JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Friday, April 13, 2018

Najib didakwa sedang men-China-kan Malaysia dari utara sehingga ke Pantai Timur?


 Malangnya Negara Ku..... Ingatkan DAP yang akan menCHINAkan negara MALAYSIA, tapi BN yang melaksanakannya. MENCHINAKAN NEGARA MALAYSIA - DARI UTARA KE PANTAI TIMUR SEMENANJUNG TANAH MELAYU

  PROLOG: 

 30 juta rakyat Malaysia dihimpit kesusahan untuk hidup dengan pelbagai tekanan cukai dan harga makanan serta kediaman yang mencanak naik. Kejatuhan ekonomi menyebabkan 40, 000 telah dibuang kerja. Peniaga kecil Bumiputera paling terkesan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.

 Kerajaan kleptokrasi berbangga kerana permintaan terhadap pemberian belas ikhsan BR1M untuk membolehkan rakyat hidup telah bertambah. Jumlah maksimum yang diterima ialah RM100 sebulan dan penerima BR1M meningkat setiap tahun. 7 juta atau 23 peratus dari rakyat Malaysia menerima BR1M. Ini bukti kemiskinan telah melanda rakyat Malaysia. 

  GEMPAR: 

 1. Isu penjualan tanah di Dataran Lang di Langkawi untuk pembinaan condo mewah yang akan dibangunkan oleh kontractor China hanyalah sebahagian dari projek menjadikan Langkawi sebagai ‘Monaco of the East’ yang tentunya lebih hebat dari Singapura yang juga mahu menjadi ‘Monaco of the East’. Apakah yang akan terjadi kepada 99 buah pulau-pulau Langkawi Geopark, dengan gunung ganang berumur 550 juta tahun di Langkawi yang tentunya adalah khazanah yang sangat tinggi nilainya? Akan tergadaikah jua? 

 2. RM43 billion off-shore trading port (military port?) di Melaka dikenali sebagai Melaka Gateway akan menggantikan Singapura sebagai pelabuhan dagang utama di Asia Tenggara. Pelabuhan ini nanti mengesahkan hak dan tuntutan negara China ke atas seluruh laluan Selat Melaka. 

 3. RM100 billion perbelanjaan Bandar Malaysia adalah bandar bawah tanah terbesar di dunia. Bandar Malaysia @Bandar China ini akan melengkapkan laluan sutera koridor China antara Asia Tenggara dengan Asia Timur, Asia Barat dan Asia Selatan. Dibina di atas tanah 486 acres yang dulunya adalah TUDM Sg Besi Airport, tanah ini adalah milik China sepenuhnya. 

 4. RM100 billion Forest City di atas laut yang ditambak di Johor Bahru adalah bandar buatan China yang menakutkan masyarakat dunia kerana gahnya pembangunan di situ. Dengan menempatkan hampir sejuta rakyat China dan Singapura, Forest City bakal menjadi Shenzhen ke 2. 

 5. RM55 billion pinjaman dari China untuk membina Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan membawa lebih ramai orang China ke Malaysia. Sebidang tanah bernilai RM5.85 bilion juga akan terjual dan berpindah milik kepada China untuk membolehkan pembinaan ECRL. 

 6. RM1.58 billion Pembangunan pelabuhan mega membesarkan Pelabuhan Kuantan mengiktiraf penguasaan China terhadap Laut China Selatan yang ingin dikuasainya selama ini. Apatah lagi telah terbina struktur-struktur kepunyaan China di Pulau Spratly di Laut China Selatan. 

  EPILOG 

Lengkap sudah kehadiran dan penguasaan China di Malaysia. Ini akan memudahkan 1.4 billion penduduk China mempunyai penempatan baru sebagai alternatif untuk berpindah ke sebuah negara kaya yang dulu dikenali sebagai Tanah Melayu.

 Apa komen tokoh-tokoh yang terpelajar?

 Mohd Radzi Abu Bakar
 Pengarah Komunikasi AMANAH
 Parlimen Putrajaya ~ sumber
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Persoalan RM55 billion hutang MOF dgn Bank China utk projek ECRL. PM kata subkontraktor2 Bumi akan kehilangan RM1 billion nilai kerja dan perkhidmatan kalau dibatalkan. Dulu EPU nilai kan projek RM30 billion, dimana tambahan RM20 billion tanpa tender terbuka?

Kontrak perjanjian ECRL mesti dibentang kpd Parlimen supaya wakil rakyat spt Rafizi dapat mengkaji kepentingan rakyat tidak digadaikan dan terjejas, jangan ada bayaran2 luar biasa harga naik lebih 50% dari kiraan EPU.

Cara itu rakyat boleh lihat kos justifikasi project yang akan ditanggung rakyat Malaysia ini buat masa yang panjang hutang bayaran balik.

Bak kata TDM naik kereta api bukan laju lk 14 jam dari KB ke Port Kelang dgn harga melebihi RM500 tidak akan kompetitif sampai bila2 dgn kos naik kapalterbang murah dlm 1.5 jam lebih harga lk RM150 tengok booking harga rendah.

Mgkin perancang bernostalgia kereta api Swiss tapi berbaloi kah kerajaan berhutang berbillion2

Anonymous said...

China sdg mencari tapak2 strategik di malaysia utk kegunaan militarinya satu masa nanti. Tak sangka begitu mudah memperolehinya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...