JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Sunday, April 22, 2018

Nabi tidak terima bantuan dari non Muslim yang memusuhi Nabi dan perjuangannya.


Woit? Siapa bilang tidak boleh terima bantuan atau wang dari orang kafir? Apa yang ko merepek ni Lebai??

Yang jadi persoalannya ialah, ko terima wang dari Umno untuk apa? Untuk menguatkan parti dan jemaah ?? Hahahaha!  Ko kata sejak dulu lagi yang parti ko tu dah kuat sebab tu tak mahu bersama dengan Pakatan Harapan walaupun telah dipelawa...

 Rupa-rupanya ko mahu parti dan Jemaah ko bertambah kuat dengan mendapat dedak dari Umno!! 

Ko cakap ko lebih kuat jika bersendirian... Ko boleh letak berapa banyak calon yang ko mahu hinggakan Abdul Kadir Sheikh Fadzir pun tak ada peluang nak menyelit lalu lintang pukang berambus pergi membawa diri kerana merajuk!

Orang persoalkan ko ambik duit Umno.... tapi bagaimana umno boleh bagi ko duit? Bukankah ko bilang nak lawan Umno? Mustahil Umno bagi duit upah untuk ko lawan dia!

 Biar betul lidah ko tu tidak bercabang...  Dan takkanlah ko pula nak lawan Umno yang bagi ko duit?

Jika ko lawan Umno, itu namanya ko adalah anjing yang tersepit!

Tapi ko bukanlah seperti anjing yang seperti tersepit! Ko adalah macam anjing suruhan! 

 Ko menyalak gila-gila siang malam, pagi petang ... tapi ko bukan menyalak kepada Umno! Umno hanya tukang gosok-gosok kapala botak ko itu, campak seketul dua tulang untuk kalangan pimpinan parti ko berebut-rebut...

Ko tidak pernah menyalak kat Umno sejak dapat duit Umno! Ko menyalak hanya kepada DAP... menyalak kepada AMANAH.... menyalak kepada PKR...

Duit yang ko ambil dari Umno tu memang tidak dapat dinafikan telah menjadikan parti dan jemaah ko kuat menyalak dan menggonggong! Lebih banyak dedak lebih lagi ranggi dan kuat ko menyalak!!

Meh aku cerita sikit tentang seerah Nabi yang mungkin ko dah lupa... sejak awal-awal lagi Nabi telah terima bantuan orang bukan Islam...

1) Kaum muslimin di perintahkan Nabi Muhammad SAW berangkat ke negeri Habshah berdasarkan atas pengetahuannya sendiri bahwa al-Najasyi orang berkuasa di negeri tersebut adalah orang yang adil lagi bijaksana dan orang.

Mereka mendapat sambutan yang baik dari raja Najasyi. Dia membenarkan umat muslim untuk beribadah dengan sebaik-baiknya.

2) Rasulullah telah di bantu oleh seorang Badwi dari Banu Du’il, Abdullah bin ‘Uraiqith, sebagai penunjuk jalan sewaktuberhijrah ke Madinah.

 3) Setelah menetap di Madinah, penduduknya terdiri dari tiga golongan, yaitu umat Islam, umat Yahudi (Bani Qainuqa, Bani Nazir dan Bani Quraizah) dan orang-orang Arab yang belum masuk Islam.

 Rasulullah telah menggubal Piagam Piagam Madinah mengandungi 32 fasal yang menyentuh segenap aspek kehidupan termasuk akidah, akhlak, kebajikan, undang-undang, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain.

 Piagam ini juga merupakan Perjanjian Bantu-Membantu antara Umat Islam dan Umat Non-Islam; dimana bagi kaum bukan Islam, mereka mestilah berkelakuan baik bagi melayakkan mereka dilindungi oleh kerajaan Islam Madinah serta membayar cukai.

 Piagam ini mestilah dipatuhi oleh semua penduduk Madinah sama ada Islam atau bukan Islam. Strategi ini telah menjadikan Madinah sebagai model Negara Islam yang adil, membangun serta digeruni oleh musuh-musuh Islam. 9 Piagam Madinah itu terdiri antara lain:

 1. Setiap golongan dari ketiga golongan penduduk Madinah memiliki hak pribadi, keagamaan dan politik. Sehubungan dengan itu setiap golongan penduduk Madinah berhak menjatuhkan hukuman kepada orang yang membuat kerusakan dan memberi keamanan kepada orang yang mematuhi peraturan.

 2. Setiap individu penduduk Madinah mendapat jaminan kebebasan beragama. 

3. Seluruh penduduk kota Madinah yang terdiri dari kaum Muslimin, kaum Yahudi dan orang-orang Arab yang belum masuk Islam sesama mereka hendaknya saling membantu dalam bidang moril dan materiil. Apabila Madinah diserang musuh, maka seluruh penduduk Madinah harus bantu-membantu dalam mempertahankan kota Madinah.

4. Rasulullah SAW adalah pemimpin seluruh penduduk Madinah. Segala perkara dan perselisihan besar yang terjadi di Madinah harus diajukan kepada Rasulullah SAW untuk diadili sebagaimana mestinya.

 Masyarakat Islam Pulau Pinang boleh saja mengecap pelbagai nikmat bantuan dari kerajaan Pulau Pinang yang bukan Islam pun...Bantuan pun diberi dan diterima secara terang-terangan tanpa sembunyi atau berselindung.

  Semasa Pas bersama Pakatan Rakyat dulu, Pas juga ada terima wang RM100k dari ahli perniagaan dan dermawan terkenal, Koon Yew Yin. Ketika yang sama,  DAP dan PKR juga dapat jumlah yang sama ketika mahu berdepan PRU13 dulu. Tapi itu semua diserahkan terang-terangan, dihadapan khalayak ramai...

Beza dengan ko Lebai, Ko terima bantuan/wang Umno secara diam-diam dalam gelap ... Macam-macam pembohongan dan alasan tetapi akhirnya terpaksa juga ko akui!!

 Nabi tidak pernah larang terima bantuan bukan Islam, malah sangat-sangat mengalu-alukannya. Tetapi bukan dari mereka yang memusuhi Nabi dan perjuangannya.
Comments
9 Comments

9 comments :

pok amid littor said...

Lebai Marang Merapu!!!

Anonymous said...

Sudah2lah peralatkan nabi peralat islam untuk menegakkan benang basah. Kalau dah makan dedak tu mengaku dan pulangkan dedak tu semula. Miranda Kerr lagi bermaruah. Dia pulangkan semula wang hadiah Jho Tauk Low.

tanya sama itu hud hud said...

Terbaek...
Anjing besarban..
Kahkahkah

Lelaki Dicermin said...

Tuang presiden ni tak berfikir utk jangka masa yg panjang...sekira parti pak lebai tak dpt kerusi 40 perlimen..maka ia akan jadi 16 ahli umno tu...lepas pru 14 tak dpt 40 kerusi perlimen.. akan ada ahli2 parti pak lebai sendiri buat lapuran dgn sprm..utk siasat.. betul tak parti pak lebai terima duit dr umno...

Anonymous said...

Selain raja najasi dan abdullah bin urayqit, nabi dibantu bapa saudaranya abu talib disepanjang hayat abu talib, dibantu oleh safwan bin muwayah mendapat 100 baju perang dlm perang hunain. nabi mendapat perlindungan dari mut'im bin adi untuk memasuki kota mekah sekembalinya dari taif. dap bukanya kafir harbi, dia adalah parti politik yang sah dimalaysia. jglah mulut wahai pemimpin pas, jgn mudah meletakan hukum dan membuat amanat, jgn memfitnah krn fitnah itu bukan dihalalkan sekalipun ditujukan kpd non muslim."sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah dihari kiamat iaitu yg mana manusia meninggalkannya kerana perbuatan kejinya.Kesalahan yang paling banyak diperbuat oleh anak adam terletak pada lidahnya." maksud hadis.

Berita Pelsu. said...

Ooooh, Jangan sampai lebai marang ni mengaku jadi tuhan udah le.. selisih malaikat 44... kah kah kah.

Anonymous said...

betul. itu NABI SAW. awak bukan Nabi

Shafiek Abdat said...

Para Nabi2 dan Rasul2 tidak pernah terima rasuah daripada sesiapa,,bagaimana dengan ANDA Tuan President ??

Anonymous said...

Sedih tengok org2 yg ngaku 'ulamak'jadi smpai tahap ni.Lantaran trmakan budi,trgadai parti.Sirrah2 NABI SAW da tak ingat lagi.Akhlaq & harga diri,kelaut pegi.Kepentingan dunia idaman hati.Sudah2lah tu lebai2 ooi,marilah kita brtaubat,muhasabah & memperbaiki diri,smbil menanti malaikat IZRAIL yg bakal hampiri.Taruhlah dunia ni dlm poket dan bukan dlm hati. Ingatlah setiap langkah yg kita buat,hanya mendekatkan kita pd kuburan yg akn mengandungkan kita hingga hari kbangkitan nanti.Sya brpesan pd diri sya & sahabat2 tok lebai sebelah sana pd firman ALLAH pd ayat akhir surah AL-ASR brmaksud "Kecuali org2 yg beriman & beramal soleh, dan mereka pula berpesan2 dgn kebenaran serta berpesan2 dgn kesabaran" Wallahu'alam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...