JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, April 12, 2018

Kutip cukai begitu banyak, di mana pergi wang itu?, Tanya Pakar ekonomi

Oleh : Khabar-Siyasah 


BUKIT MERTAJAM - Kebajikan rakyat tidak memuaskan hati, walaupun kutipan cukai semakin naik adalah berpunca dari negara diperintah oleh pencuri. Demikian tegas Pakar Ekonomi, Dr Ahmad Khalid. 

 "(Menteri cakap) lepas ada GST, harga barang jatuh. So, bila barang tak jatuh.. (maknanya pemerintah) menipu la... Fake News", sindir Dr Ahmad Khalid disambut ketawa dari hadirin dalam satu forum yang dianjurkan oleh ABIM. 

 Apabila ditanya berkenaan GST dan cukai tinggi berlaku di negara luar, beliau menyatakan di negara itu, kutip cukai memang tinggi, tetapi rakyat mereka boleh nampak apa yang kerajaan berikan kepada mereka.

 "Sebab apa (rakyat di negara lain) tak marah (walhal cukai mereka tinggi)?... (Kerana) Universiti (mereka) free, kesihatan free, pengangkutan efisien.. nak pi jauh, keretapi 330 KM sejam. Tak ada orang mencuri. Pemerintah tidak mencuri. 

"Kita nampak duit itu digunakan di mana", jelas pengasas dan ketua pakar ekonomi firma DM Analytics Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang itu. 

 Menurut beliau lagi, perbedaan besar dengan Malaysia, apabila pemerintah negara ini gagal menunaikan tanggungjawab yang betul kepada rakyat.

 "(Negara) kita tarik balik subsidi. (Negara) kita potong peruntukan kesihatan. (Negara) kita potong peruntukan pendidikan", kata Dr Ahmad Khalid yang pernah berkhidmat di Institut Penyelidikan Khazanah, Suruhanjaya Sekuriti dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) 

  "Dulu (masa tak ada GST) RM50 (dapat) dua beg (plastik barang belian). Sekarang (selepas ada GST), (hanya dapat) satu beg (sahaja)", kata Dr Ahmad Khalid lagi. ~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Amat setuju dgn pandangan penulis...kerajaan kini memang kaki rembat & penipu...
Kutip cukai...buat pembangunan konon tapi bila rakyat guna semuanya berbayar...
Apa fasiliti dlm negara yg boleh rakyat guna & nikmati secara percuma?....tak de..malahan kos semakin meningkat..
Menteri kita amat pandai mengadaptasi cerita-cerita dongeng & mat jenin..
Dan ramai juga pandai berlakon..
Setiap idea bukan menyenangkan kehidupan dan bila 'bagi' dipalunya gendang jebaikannya sehinggakan satu dunia boleh dengar...
Ini kali saja le...takan asyik nak kena buli dan ditipu saja sampai merah biji mata...adus sakitnya.

Anonymous said...

Sokong pakatan harapan menangnpru14

Anonymous said...

Sokong 100% tukar kerajaan....tp masalahnya melayu ni takut nk tkar...bagi rm50 dah undi bn...bn bg duit ambil undi bg ph....baru bijak namanya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...