JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

JOM UNDI PAKATAN HARAPAN
JOM UNDI PAKATAN HARAPAN

Thursday, April 26, 2018

Nasihat Untuk Hj Hadi : Berdoalah pengakhiran yang baik di dalam hidup

Oleh Ahmad Muslim Badawi Badawi 

 Terkejut aku baca laporan Akhbar tadi. Betul ker Hj Hadi buat kenyataan seteruk ini ? Kata Hj Hadi, mata lebam Ds Anwar tu betul betul berlaku atau lakonan seperti filem Tamil , sebabnya Ds Anwar hari ini sudah berbaik dengan Tun Mahathir . 

Jika betul ini kenyataan Hj Hadi, makin teruk sifat dendam dan kesumat Hj Hadi. Dah tak tahu beza, ini kenyataan Papagomo atau TG Hj Hadi. 

 Siapa yang biasa dengar ceramah Ds Anwar, Ds Anwar ini dari dulu seorang yang bersifat pemaaf... 

 Sebelum pun Mahathir bersama Pakatan, waktu Mahathir bersama UMNO pun, Ds Anwar dalam ceramah2 dia sudah memaafkan Tun Mahathir. ..Ini lah sifat muslim yang baik, sifat Ibadurrahman. 

 Manusia ini tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Yang pentingnya di mana kita, kita berada dimana di akhir kehidupannya. Itu sebabnya dalam perkara iman dan aqidah pun.. kita diminta untuk berdoa kepada Allah supaya Allah tetapkan Iman kita, Doa kan pengakhiran yang baik, Husnul Khatimah. 

 Kalau begitu lah kata Hj Hadi, masa dia memuji-muji DAP, waktu itu apakah dia berlakon ? 

 Waktu dia bersama Pakatan, apakah dia berlakon ? sewaktu dia kafirkan UMNO? Kafirkan perlembagaan dengan ungkapan perlembagaan penjajah. Apakah masa itu TG Hj Hadi berlakon? Berlakon menentang UMNO ? 

Hari ini Hj Hadi mempertahankan Perlembagaan yang sama.. 

 Saidina Umar sebelum keIslaman dia, apakah Saidina Umar ketika itu melakonkan watak memerangi Rasulullah ? 

 Dan akhirnya aku ingin bertanya kepada Hj Hadi: Benarkan Iblis asal nya seorang alim, ahli Ibadat ? Dia sujud kepada Allah beribu tahun lamanya. Apakah alim Iblis itu hanya lakonan ? 

Atau Iblis itu berubah wajah bila ada sifat takkabur, membesar kan diri, merasakan dirinya lebih mulia dari Nabi Adam ? 

 Berdoalah pengakhiran yang baik di dalam hidup... :)
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...


Klu pru13 dulu ada pilkuda dan helah tanding 3penjuru yg diterajui oleh musang brjanggut tu..

Pd Pru14 ini pula coba2 perhatikan secara halus permainan geng 'kartel' dr Selangor yg memiliki saki baki koncu2nya diPerak dan Penang yg akan mula bersandiwara ala2 lebai juga ttpi jarum nya lg halus dgn sikap dolak dalik dan serabut memanjang!

Coba perhatikan sekali peranan Ezam kotak yg sekejap LOMPAT kesana dan kini dah kesini utk bersama 'kartel' yg secara halusnya bersembunyi membantu KLEPTO yg sehati sejiwa dgn silebai dibwh arahan skrip yg sama dari kepala bapak penyamun..

Geng 'kartel' ini juga memiliki niat mnjd King Maker secara tersembunyi!?

Anonymous said...

Berbaik dengan Najib ini sekarang pun Hadi berlakun.

Depan Walaun pun Hadi berlakun ...

Berlakun warak penipu dan putar belit.

Hadi cukup pandai berpura-pura..

Anonymous said...

Al Marangi ni dh jadi Al-Merengi ke?

Anonymous said...

Salam ...Semoga ALLAH menyedarkan beliau . .. Bagi kita bedoa untuk pengakhiran yang baik. ..

Anonymous said...

Agamawan akhir zamn yang menjual dan menxemarkan islam. Dalam hadis.Nabi SAW ada disebutkan. Maka pengakhirannya mereka2 ini akan menonjolkan diri mereka yang sebenarnya yang beeselindung disebalaik arban dan kopiahnya disulami dengan bacaan ayat2 quran dan hadia tapi hakikatnya busuk hati munafik mengejar habuan duniawi.

Anonymous said...

Small matter la. Hj hadi tunjuk kad presideng pas dan naib ketua ulama sedunia malaikat pun tersipu.

Anonymous said...

PAS pasti kalah di Sarawak..orang Sarawakasoh ingat.. https://anginperubahan.blogspot.my/2010/05/hadi-awang-kata-orang-sarawak-masih.html?m=1

Anonymous said...

Hadi sedar tidak ada sesiapa yang boleh mempersoalkan tentang Ikhlas. Oleh itu Hadi guna perumpamaan lakunan.

Dalam kehidupan nyata ini, tidak ada sesiapa yang berlakun. Samada orang itu berpura-pura atau se orang pelakun yang berada di set pengembaraan..

Najib yang temberang sana, temberang sini.. ada lah satu keJADIan..

Anwar di penjara .. adalah satu KeJADIan..

Hadi memonteng dan ada sakit jantung ....ada lah satu keJADIan.

Mahathir lawan UMNO dan kembali kepada Anwar .. ada lah keJADIan ...

Jangan anggap dunia ini hanya sementara dan semua nya tidak kekal kerana yang menjadi kan nya jua ia lah Yang Maha Menjadi kan segala-gala nya..

Wallahualam

Shafiek Abdat said...

Senang cerita puak Lebai sudah ketandusan isu-isu maka di ulang tayang cerita 1998

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...