dikongsikan bersama.

Banyak kali juga aku menghulurkan bantuan kepadanya walaupun tidak sebesar mana pun. Dan bukanlah pula aku nak mengungkitnya di sini... cuma apa yang aku harapkan, kalau dia terbaca akan entri aku ini, semoga dia insaf dan sedar untung rugi diri sebagai makhluk Ilahi yang serba serbinya ada kekurangan ...

Aku mahu supaya walaun ini mengingati semula bagaimana dia datang kepada aku dan minta bantuan kerana tidak cukup wang untuk bayar yuran anaknya untuk masuk ke asrama... 

 Tak banyak mana pun... tapi tolonglah ingatinya, bahawa kau ada berhutang dengan aku! Aku tidaklah pula terhegeh² nak membontoti kamu untuk menagih hutang itu, tapi tolonglah ingati jasa orang macam aku ini, walaupun tidak sebesar mana pun sumbangan tersebut.

Aku pun jenis sengkek juga bukan dari kalangan yang berada pun...tapi banyak kali juga aku terkena dengan kelentong walaun ini bila diupah untuk sesuatu kerja... upah ambil dulu... tapi kerja tak siap²....

  Macam² alasan walaun ni bagi... tapi sebab mengenangkan kehidupannya yang sengkek (tanpa pekerjaan tetap tapi beristeri dua) maka aku buat tak ambil kisahlah sangat. Bila di beri ingat dia hanya tersengeh²... aku nak kata apa? Sengih²lah juga macam kerang busuk!

Kelmarin dalam fesbuk ada aku muatkan sedikit cerita pasal perangai buruk dua orang walaun di Dun Sungai Rapat ini.

 Walaun yang aku kata 'tengok orang atasbawah².... Tak ingat masa dia duk dlm dulu.... inilah orangnya yang aku maksudkan itu.

Boleh dia layan kawan yang telah banyak membantunya sewaktu dia ke dalam pasal kes bergolek depan Istana dulu tu, jadi orang perantaraan dgn isterinya... hulurkan bantuan sara hidup anaki sterinya; tiba² kawan tu nak pergi kencing pun dihalang dari masuk?? Ada akai ker manusia macam ini?

Walaun ni semangat juangnya memang tinggi hingga rakan² lain menggelarnya sebagai 'Taliban'. Sebut saja 'Taliban' , maka tahulah siapa orangnya. Dalam Ipoh ni hanya ada dua orang saja yang dikenali sebagai Taliban. Yang sorang lagi tu, si NorAzli Musa.

 Taliban yang sorang ni selalu tidur di markaz Sg Rokam... sepanjang malam rajin main fesbuk ... hingga subuh pun sentiasa terlajak. Mungkin enak sangat diselubungi udara nyaman air-kon yang dipasang sepanjang malam... Dia isedap pakai saja... tolong bayar bill leterik haram tak mandang!! Kawan-kawan lain merungut kat aku... dah nak buat macam mana?? Tegur nanti merajuk...

 Aku dan kawan² lain mengejeknya sebagai 'Taliban Bom²' kerana asyik terlajak subuh memanjang... kalau Taliban biasanya pakar dengan bom, tapi Taliban ini pakar dengan bantal - itu yang aku gelar dia 'Taliban Bom²' - bom² tu merujuk kepada bantal!

 Memang buruk benar perangai puak² walaun di Dun Sg Rapat ni...

 Kalau nak cerita lagi, banyak perkara yang boleh aku buka di sini... cukuplah buat kali ini dulu.

  Inilah antara perangai buruk walaun yang ada di sekitar Dun Sungai Rapat. Harap² jangan ada yang mengundi puak² dari kalangan mereka ini. Jenis kaki songlap juga...
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Hormat saya pada orang agama semakin berkurangan. Sepatutnya tak jadi macam itu tapi orang macam itu lah yang saya temui atau kenali.

Dan akhir ini orang seperti Hadi pulak yang berperangai tak betul.

Lagi lah mengurangkan hormat saya pada mereka.

Jadi jika saya berjumpa dengan orang alim yang rajin memberi nasihat, minta maaf lah atas tanggapan saya nanti.

Mereka rasa banyak berkorban dan selalu ke mesjid menjadikan mereka baik-baik bukan nya orang baik.

Selepas solat, jemaah akan bersalam tapi tak di turut kan dengan senyuman padahal khutbah baru je sampaikan senyum ada lah sedekah yang paling mudah.

Wallahualam

Smart Pomen said...

Nak tengok perangai walaun Kat tempat aku plak. Kawasan bengkel aku la Kat telok gong. Bila ditanya Pasal nak undi sapa.. Dia cakap Pati suci . Bila Aku Kata rugi undi Pasal depa nak Jadi king maker ari tu la.. Depa kata takpa, asal Bukan DAP. Bila Aku cakap depa ni Dah mcm org Umno. Marah plak... Dan org Yg sama jugak tumpang tido bila time Jumaat, Dan tumpang makan bila bulan puase.. 2 3 org alhamdulilah Dari Atas pagar Aku berjaya brain wash. Tapi walaun ni Aku tak paham. Pujuk mcm mane pun tak Jln. Nasib tak baik, Dia org sumpah kita ke neraka plak... Lantak Ko la labu ..

Anonymous said...

Apa boleh buat. Geng walaun mcm ni mmg ramai dimana2. Depa rasa depalah org yg paling suci tp sebenarnya akhlak paling buruk dan jelek. Lebai pas jarang kuliah/ceramah pasai akhlak kot

Sharin Din said...

teman di pengkalan pegoh pun byk crita nya walaun ni....penat dgn deme ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...